Harga bilik Merdeka Beach Resort Kota kuala Muda Kedah 2019

Salam readers,

Kali ni aku nak kongsi tentang harga bilik terkini di Pantai Merdeka Beach Resort, Kedah.
Banyak key words search untuk blog aku yang cari pasal ni, so bila dah aku berkesempatan untuk ke sini baru-baru ni aku akan bagi harga terkini untuk yang bercacadang nak menginap disini.

Selain Pantai Merdeka Beach Resort, ada jugak beberapa chalet di kawasan berdekatan cuma kena pilih yang dekat laut untuk memudahkan percutian mandi pantai.
Pantai kat sini air taklah bersih sangat tapi boleh la nak lepas gian anak-anak. Lagipun dalam resort ni ada jugak kolam.

Pantai Merdeka adalah satu-satunya pantai pasir di tanah besar Kedah, ia adalah tarikan utama bagi pengunjung pantai dari seluruh utara Pulau Pinang dan Negeri Kedah.
Pelbagai jenis penginapan boleh disewakan untuk mengalami pantai dan tarikan-tarikan lain di kawasan ini termasuk mengutip kepah, siput sedut dan memancing.

Terletak di sepanjang pantai terbaik di PANTAI MERDEKA, KEDAH, Merdeka Beach Resort adalah sebuah resort ini dilengkapi dengan reka bentuk tradisional tempatan dan gaya reka bentuk seni bina, dengan kehijauan hijau di halaman berlandskap menghadap kolam renang.

Alamat : Kampung Bagan Ulu, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah


suasana di pantai merdeka

keadaan bersih dan terjaga


masa ni air pasang..pukul 5 ptg

byk kemudahan berbayar yang ada..utk kanak-kanak
reception untuk Pantai Merdeka Beach Resort

lobby open concept

resort ni agak luas..ada gazebo utk tetamu bersantai
deretan chalet

ni standard chalet..paling murah..harga weekdays dalam RM148

utk standard agak sempit..

toilet cangkuk ye untuk chalet yang murah ni
yg ni bilik deluxe

yg ni family chalet..ada 2 bilik dlm ni..satu bilik king bed..satu lg twin bed

twin bed

queen bed

toilet duduk
kolam just so so

deretan chalet

kawasan sekitar

ini harga biliknya..

Harga bilik disini :
1. Standard room (2 katil twin)- Hari biasa- RM148.40/RM137.80
                              Hari minggu- RM 180.20/159.00
                              Peak season - RM201.40/180.20/222.60

2.  Deluxe room (3 katil twin/1 queen dgn 1 single bed)- Hari biasa- RM190080
                              Hari minggu- RM 212.00
                              Peak season - RM222.60

3.  Family room (2 bilik dan ruang tamu) - Hari biasa- RM 296.80
                              Hari minggu- RM 339.20
                              Peak season - RM 349.80

4.  Executive suit (2 bilik dgn ruang tamu)- Hari biasa- RM 392.20
                              Hari minggu- RM 445.20
                              Peak season - RM 487.60

5.  Dormitory room (20 katil double decker) - Hari biasa- RM 445.20
                                 Hari minggu- RM 498.20
                                 Peak season - RM 540.60

6.  Royal Suit - Hari biasa- RM 530.00
                              Hari minggu- RM 795.00
                              Peak season - RM 1060.00

Disini jugak ada pakej family day dan seminar.

family day pakej

BBq pakej

pakej seminar



Untuk bajet bolehlah ke sini. Cuma keadaan bilik dan perabot agak worn out dan kurang selesa. 

2018 tahun dimana hilangnya semangat dan inspirasi travel


Salam Tahun Baharu kepada semua para pembaca.

Tahun baharu bakal menjelma malam ni, welcome 2019.
Just a short travel recap, ain't travel much anyway.
Tahun 2018 ni tak pergi mana,  busy dengan segala rutin harian dan makan-makan. Only travel to Bali and Thailand. Locally been to KL/Johor/Melaka.

For 2018, theres a great achievement to highlight, daughter passed with flying colours for her major exam and mum too got the handsome pay for all the 4 and 1/2 years of struggle.
It's been great year for our family other than my travellling plan.

Segamat

Malacca


Bali Nov 2018
Khlong Hae Hatyai Dec 2018

floating market 
Eat here and there

Hatyai prawn..200 thai baht

Chabura Hatyai dim sum

Raja Cendol Melaka
nah..ulat utk santapan tahun baharu 2019 agar lebih sanggup hadapi cabaran

Jika dilihat lately ni aku sibuk dan tak berapa rajin nak post serta update blog pasal travel mabel nih.
Tahun ni hanya 24 post je entry blog. Dah kena virus JM nih.
Banyak pekara yang berlaku dan ada beberapa  penyebab travel menjadi sendu.

Yang utama:
1. Ekonomoney- duhet sangat diperlukan untuk pekara-pekara yang lebih penting, anak dah besar dan banyak komitmen yang perlu diutamakan

2. Rasa begitu berat nak tinggalkan ank-anak, anak kucing, datuk nenek untuk travel..mungkin semakin berusia perasaan kekeluargaan itu makin menebal..kalau tiap kali travel nak berangkut mau kena jual spenda berlubang tu

3. Kadangkala terasa letih dan rasa nak berehat-rehat saja dirumah atau kunjungi local luxury spa.

4. Keinginan travel dan inspirasi travel bagai telah pudar dan apabila banyak tempat asing kau dah pergi dan jelajah kau dah rasa impian telah dipenuhi..jadi nak maintain semangat travel tu menjadi lemau.

5. Travel perlukan persiapan dan kederat-  Mak is rasa lutut bergegar masa panjat turun bukit teres padi di Tegallalang Rice terrace Bali okeh. Nampak tak ketuaan disitu?
Jadi bermuhasabahlah ya tak boleh nak berbackpack sangat macam dolu-dolu.

Mungkin setahun sekali dua pergi travel tu masih boleh di lakukan.
Namun keinginan dolu-dolu dimana nak travel ke Europe (esp German&Switzerland) seperti dah malap. Namun, tak apa kerana matlamat kita sendiri berubah mengikut kepentingan dan suasana.

Apa yang mampu, try test capai.
Sekurang-kurangnya cuba capai impian nak travel ke tempat-tempat idaman dan bila dah tercapai boleh slow down dah.
Tak semestinya bila tak travel tak ada hobi baru. Cari yang lain jugak untuk memenuhi ruang yang ada.
Sama ada hiking, cycling dang running.
Travel mungkin akan tetap masuk dalam diari tahunan setahun 1@2@3 kali. Perlu untuk let go semua rutin harian because..“You need a break every once in a while to enjoy the everyday and you need the everyday to enjoy the break you take every once in a while.” 
― S.A. Tawks, Mule

Namun inspirasi nak travel macam hardcore backpackers tu agak samar nampaknya.
Apapun....

Moto 2019 adalah 'life is short, make it sweet'
It's a beautiful sight right now and its a beautiful life right now.

Walau tuan tanah dah cukup sweet namun hidup perlu kena ada kemanisan selain pada wajah.
Walau umur tuan tanah masih sweet seventeen namun hidup sehari-hari perlu ditambah perisa jugak.
Lain la JM tu..jari pun dah manis belum tuan badan lagik.
Sebagai perempuan jangan lupa get up, dress up, show up.
Muka tak lawa tak apa tapi jangan selekeh okeh. Respek diri agar orang lain boleh respek kita.
Jaga diri semampunya (kebersihan dll) agar diri dihargai. Make yourself easy on the eyes (pleasant to look at). Begitu.

Aku bukan nak preach pasal motivasi whatsoever.
Tapi ini yang aku sedang lalui yakni sedang cuba melihat semuanya secara positif dan syukur.
Dah tua-tua ni kalau kau hidup masih nak merungut, masih tak puas hati sekian-sekian, cari pasal dan berdrama sana sini maka bersedialah terima bebanan fikiran dan kebencian orang.
Don't be that scary/freak aunty yang diumpat oleh sanak sedara nanti.
Apabila ada ujian yang tiba, jadi kita semakin menikmati every moment with loved ones, every little things and everyday life. Yang paling penting tetapkan peace of mind sebagai your highest goal.

semua tahu stress one of penyebab semua ketidaknormalan badan kita?? yang mengundang pelbagai negatif thinking dan memudaratkan fizikal mental so set ketenangan fikiran sebagai matlamat 2019..no drama please..tak payah baca news, fb then pikir why oh why..so read and just let go. You cannot change the whole world but you can change yourself

hanya kita tahu onak duri jalan yg kita lalui oleh itu tempuhi setiap perjalanan hidup dengan sebaiknya.
uruskanlah hidup kita mengikut kemampuan sama ada keluarga, kewangan, atau pekerjaan
let go semua yang negatif-negatif nih
Apa yang hilang InshaAllah akan digantikan dengan cara yang lain..keluarga yang rapat, kawan yang ada bila susah , workplace yang aman, home sweet home, itu juga adalah blessing

buka hati terima perubahan, cari benda baru ..buat apa yang kita enjoy..hiking salah satu hobi baru Mak tau walau baru sampai bukit, belum mountain lagi..buka hati untuk semua pekara baru dan tengok dari perspektif  yang berbeza.


Its a beautiful sight right now and its a beautiful life right now
count your blessing, not your thunderstorm..count your blessing not your problem..
kira apa kita ada,bukan kira apa yang orang lain ada..mulakan setiap bagi dengan syukur..
 dimana kita masih boleh bangun pagi, masih bernafas lagi dan masih boleh melihat fajar.
Hati yang bersyukur melihat banyaknya nikmat dan  akan lebih memudahkan kehidupan kita

Tahun Baharu 2019 ni nak kata berazam tu mungkin tak sangat namun harapan untuk menjadi lebih baik itu adalah matlamat diri untuk hari-hari seterusnya.
Semoga tahun baharu 2019 akan lebih mematangkan kita
Akan lebih membahagiakan kita.
Akan lebih menambahkan iman & kesihatan kita
Akan lebih segala-galanya yang baik, aamin.


amik masa dan slow down..nikmati benda simple yang kau rasa tak penting namun nikmat italian gelato bagi orang yang sakit gigi  adalah lazat nak matil!!
A new day, a new blessing and a new hope to all of you.

Itenary dan Kos Backpack ke Hanoi

The Beauty of Sa Pa town in winter

etnik minoriti


Assalamualaikum,

Untuk entry last backpack ke Hanoi, Vietnam kali ni aku akan bentangkan kos sepanjang backpack aku ke sana selama 5 hari 4 malam. Itenary taklah pack, aku hanya pergi ke tempat yang memang aku aim/ highlightkan iaitu Sa Pa dan Halong Bay sahaja.

Selingan adalah jenjalan cuci mata di Tasik Hoan Kiem, shoping di Old Quater dan makan minum masak sendiri. Takde masa nak carik kedai halal dan belasah je apa yang ada asalkan kenyang.

Okay, untuk itenary backpack ke Hanoi dan kos nya macam kat bawah:

1. Hari Pertama (24/2/17):
KL-Hanoi (3jam)
Ronda Old Quater
Sleepers train dari Hanoi-Lao Cai-Sapa (9-12hrs)

 -Tiket bas airport - Old Quater = 40k vd ( Rm 8)
- Tiket ketapi Hanoi- Lao Cai = 385k vd (Rm 71)
- Kasut but+stoking = 190k vd (Rm 35)
- Coffee/teh = 50k vd (Rm 9)
- Hotel day use ( 400vd/2) = 200vd (rm 37)
Total : 865k vd (rm 160)


2. Hari Ke-2 (25/2/17):
Sapa town market
Ronda/shoping di Sapa

- Minibus Lao Cai-Sapa = 26k vd  (rm4.6)
- Hotel 500k vd/2 = 250k vd  (rm 45)
- Makan (masak sendiri), beli sayur buah = 50k vd  (rm 9 )
Jumlah belanja hari kedua : 326k vd (Rm58.7 digenapkan)


3. Hari Ke-3 (26/2/17):
Cat Cat Village
Bas dari Sapa-Hanoi
Ronda Old Quater

- Tiket masuk Cat Cat Village  = 50k vd  (rm 8)
- Tiket bas Sapa- Hanoi = 250k vd (Rm 45)
- Hotel 400k vd/2 = 200k vd  (rm 35)
- Sewa motor 150k vd/2  = 75k vd  (Rm 13)
Jumlah belanja hari ketiga : 575k vd (Rm 103 digenapkan)


4. Hari Ke-4 (27/2/17):
Halong bay trip
Shoping di Old Quater
Lepak di tasik Hoan Kiem

- Trip ke Halong Bay  = 700k vd  (rm 125)
- Air Mineral = 45k (Rm8 )
- Shoping di Old Quater 305k vd (RM 53-55), seperti list kat bawah:
  ~beli Waterproof Dry Bag Outdoor 2ltr 100k vd (Rm 17)
~Key chain 100k vd (Rm 17)
~ Kopi 55k vd (Rm 10)
~ tali pinggang 50k vd (Rm 9)
 Jumlah belanja hari keempat : 1050 k vd (Rm 188 digenapkan)


5. Hari ke-5 (28/2/17)
Dari Old Quater ke airport (flight awal pagi)

Teksi ke airport = 220k vd  (rm40/2)
Jumlah belanja hari kelima : 110k vd (Rm20)


6. Tiket flight KL-Hanoi-KL = RM 400.00

Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi seorang backpacker ( tapi pergi berdua boleh share kos hotel&taxi) untuk 5 hari 4 malam di Hanoi adalah 2926k dong bersamaan RM530.00 termasuk souvenir/belanja peribadi.  Campur flight Rm400 semua kos termasuk flight adalah RM930.00.

Apabila belanja hanya dikira ketika menjejakkan kaki di Hanoi.
Apabila kita bawak periuk nasi ajaib dan makanan segera dari tanahair seperti sardin, kari daging tin dan mee maggi.

Dan untuk malam terakhir tu aku melepak di tasik sampai pukul 4 pagi sebelum ambil taxi ke airport. Jimat duit hotel sebab masa tu balik dari Halong dah lewat. soping lagi kat Old Quater jadi rugi amik hotel. Namun tak jimat jugak sebab hari pertama sampai Hanoi kami ambil hotel untuk day use kerana train ke Lao Cai tu bertolak malam. Dan amik taxi pulak ke airport.

Oleh itu, adalah terlebih dan ter kurang di mana-mana. Ada ke backpacker yang perfect segala kos dan itenary nya? tak kan. Jadi travel la ikut cara dan kesesuaian masing-masing.
Do it your way.



Ha Long Bay