Bali Trip- Hari kedua di Bali dan menginap di Kuta

Selepas bangun tido maka keluarlah cari kenderaan awam untuk ke Kuta. Nak cari hotel dan berjalan-jalan. Zon masa Bali sama dengan Malaysia jadi tak susah cuma siang cerah awal dan malam gelap lebih awal. Matahari terbit pukul 6.25 pagi camtu dan terbenam pukul 6.45 lebih kurang.

jom le kita keluar dari airport untuk ke pusat bandar Bali

aku dok usha bas ni kot la bas public ke Kuta..tapi tak..geram betul kena amik teksi jgk la gayanya
tanya orang sini sana, semua kata tunggu dekat belah kiri airport, hampeh berjalan ulang alik satu bas atau share minivan pun tarak..konon nak berjimat tu tak dapek la jawabnya
jadi terpaksa naik taxi biru toyota ni..rate dari airport ke Kuta dalam 100k rupiah (Rm30)
dari airport ke Kuta dalam setengah jam jek..area Kuta ni al ada mall, pantai jermandan pelbagai resort

Teksi hantar sampai ke Kuta di kawasan lorong depan mall Discovery tu. Bertentangan mall tu ada lorong yang banyak hotel/resort yang murah dan cantik.
Jalan ke sebelah nun, tu lah pantai Kuta yang femes ames tu. Jadi boleh la nak keluarkan pario dengan two pis yang havoc tu.

ni lah mall nya..dari jalan raya boleh cross terus ke pantai..jalan ke sebelah kanan terus itulah pantai Kuta yang femes seantero dunia tu..nak masuk kena cek bag, bali ni masih trauma dengan peristiwa bom-bom di tempat awam

ni antara hotel di kawasan mall tu..mahal jugak pada aku.. jadi pergi tanya hotel lain pulak
di lorong ni banyak kedai tourist package, guide dan hotel motel. Di tepi jalan semua banyak nampak sembahan untuk dewa yang disebut Canang Sari yang diletakkan macam tu je kaki lima
''Canang sari adalah salah satu sembahan harian yang dibuat oleh orang Hindu Bali untuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Hyang Widhi Wasa dalam pujian dan doa. Canang sari dilihat di kuil-kuil Bali (pura), di kuil-kuil kecil di rumah, dan di tanah Atau sebagai sebahagian daripada offering yang lebih besar''


canang sari di tepi laut Tanjung Benoa


ni kawasan tempat kami stay

depan lintas jalan adalah mall

belakang mall adalah pantai

turun mall nampak pantai 

belah kanan tu lak Kuta beach

kalau jalan ke kiri ada resort dan adalah gate tipikal bali ni..boleh posing cekak pinggang pakai spek hitam kat sini

jalan ni banyak hotel

kami pilih yang ni sebab murah..200k rupiah semalam..boleh share sorang 100k aje (rm30)

Bali trip- Hari pertama dari KL ke Bali

Ini merupakan trip tahun 2018 pada bulan November.
Trip selama 5 hari dan pergi berdua.
Cita-cita sebelum pergi adalah nak gunakan semua public transport jadi boleh lah nak buat backpack entry. Boleh jimat dengan backpack ni.
Masalahnya Bali ni macam susah jugak nak guna mode backpack tu sebab ramai tourist guna van sewa harian.  Garu kepala.

ni pulau dewata ni..island of the gods..besar uit camna nak cover dlm masa 5 hari ke semua tempat??

Bali ni pulau yang besar dan kawasan pelancongannya berselerak. Contoh jika hari tu pergi Uluwatu, belah situ je lah ko boleh pergi. Tak boleh dah jika nak ke Ubud. Dengan jalan sesak dan sempit tu, bayangkan sorang dua pelancong guna satu van, waduh gimana macetnya??

Eh baru nak start mula entry dah membebel macam mak nenek, so kita teruskan dulu dengan entry hari pertama dari KL ke Bali.

keadaan klia2 pada 16 november 2018

still ramai orang walau masih awal pagi

bawak buku ni jugak ms travel utk bunuh masa (kill time hehe)

ni duit yang aku tukar..tukar rm750 dapat la 2.6 juta rupiah (bukan 1mdb punya)
moh le kita nek aircraft lepas dah setel semua



Lepas lebih kurang 3-4 jam dalam aircraft sampai la di airport Ngurah Rai Bali.
Masa tu dah pukul 9 malam. Ni sebab nk jimat amik flight pukul 6 petang sampai malam kat Bali. Jadi plan dia adalah tido di aiport sampai pagi then esok tu baru nak check-in.

I am in Bali...lega dah sampai..dah kematu bontot dalam flight 3 jam lebih
cantik kn


luas

cantik tau dalam airport ni..rasa kebalian sangat

so isi la arrival form ni ye..lepas isi pergi cop imigresen, cek baggage dan keluar dari balai ketibaan.

ni tambang teksi dan zon di Bali
Lepas keluar dari balai ketibaan maka sebab nak tido kat airport aku naik lif ke balai berlepas. Melepak kat balai berlepas tunggu esok, boleh nak jamak dan setelkan apa yang perlu.
Tooilet kat atas ni pun besar, luas dan selesa.

keluar balai ketibaan nampak ni

ni lah dewanya



Moh le kita naik ke atas dan cari port beradu.
Gambar adalah tak clear sebab guna hp je ni. Hp cap ayam.

Bento box/bekal minggu ini yang mudah dan senang

Walau ada orang kata bekal sekolah biasa tak setaraf bento..jadi kalau nak buat bento kena la buat makanan yang banyak variety/lengkap ddengan carb, protein, sayur jeruk dll serta cantik/berseni/berhias elok-elok macam kat Jepun nun.. tapi disini sebab aku sebut bento jugak kerana dah jadi biasa.

'Bento (弁 当 bentō) adalah satu hidangan makan tengahari atau makan tengah hari yang lazim digunakan dalam masakan Jepun. Bento tradisional terdiri daripada nasi atau mi, ikan atau daging, dengan sayur-sayuran jeruk dan masak, dalam kotak. Bento tersedia di banyak tempat di seluruh Jepun, termasuk kedai serbaneka, kedai bento (弁 当 屋 bentō-ya), stesen keretapi, dan kedai serbaneka.
Walau bagaimanapun, suri rumah Jepun sering menghabiskan masa dan tenaga dengan mencantikkan bekal yang disediakan dengan teliti untuk pasangan, anak, atau mereka sendiri.
Bento boleh disusun secara terperinci dalam gaya yang dipanggil "kyaraben" ("bento aksara"). Kyaraben biasanya dihiasi untuk kelihatan seperti watak-watak popular dari animasi Jepun (anime), buku komik (manga), atau permainan video. Satu lagi gaya bento yang popular ialah "oekakiben" atau "bento gambar". Ini dihiasi untuk kelihatan seperti orang, haiwan, bangunan dan monumen, atau barang seperti bunga dan tumbuh-tumbuhan. Peraduan sering diadakan di mana penyusun bento bersaing untuk memenangi bento tercantik''

Jadi ni bekal untuk minggu ni.
Jom layan, apa yang mudah dan senang jek kita bekalkan janji anak kenyang.
Sekarang rajin ambil gambo bento, dengan handphone pun jadilah...entry Bali taktau bila nak mulaaaaa..malasnyaaa.

Sebab dah buka sekolah maka mood untuk masak memasak ni kena diseru.... jadi mood travel kenalah di hibernate. So kita jadi ibu mithali untuk 2-3 bulan seterusnya.

ini bekal nya..dah gegirl kena la yang kiut miut

nasi putih, asam pedas ayam dan telur dadar
yg hitam tu blackpepper..bukan habuk yer

meggi goreng dan roti sapu kaya/marjerin

boleh la makan kenyang sampai tengahari

nasi putih dan asam pedas daging

ada sayur sikit

na

Nasi goreng dan buahan oren/epal


mihun goreng dan puding

mihun goreng pandai
nasi goreng dan croissant inti coklat.. beli munchy punya

cucur udang dan buah oren/epal
bekal nasi pulak..abaikan kat tepi yang sememeh tu

nasi putih, sambal ayam dan sayur


kikis kaya sampai licin

mak dia makan yang ni je lah

yang ni pun tetap sedap jugak
tipikal weekend breakfast


nah..ini bekal nya untuk anakku sayang..nanti dah besar ingat kerajinan mak tau...
lunch box diorg

Bento box tahun 2019

Sekolah dah dibuka dekat sebulan.
Pastu mak hang tak reti lagi ke nak hapdet bento box anak-anak dalam blog.
Baiklah..untuk entry ni mak hapdet bekal anak-anak bagi tahun baru yang menjadikan mak makin muda. (rupa macam mak tiri garang tapi sebenarnya I is ibu mithali)

Bekal ni menu ringkas, sederhana dan takde nak hias bagai sebab anak bukan lagi darjah 1..kalau anak kecik mungkin kena hias nak bagi depa seronok makan sekarang ni.. tak hias pun memanjang kena masak sebab perut budak tengah membesar macam gorilla, kejap-kejap lapor. Jadi takyah susahkan diri, buat bekal simple sudah.
Menu buat untuk sarapan satu pastu untuk lunch satu. Kalau tak sempat satu menu makan dua kali.
Menu simple je anak aku nak, janji dia takyah beratur tolak menolak kat kantin sekolah untuk makan.
Bila dapat beli terus loceng dah bunyi..kesian kan?

masa ni anak sakit tekak dan demam jadi sebagai ibu mithali aku masak bubur untuk bekal

kutiew goreng dengan roti telur campur tuna bakar

spaghetti daging dan cekodok pisang..nak buat kodok pun bukan senang..lambat nak tunggu 


nasi lemak..takde timun gantikan dengan tomato


menu pagi ni..nasi putih, sambal ayam dan biskut beras jepun tu

dua anak dua bekal dan ini la lunch bag depa..beli kat daiso dan ada yang order online