Chabura Halal Dim Sum Hatyai

Restoren ni memang terkenal dikalangan rakyat Malaysia.
Menyajikan pelbagai dimsum halal dan penuh dengan manusia ketika sarapan pagi.

Kedai ni ada 2 lot, kalau lot utama dah penuh dan takde meja maka kena pi lot selangnya..sebelah je cuma pilihan tak banyak macam kat lot utama tu. Masa aku pi memang kena pi lot kedua tu jadi tiram kupang tu semua takde macam kat kedai utama yang aku tengok tadi.

Sini banyak dim sum, bun-bun, pau segala mak nenek seafood dan meat. Hidangan utama macam bubur nasi, nasi goreng pun semua ada.
Walau sesak tapi servis pun not bad, tunggu tak lama mana.

Cara nak makan kat sini, order je dulu menu utama yang nk dimakan..aku order nasi goreng seafood dan teh ais. Pastu pi kat kaunter dimsum, amik tray dan sauk semua dim sum yang ko berkenan.
Bagi tray tu kt staf dia dan staf tu akan bagi nombor meja untuk kita. Nombor tu ko letak atau sangkut la kat meja ko duduk tu. Sandar kat botol kicap gena, pepandailah. Staf tu akan stim dim sum tu then hantar ke meja kita ikut nombor yang dia bagi tadi.

Harga dimsum ni ada yang kecil dan besar.
Kalau kecil 1dalam 15 (seringgit lebih) baht gitu. Kalau yang besar means pau besar tu dalam 20 baht (dua hengget lebih).

Di restoren ni ada toilet jadi boleh la tumpang sebelum jenjalan dan nak masuk toilet kat tempat lain kena bayar nanti.

kepala naga kat Hatyai

penuh orang kampung ni

jom nek tuktuk

Pantai Songkhla..patung mermaid ni seminggu lepas aku pi terus jadi kudung akibat dibom


peta restoren..alamat Dimsum Chabura Hatyai 
430 Ratthakan Road 
Sapan dam, Khlong Hae, 
Hat Yai 90110, Thailand 


semak fb depa di https://www.facebook.com/RotiBura/

kedainya


moh le kita

penuh sesak orang..takde meja kosong pulak..kedai ni ada 2 lot..

ni lot kedai kedua

meja nk duduk takde weiii..jadi kena pi lot kedai sebelah sana

byk pilihan

pilihan yang ada dalam freezer

miang kham pun ada

harga kecik 15baht dan yg besar 20baht
sorg kena jaga meja
ni buku menu nya

menu nya

Harga 

Minuman

Add caption

pilih jgn tak pilih
nasi goreng seafood, 89 baht (dalam saploh hengget jgk)..udang byk..sotong byk..pastu teh ais sana memang terasa nikmatnya..tak bland mcm sini

bubur ayam

ni baru sorg order.;.puas makan
jenuh nak habiskan
kerabu daging

yg ni cute

yang ni meat dgn sayur

amik je tray yg dh ada kad nombor ni.sauk semua dimsum yg ko suka dan bg tray  kt staf tu untuk stimkan.
satu kad nombor tinggal dlm tray dan lagi satu letak kat meja kita bagi staf tu nampak..dia akan hntr dimsum kt meja kita lps dah siap

nah makan sampai pengsan

keadaan selepas

muka bahagia lepas baik lantak..ni bukan tuan tanah okey

tah apa dia tulis

Total bil sorang makan dalam RM20-30 (lebih kurang 250 thai baht). Tengok banyak mana ko melantak. Kalau takat nasi goreng dengan 5 bekas dim sum tu campur air mungkin dalam RM20 jek.
Berbaloi judgaklah datang sini cuma pada aku dim sum dia rasa sedap cuma takdelah super sedap.

Menghirup udara segar dipuncak Gunung Jerai tahun baru 2019

Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri KedahMalaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 1,207 meter[1]
Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan daerah-daerah berhampiran di negeri Kedah. 
Uniknya mengenai Gunung Jerai adalah kerana keadaannya yang tinggi dikelilingi oleh tanah rata pertanian sawah padi sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang. 
Tidak seperti gunung-gunung lain di Malaysia, yang selalunya berada di dalam banjaran, Gunung Jerai berada di pesisir pantai, terpisah daripada sistem banjaran semenanjung Malaysia. Malah Gunung Jerai juga dikatakan mampu dilihat dari oleh kapal-kapal yang melalui Selat Melaka sejauh seratus kilometer. Jarak penglihatan pula bergantung kepada keadaan cuaca.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan di situ mengelarnya "Batu Kapal". Menurut legendakapal tersebut ialah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.
Suhu tahunan di Gunung Jerai ialah sekitar 19 °C hingga 24 °C dan selalu dilitupi kabus tebal terutama pada musim hujan, selepas hujan, dan kadang-kadang pada awal pagi.


Jerai dari pandangan di Yan

Gunung Jerai terdiri dari struktur batu dengan ketinggian 1217 meter dari aras laut. Struktur dengan ketinggian luar biasa yang terletak berhampiran kawasan pantai dipercayai bermula dari sebuah pulau yang bernama Pulau Serai. Dengan kedudukan hampir dengan laut ia telah dijadikan arah tuju pelayar dan pedagang pada zaman dahulu diantara kurun ke 5 hingga 14 masihi untuk belayar ke Lembah Bujang. Hampir keseluruhan Gunung Jerai terletak di dalam kawasan hutan simpan kekal Gunung Jerai yang telah digazetkan pada tahun 1953 dengan keluasan 8560 hektar

ketinggian tempat terletaknya Jerai Hill Resort ni 986 kaki dari aras laut..nak 1217 meter tu kena naik lagi atas kat pencawang paling tinggi

terbentang sawah padi

keindahan hydrangea

pulau bunting dibawah nun
bunga besar-besar

ada small cafe/ala bistro kat sini



ketinggian dari sini 968 dari aras laut
Add caption

ditepi chalet

so cantik
bunga-bunga cinta

biru langit

cuaca macam cameron sikit

byk bunga hydrangea kat sini

Sangat tenang dan segar bila ke sini. Perjalanan dari bawah puncak selama 40 minit mendaki dari point di Gurun, naik van Rm10 seorang pergi balik.
Jalan mendaki agak curam dan selekoh tajam, bas tak boleh naik ye.

Lepas turun jom pekena lunch di Kedai Kak Chaq ikan Bakar Gurun.

makan rojak lepas turun

Kak chaq ikan bakar Gurun

meleleh baq hang

speciality ikan bakar utk lunch kat sini
nyum nyum