Jambatan menuju Pulau Bunting |
Pulau Bunting merupakan sebuah pulau di daerah Yan, Kedah. Pulau ini terletak di Selat Melaka. Pulau ini dihubungkan dengan tanah besar melalui Jambatan Pulau Bunting. Panjang jambatan ialah 2.30 km dan 13 meter lebar. Pulau ini sepanjang 2 km dan selebar 500meter sahaja.
Kalau ko tengok insta related Jambatan Pulau Bunting, memang glamer lah pulau ni..ramai yg up dan tag kat sini.
''Pulau Bunting (GPS: 5.87611, 100.32783) is the northernmost in a row of islands off Yan District in Kedah. It is also the only one to be linked to the mainland by a bridge. The Pulau Bunting Bridge, or Jambatan Pulau Bunting connects it to the mainland.
Pulau Bunting attracts mainly the locals who go there for fishing and picnicking. The sea surrounding the island is quite clear. You can see the seabed from the island.''
https://www.timothytye.com/malaysia/kedah/pulau-bunting.htm
Pulau ini digelar Pulau Bunting jika dilihat dari pekan Yan& ia seakan-akan menyerupai rupa paras wanita mengandung atau bunting. Menurut penduduk setempat dengan Pulau Bunting memang pulau ini mempunyai 1001 misteri. Di tengah-tengah pulau ini terdapat satu kawasan perkuburan orang melayu. Mengikut cerita orang-orang tua apabila ada kematian orang kampung di darat, jenazah akan dikebumikan di Pulau Bunting. Pulau ini dihubungkan dengan tanah daratan oleh satu 'jambatan misteri' yang telah lama siap namun tidak pernah dibuka hingga sekarang. Ia kini sangat popular dikalangan kaki pancing dan menjadi tempat perkelahan bagi penduduk setempat.
(http://scriptersnews.blogspot.com/2015/07/5-pulau-cantik-di-kedah-selain-langkawi.html)
Orang tempatan sendiri membuka jambatan dengan alihkan batu penghadang untuk drive ke jambatan kerana kerajaan sebelum ini bina jambatan,siap last-last jadi gajah putih je..Ia tidak dibuka atau pulaunya tidak dimajukan. Bagi parking kereta pula hanya kira-kira 20-30 biji kereta saja yang boleh diparking dalam pulau, itupun berkat usaha peniaga meratakan tanah untuk menarik orang ramai ke pulau tersebut bagi menambah rezeki mereka.
Yang masuk tapi dah penuh parking terpaksa parking kenderaan di tepi-tepi jambatan. Disepanjang jambatan pula terdapat deretan gerai jual laksa, aiskrim dan kudapan boleh dibeli.
Kawasan ini merupakan tumpuan kaki pancing kerana banyaknya ikan/sotong yang ada.
Cuma dari daratan ke pulau ini agak jauh, jambatan agak panjang dan selalu jem bila musim cuti/weekend. Selain itu tiada bekalan air mentah/paip air/tandas/surau di pulau tersebut. Masa aku pergi tu hazab jem.. pukul 6 petang dgn ramainya kaki pancing, mat motor dan manusia beriadah.
Majlis Daerah Yan tidur ke?? patutnya masa ni la nak promote pulau cantik ni, majukan dan atau kalau takde duit swastakan kepada pemaju. At least bagilah ada toilet atau elektrik untu kemudahan orang ramai.
Okay itu yang kau tanya kan?? Sebenarnya bukan salah Majlis daerah yan kerana katanya Pulau Bunting ni adalah milik sebuah syarikat.
Tapi taktaulah kenapa kerajaan sblm ni bina jambatan tu sedangkan pulau tu milik syarikat?
banyak pekara yang perlu diketahui sebelum salahkan sesiapa.
Lepas parking, turun ke sebelah kiri yang ada jeti dan banyak batu tu..hati-hati sebab batu tajam dan licin. dari batu tersebut boleh ke pantai sebelah kanan.
dari tempat parking di pulau..parking betul-betul terletak hadapan jambatan saja..agak kecil |
ada pakej sewa bot island hoping ke Pulau Song song, pulau Bidan dan Pulau Telur..harga Rm35, Rm45 ke atas |
berlatar belakang gunung jerai |
info yang ada |
air jernih..masih dara dan lebih bersih dari di Pantai Merdeka |
pantai tak panjang..agak kecik |
tapi bolehlah nak lepas gian..nak pergi langkawi jauh sangat |
tepi pantai ada hiking trail..mudah je nak panjat bukit ni..naik pastu turun untuk ke pantai sebelah sana..pun pantai tak panjang jugak |
hiking trail dia tak penat..sekali naik dan sekali turun untuk ke pantai sebelah sana walau agak curam |
pantai sebelah bukit lebih bersih..air jernih dan banyak batu yang tak tajam |
Overall pulau ni boleh la dijadikan tempat rehat untuk mandi-manda, then biasalah orang Malaysia, sampah buang merata..agak kotor dgn plastik makanan. Patut sediakanlah tong sampah ke.
Lagi satu kalau nak berenang lama-lama elok hiking sikit ke sebelah pantai belakang sana kerana airnya lebih bersih dan kurang sampah.
Update November 2018:
''Jambatan Pulau Bunting ditutup sepenuhnya kepada orang awam mulai hari ini dan selepas mesyuarat penyelaras Dun mempertimbangkan beberapa faktor.
Penyelaras Dun Sungai Limau, Zahran Abdullah berkata, keputusan diambil selepas mesyuarat pihak penyelaras Dun bersama pemilik jambatan iaitu SKS Ventures Sdn Bhd, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Yan dan polis pada 19 November lalu.
“Faktor utama kita menutup jambatan ini adalah masalah keselamatan selain jambatan tidak pernah diselenggarakan sejak ia siap dibina pada 2008 dan pihak pemilik tidak pernah mengeluarkan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mengurus atau selenggara jambatan tersebut.''
Nampak menarik tempatnya
ReplyDeleteya..cantik jgk
DeleteMak pakai 2 pis tak mak? He He He
ReplyDeleteMak pakai 1 pis je nak haha
DeleteXsmpai lgi ni
ReplyDeletememang takleh sampai kecuali dgn bot skrg..jambatan ditutup dh
DeleteMak!!! still remember me? baru keluar dari 'penjara' ni hihihih
ReplyDeleteMestilah ingat..penjara SS ke :p
Deletekat Langkawi Pulau Dayang Bunting...ni Pulau Buntng..siapa yang 'membuntingkan' Pulau tu heeeee
ReplyDeleteKt langkawi dayang yg bunting..kat sini dia bunting sendirik haha
Deletemilik syarikat? sahih ke tidak tu kan? dah mcm terbiar je tak di komersial kan..kalau Mak x share info ni mmg tak tahu pun wujud Pulau ni
ReplyDeleteItu info yg mak dpt dr tenet la..xtau sah ke tak..syg kn
Deletejernih dan besih tul air nye..Mcm mana Mak tahu masih air tu masih 'dara' hahaha mgkin sbb belum tercemar dgn sampah eh
ReplyDeleteDara sebab teruna belum sentuh hihi
DeleteMak tak 'berendam' ke..kalau JM confirm terjun tak air DARA tu hihih
ReplyDeleteBerendam tak ingat daratan tau..berjam-jam
Deleteorg malaysia mmg 'pemalas' dan 'pengotor'
ReplyDeleteBila la nak mentaliti tu nak berubah kan
Delete