Salam September semua.
Semoga rutin hairan berjalan lancar dan sihat hendaknya.
Nampaknya saya telah mula mengalami fasa perimenopouse. Yang bermaksud 'around menopause'.
Tak sangka kan kuat jugak kesan nya kepada badan. Like my sis in her 60s tak rasa langsung fasa ni. Dia tetiba je dah takde period. Wah bertuah sebab tak rasa hot flush macam kita.
Perimenopause- Ia bermula apabila ovari memperlahankan pengeluaran hormon estrogen. Fasa ini lazimnya bermula pada usia 40-an dan boleh bertahan selama 4 hingga 8 tahun, menyebabkan perubahan kitaran haid serta pelbagai simptom fizikal dan emosi.
Di umur 4* makanya telah mula timbul simptom seperti;
1. Hot flush (malam rasa panas sampai berpeluh kat leher, susah tido, tido kejap-kejap terjaga so kualiti sleep kurang)
2. Kitaran period tak teratur, selang 3 bulan tak period nasib baik Julai dia muncul
3. Libido kurang dan kulit terasa kering serta brain fog
Ini sangat merisaukan sebab sebelum ni kita tido awal dan tido mati. Tiba rasa tak cukup tido ni mula la nampak eye bag dan stress. Jadi untuk kurangkan kesan tu start amik supplement seperti Evening Primrose (EPO), Omega 3 dan lecithin (skin) utk kolestrol jugak.
Alhamdulillah lepas dah ambil EPO Cosway ni rasa dapat balik quality sleep dan tak rasa hot flush sangat. Ianya halal jugak.
Magnesium glycinate untuk tido nyenyak dan relaxing muscle.
Brisk walk jugak bantu sebab bila badan letih exercise tido lebih berkualiti.
Usia macam ni masih aktif dan masih enjoy life nikmatilah ya. Satu rahmat Allah swt kpd kita.
Zaman muda puas beli baju henbag dan kasut dan barang-barang comel. Skrg pun masih beli sebab setiap hari still ke perjabat, kena la update fashion dan make-up gituh..namun yang penting sekarang kena tambah beli supplement pulak ya every month.
List monthly expenses sekarang dah berubah - kena make sure EPO, Omega fish oil, Magnesium Glycinate, Gulsan, retinol cream, so on and so forth ready on the desk.
Baru terfikir sebenarnya list pembelian kita berubah mengikut faktor umur dan kesihatan. What's your priority.
 |
| Tanda memasuki usia emas ialah ubat dan supplement on your desk. |
 |
| EPO Cosway- sesuai dgn body kita..lps consume period dtg..sblm ni amik EPO Vitahealth |
 |
| Fish oil utk kolestrol sama dgn lecithin Blackmores |
 |
The other day tu tgk dalam kabinet ada lg pek instant set nasi kabsah.. so kita masak dia pagi sblm gi kerja |
 |
| Nasi Kabsah |
 |
| Ayam Bakar |
 |
| Acar |
 |
| Sos harrah |
 |
| Fav ank-anak |
 |
| View tasik waktu briskwalk menjelang senja |
 |
| Youngest nk beli fone bln Sept ritu |
 |
| Guna duit gaji dia |
 |
| Then g Kedai Tom Yam dinner sblm dua-dua ni terbang dari sarang |
 |
| Set 3 org mkn RM59..air tak termasuk |
 |
| Ada siakap 3 rasa, telur dadar, kailan, paprik ayam, tomyam campur, udang goreng tepung, nasi putih 3 dan ulam timun |
 |
| Siakap 3 rasa |
 |
| Udang Goreng Tepung ada dlm 5 ekor |
 |
| Ayam Paprik |
 |
| Tom Yam campur-ada udang besar dan ulam timun |
 |
| Kailan Ikan Masin |
 |
| Dapat brisk walk dgn gegirl 5.2 km apps Pedometer |
 |
Apps Mi Fitness 4.7 km pada 3 September Masing-masing tunjuk sneakers jenama apa..haha senang nak rujuk lepas ni mana yg lagi selesa Under Armour the eldest, Sketchers the youngest dan Mummy Decathlon Kalenji |
 |
| Pada hari Rabu, 2 september dapat la 4.4 km |
 |
| Jagung rebus by hubby utk bw gi office |
 |
| Weekend masak Daging Masak Cili Api Rebung dgn sambal tempeh/kentang |
 |
| Lauk daging ni jarang di masak..sesekali je |
 |
| Sambal tempe campur kentang |
 |
Semoga semua kita terus sihat
|
Ada satu jenis rezeki yang kita jarang sedar ketika memilikinya.
Badan yang masih boleh bangun sendiri.
Kaki yang boleh membawa kita ke bilik air.
Tangan yang boleh menyuap makanan.
Mata yang masih boleh melihat wajah orang yang kita sayang.
Paru-paru yang bernafas tanpa kita perlu memikirkannya.
Malam yang boleh kita lalui tanpa sakit.
Bila semuanya berjalan seperti biasa, kita fikir:
memang begitulah sepatutnya.
Sebab kesihatan jarang datang dengan bunyi.
Ia tidak menghantar notification setiap pagi:
“Jantung anda masih berdegup baik.”
“Hari ini anda masih boleh berjalan.”
“Hari ini anda masih boleh makan tanpa bantuan.”
Ia cuma diam-diam membawa kita melalui satu hari lagi.
Sebab itu malam ini, sebelum tidur, kalau tubuh masih mampu membawa kita ke penghujung hari
hargai apa yang masih berfungsi.
Dan jaga ia selagi kita masih ada peluang.
Kesihatan mungkin antara rezeki paling senyap.
Tetapi bila ia berubah, bunyinya boleh memenuhi seluruh hidup
No comments:
Post a Comment