Piknik di Hutan lipur Bukit Ayer Perlis

 Salam gais. 

Hari ni mood menulis blog datang so jom lah kita update aktiviti pada awal tahun baru ni.

Mood bercuti masih ada so jom pi mandi-manda kat Hutan Lipur Bukit Ayer Perlis. Dalam 12 km dari Kangar. Siap bawak bahan stimbot nak masak matt. Semengat nak healing rendam lama-lama.

''Hutan Lipur Bukit Ayer ditubuhkan pada tahun 1995 dan diwartakan pada 26 Ogos 1998, lokasinya di Sungai Batu Pahat.

Tarikan semula jadi di Hutan Lipur Bukit Ayer adalah air terjun yang mengalir ke dalam kolam. Air terjunnya yang menarik dan sungai yang lebar serta dilengkapi dengan kolam buatan di bahagian hilirnya 

Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan di sini untuk kemudahan pengunjung seperti pusat penerangan, kolam mandi, dewan serbaguna, tapak perkhemahan, surau, wakaf, meja dan bangku taman, tandas, taman permainan kanak-kanak, denai interpretasi, trek basikal lasak dan kemudahan parking.



ini kawasan mandi-manda

cantik gak dgn air terjun..ramai umat matt

kolam luas



jalan ke sana

sedap makan stimbot bila keluar kolam sejuk-sejuk tu

mihun campur megi





edit kat fone nokk

tu air terjun dia..ada yg lg tinggi kat ats

air laju matt

No comments:

Post a Comment