Hari ke-5 dan Malam terakhir di Hanoi

Selepas balik dari Halong Bay, dah maghrib masa tu dalam pukul 7 malam lebih kurang. Kami memang dah check-out sebelum pergi ke Halong tadi, cuma tinggalkan mak tapir di reception. Balik tu pun terus cakap kat budak reception tu kami nak gerak pukul 4 pagi ke airport dan dia kata boleh tinggalkan beg kat hotel tu dan cab pun dia akan uruskan. Then lepas setel apa yang patut kami terus pergi meronda kat pasar malam yang meriah dekat Old Quater tu.

harga utk Halong Bay day trip: 25-30 USD..yang aku amik 700k dong (Rm124) lebih kurang

meronda.. area kawasan backpakcer di sini

boleh shoping last minit

memang tourist area ni

kopi sobenir vietnam yang harus dibeli

macam-macam jenis ada

tepi jalan je display nya

byk kedai sobenir kat sini

kedai fabrik utk cenderahati

ni dekat restoren India..staf dia dok pujuk kami masuk dinner

ni restorennya..tapi kami tak masuk pun

ni lorong dekat hotel kami
menikmati keindahan tasik pada malam terakhir..sejuk gigil ok...

Jadi sementara mennunggu pukul 4 pagi untuk ke airport kami meronda Old Quater, lepak di tepi tasik Hoan Kiem dan beli-belah apa yang patut. Ambil teksi ke airport dicaj sebanyak 220k dong untuk 2 org. Pukul 4 pagi, teksi datang dan kami ambil backpack dari hotel dan terus gerak ke airport.

Bye-bye Hanoi, ada jodoh bersua lagi.

Kos bagi seorang backpacker hari ni ialah:
- Teksi ke airport = 220k vd  (rm40/2)

Jumlah belanja hari kelima : 2225k vd (Rm 396 digenapkan)

MyHotel@Sentral Kuala Lumpur

Hotel bajet yang terletak seberang jalan ke KL Sentral.
Sebelah Old town Kopitiam dan strategik.
Rate aku ambil thru booking.com dalam RM80 semalam.
Oklah bilik selesa dan bersih jugak..lagipun bukan nak stay dalam bilik sangat, nak pergi jenjalan je.

Kawasan ni ok, ada kedai makan melayu dan mudah la nak beli keperluan.

depan hotel..lintas jalan depan tu terus ke KL Sentral/Nu Sentral

reception


lobby


amik google je ni sb lupa amik gambar bilik


bathroom cum toilet

hallway
view dari bilik 

depan hotel

pi kl sebab nak makan yang ni

myeongdong topokki


pastu sebab nak shopping jugak

tempat feberet Nu Sentral

lepas tu nak pi ikea jgk


lagipun lama tak pi airport

rindu jugak kat klia2

walau selalu merungut letih jalan jauh dari gate ke arrival hall

rindu lama tak fly
lepas gian
 nak nek LRT sb kampung den takdo bendo nih haaaa

nak nek monorail jgk

Pulau Bunting tarikan baharu di daerah Yan Kedah

Jambatan menuju Pulau Bunting

Pulau Bunting merupakan sebuah pulau di daerah Yan, Kedah. Pulau ini terletak di Selat Melaka. Pulau ini dihubungkan dengan tanah besar melalui Jambatan Pulau Bunting. Panjang jambatan ialah 2.30 km dan 13 meter lebar. Pulau ini sepanjang 2 km dan selebar 500meter sahaja.

Kalau ko tengok insta related Jambatan Pulau Bunting, memang glamer lah pulau ni..ramai yg up dan tag kat sini.

''Pulau Bunting (GPS: 5.87611, 100.32783) is the northernmost in a row of islands off Yan District in Kedah. It is also the only one to be linked to the mainland by a bridge. The Pulau Bunting Bridge, or Jambatan Pulau Bunting connects it to the mainland.
Pulau Bunting attracts mainly the locals who go there for fishing and picnicking. The sea surrounding the island is quite clear. You can see the seabed from the island.''
https://www.timothytye.com/malaysia/kedah/pulau-bunting.htm

Pulau ini digelar Pulau Bunting jika dilihat dari pekan Yan& ia seakan-akan menyerupai rupa paras wanita mengandung atau bunting. Menurut penduduk setempat dengan Pulau Bunting memang pulau ini mempunyai 1001 misteri. Di tengah-tengah pulau ini terdapat satu kawasan perkuburan orang melayu. Mengikut cerita orang-orang tua apabila ada kematian orang kampung di darat, jenazah akan dikebumikan di Pulau Bunting. Pulau ini dihubungkan dengan tanah daratan oleh satu 'jambatan misteri' yang telah lama siap namun tidak pernah dibuka hingga sekarang. Ia kini sangat popular dikalangan kaki pancing dan menjadi tempat perkelahan bagi penduduk setempat.
(http://scriptersnews.blogspot.com/2015/07/5-pulau-cantik-di-kedah-selain-langkawi.html)

Orang tempatan sendiri membuka jambatan dengan alihkan batu penghadang untuk drive ke jambatan kerana kerajaan sebelum ini bina jambatan,siap last-last jadi gajah putih je..Ia tidak dibuka atau pulaunya tidak dimajukan. Bagi parking kereta pula hanya kira-kira 20-30 biji kereta saja yang boleh diparking dalam pulau, itupun berkat usaha peniaga meratakan tanah untuk menarik orang ramai ke pulau tersebut bagi menambah rezeki mereka.
Yang masuk tapi dah penuh parking terpaksa parking kenderaan di tepi-tepi jambatan. Disepanjang jambatan pula terdapat deretan gerai jual laksa, aiskrim dan kudapan boleh dibeli.
Kawasan ini merupakan tumpuan kaki pancing kerana banyaknya ikan/sotong yang ada.

Cuma dari daratan ke pulau ini agak jauh, jambatan agak panjang dan selalu jem bila musim cuti/weekend. Selain itu tiada bekalan air mentah/paip air/tandas/surau di pulau tersebut. Masa aku pergi tu hazab jem.. pukul 6 petang dgn ramainya kaki pancing, mat motor dan manusia beriadah.

Majlis Daerah Yan tidur ke?? patutnya masa ni la nak promote pulau cantik ni, majukan dan atau kalau takde duit swastakan kepada pemaju. At least bagilah ada toilet atau elektrik untu kemudahan orang ramai. 
Okay itu yang kau tanya kan?? Sebenarnya bukan salah Majlis daerah yan kerana katanya Pulau Bunting ni adalah milik sebuah syarikat.
Tapi taktaulah kenapa kerajaan sblm ni  bina jambatan tu sedangkan pulau tu milik syarikat? 
banyak pekara yang perlu diketahui sebelum salahkan sesiapa.

Lepas parking, turun ke sebelah kiri yang ada jeti dan banyak batu tu..hati-hati sebab batu tajam dan licin. dari batu tersebut boleh ke pantai sebelah kanan.
dari tempat parking di pulau..parking betul-betul terletak hadapan jambatan saja..agak kecil

ada pakej sewa bot island hoping ke Pulau Song song, pulau Bidan dan Pulau Telur..harga Rm35, Rm45 ke atas

berlatar belakang gunung jerai


info yang ada

air jernih..masih dara dan lebih bersih dari di Pantai Merdeka



pantai tak panjang..agak kecik

tapi bolehlah nak lepas gian..nak pergi langkawi jauh sangat

tepi pantai ada hiking trail..mudah je nak panjat bukit ni..naik pastu turun untuk ke pantai sebelah sana..pun pantai tak panjang jugak

hiking trail dia tak penat..sekali naik dan sekali turun untuk ke pantai sebelah sana walau agak curam
pantai sebelah bukit lebih bersih..air jernih dan banyak batu yang tak tajam








Overall pulau ni boleh la dijadikan tempat rehat untuk mandi-manda, then biasalah orang Malaysia, sampah buang merata..agak kotor dgn plastik makanan. Patut sediakanlah tong sampah ke.
Lagi satu kalau nak berenang lama-lama elok hiking sikit ke sebelah pantai belakang sana kerana airnya lebih bersih dan kurang sampah.

Update November 2018: 
''Jambatan Pulau Bunting ditutup sepenuhnya kepada orang awam mulai hari ini dan selepas mesyuarat penyelaras Dun mempertimbangkan beberapa faktor.
Penyelaras Dun Sungai Limau, Zahran Abdullah berkata, keputusan diambil selepas mesyuarat pihak penyelaras Dun bersama pemilik jambatan iaitu SKS Ventures Sdn Bhd, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Yan dan polis pada 19 November lalu.

“Faktor utama kita menutup jambatan ini adalah masalah keselamatan selain jambatan tidak pernah diselenggarakan sejak ia siap dibina pada 2008 dan pihak pemilik tidak pernah mengeluarkan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mengurus atau selenggara jambatan tersebut.''