On this day..a year ago 23.1.23

 On this day 23.1.23..a year ago.

Simple je majlis. yang penting dgn orang-orang terapat.

beautiful day

reception

completing my life

wedding ring

Allah mudahkan walau kau berbelah bagi

bismillah

taaruf 5 bulan je

travel sana sini kot jumpa jodoh alih-alih dia kat KL/Melaka je

jodoh ke-2 org melaka jugak hgpa..adeh 

''..Seandainya waktuTak pernah pertemukan aku dengan dirimuAkan kubiarkan mati hatiku selamanyaHingga kau datang membangunkan aku..''



sama-sama berjuang harungi hidup..part-time niaga sushi

bahagia itu sederhana

hadir tepat pd waktunya


nikmati sisa usia di sisimu


Macamana kau bahagia hidup single pun maka kau kena kawin jugak. Walau kau cuba kunci hati dengan peti besi mangga besar kapal pun kalau dah Allah tetap jodoh dan rezeki berpasangan, siapalah kau nak menolak. Dan ada lelaki yang baik yang melamar, timbul fitnah jika menolak.

Sebab?? Completing your life. Ibadah. Deen. Fitrah. 

boleh relate sgt dengan post Farah Lee ni. Sebab mak start doa utk berjodoh pun pada tahun 2022, padahal punya lama single yak yak yey bahagia travel sana sini. takde yg serius..cuma target nk kawen 2022. Tahun tu rasa mcm terbuka hati..tup-tup September 2022 jumpa dia, kenal 5 bln kawen terus awal 2023. 
Terkejut matt..padahal time tu ada la jugak kawan sorang dua untuk spare.. tp dgn dia terbuka hati, entah ayat apa dia pakai. Habis semua peminat den kecewa.(cehh)
Sesungguhnya Allah Maha Makbul.

Bila kau dah lama single then kau terus kawen, maka ko lebih redha dan berpegang kepada marriage is ibadah. Jumpa yang solat 5 waktu, selalu ke masjid (impian mak nk hubby kaki masjid-skrg dgn mak-mak sekali kena angkut ke masjid..noh dpt sungguh)), tunai hak suami isteri alhamdulillah syukur. Sebab time ni nak tenang-tenang je. Kawin untuk teman ke hospital dan masjid katanya.

Eh betul tau apa yang kita dok sebut dan doa itu yang akan dapat. Law of attraction. Jadi doa yg baik-baik dan yakin. Mak pun tak caya dipermudahkan begini. 

Taaruf tak lama tapi jika ko tengok dia boleh jalankan tanggungjawab, yakin inshallah. Cuma mak biasalah masa nak kawen tu was-was dan reka pelbagai alasan takmo kawen..haha puas kena marah sebab bahagia sgt single dah lama. Sayang zaman single bebas travel. Tapi sampai bila nok????

 Jadi macam susah nak adapt.. nak terima orang baru dan nak bertolak ansur tu ambil masa. Tapi ko kena tune balik otak tu, kawen ni pahala. Semua ada ujian nya..solo ke. kawen ke..couple ke.. dan Allah bersama orang yang sabar dan redha. Lapangkan hati terima apa Allah bagi. (ikut logik matt.. jgn ko pukul rata). Sesungguhnya Allah is the best planner.

one year down, forever to go.. haha sila muntah matt




1 comment:

  1. Happy anniversary Mak! Eyh samalah kita travel sana-sini sekali jodoh jarak tak sampai 10 km dari rumah. Setuju dengan point-point dalam entry ini.

    ReplyDelete