Kenapa aku delete akaun FB


Facebook atau atau muka buku adalah fenomena alaf baru. (ceh, mukadimah).

Penyataan dibawah takde kena mengena dengan insan-insan baik hati yg menggunakan fb untuk tujuan baik,silaturrahim,kegiatan dakwah,berbusiness dan yg bermanfaat.
Aku telah delete akaun FB aku rasa dalam 2 tahun yg lalu, yakni pada tahun 2010.
Sebelum baca, sila jgn kecik hati,terasa atau anggap aku sinis.
Apa yg aku tulis adalah pendapat peribadi,pemerhatian sendiri dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun yang hidup dan mati.

Ye..ngaku mula-mula dulu aku mengaku aku obses gak dgn fb tetapi mintak maap skrg ni aku rasa fb patut diharamkan di Malaysia macam kt China.
Lemas jgk dgn perangai manusia duniawi di fb yang konon nak tunjuk best
.Aduh...fb actually annoying when small thing turn out a disaster.Biarpun kengkawan atau secret admirer tanya (perasan nak mampus) nak add fb..ohoho maaf yer..fb telah memporakperandakan hidupku dgn tah pape maklumat yg langsung tak perlu.

1. Contoh status- 'arini makan nasi ambeng,pehh sedap biarpun geng sedulang giginya kuning'. Sangat tak bermanfaat. Dari cerita arini pakai baju color apa hingga ke makan kuih karipap sepuluh biji.
Atau 'Today I am planning and decided to buy a new car-Honda Power Of Dream...not a disaster Proton car'
FB adalah sangat menjengkelkan bila ada yg suka show-off dan buat hebahan yg dia hebat secara halus. Oh please..dan condemn orang atau barang yg tak seberapa teruk diwar-warkan.
Tak puas hati atau gaduh dgn laki,tulis status kat fb. kena tegur dgn boss sikit jer,update dalam fb. pastu ada la kawan-kawan komen bos serupa firaun la,diktator la...tapi kawan tu jugak yg tikam belakang.
Nak buat pengumuman ke kepada semua kawan-kawan pasal perassan kita? macamana ko tulis kat fb pun, ingat semua orang faham ke? tah ada yg kutuk kat belakang, dan cakap memang patut ko kena tinggal laki sebab mulut longkang,haaa,tolong jawab sat?
Macamlah semua orang beria-ia nak tau segala apa benda ko buat dari bgn tido sampai ko tido?
Come on...pastu jadi medan serang-menyerang peribadi org. Aman tak hidup camtu?hati panas je sebab gaduh dlm FB, semua org tau.
Jadi kalo hati tengah panas,jangan update fb sebab kita tengah tak rasional. Tunggu sampai hati sejuk,waras tido dah lena selepas 4 malam baru update ok.

2. Aman hidup bila dah delete akaun fb ni..dan sesapa pun tak dpt trace aku lagi...tak perlu lagi nak tapis2 sape mamat-minah ni?tak kenal tiba-tiba dia add kita?
 Ya,aku adalah umpama agen CIA atau KGB yang susah nak add orang yang aku ragu-ragu .Mungkin dia agen yahudi? atau dia nak hack akaun aku? dan trace lokasi aku online?tidak...tidak sanggup aku nak bahayakn nyawa aku demi FB..hehe tipu aje.
Ok,sebenarnya fakta ni adalah kita perlu menjaga reputasi kerja. Kerja dgn ramai orang dan bila staf add kita di FB bermakna mereka akan tau hal peribadi kita. Jadi susah pula nak bagi arahan kan? sb fb ni selalu jadi tempat luah perasaan. Jadi tak professional.Ko mungkin akan kata, kalo camtu tulis yg professional je dalam fb..ohhh kalau begitu baiklah jgn ada fb. sebab jd hipokrit pulak, kontrol macho. Boleh tapi tulis pasal kerja dan hebahan sahaja,,tapi yg tu selalu dah ada utk akaun organisasi.
Melainkan kita buka akaun dengan maklumat seminima mungkin..tapi yg menjengkelkan admin fb akan suruh kita update info, lengkapkan info bla,bla..jadi rimas woihhh.
 Aku juga tak suka di trace oleh kawan-kawan sekolah dulu.
dan kawan-kawan lama...dulu berlagak kat sekolah dgn kita sebab kita selekeh tetiba jumpa kat fb,wah..buat cam dulu dia best fren kita.hipokrit,tak ikhlas pun nak kwn.sekadar nak tau yg kita kerja apa, rumah beso mana, pakai keta apa...lupakan okeh!

3. Yg penting tak perlu jumpa bf-bf lama yg kita dah dump dulu sebab dia langsung tak hensem dan not my taste...nak tengok muka dia pun rasa nak muntah (tak baik kata orang,kita bkn lawa manapun). Bkn sebab dia tak hensem,dah le tak hensem,playboy, penipu dan perangai buruk. Tetiba terhegeh cari kita kat fb,huh semakkan hidup. Pastu dok bagi ayat-ayat racun konon teringatkan kita lagi , heh? betul ingat abis tu apesal ko kawin? sampai dapat anak 5. Kalo betul ingat,ko akan pergi cari kat kg,usaha sedaya upaya untuk tau perkembangan kita. bukan setakat jumpa kat FB terus ngaku dok teringat dari dulu! ,itupun jumpa sebab add sekolah yg sama..grrr.
Serius , fizikal tak penting kalo dia baik, menyenangkan dan jujur. Kebaikan dia akan menyerlah dari fizikal dia.
Lagi satu..jumpa balik secret admirer.Yg ni gua rimas. sebab dia sibuk la nak tau semua hal kita. Bahagia tak kita? cukup makan tak? heh , kalo tak cukup takkan seluar jeans saiz 40 pun dah tak muat lagi..
Lagi satu kalo tengok kita cun lagi,dia akan mula nak himpit,tak kira dah kawin, tambah lagi single..
tu yg boleh terrrr jadi isteri kedua tu.
Tapi kalo kita pun dah macam station wagon, bontot pun cam dah belakang bas (aku le tu),dia akan buat-buat tak kenal. Pastu sekadar tanya 'anak berapa?'hampeh tak jumpa mangkuk-mangkuk camni?
 Add kat fb sebab ada tujuan yg tak murni?

4. Time is precious. Oleh kerana takde akaun fb, dgn rasminya aku mengumumkan bahawasanya aku tak membuang masa mengadap fb berjam-jam di pejabat. Dan aku tak lalai dgn fb.Ok,tahun depan sila calonkan saya untuk pekerja cemerlang.
Jadi kalo company nak sekat akaun fb, silakan.  Aku sokong 5000%.Supaya staf pun tak lalai buat kerja di pejabat .(ceh, ayat tak menahan).
Woihh macamlah ko tak buka google cari maklumat pasal nak backpack ke Kashmir nanti..

5. Fb telah menyebarkan unsur-unsur fitnah dan ada yang berupa hasutan. Aku takmo Malaysia jadi cam Mesir. Gulingkan pemerintah dgn FB, dan sampai sekarang masih tak aman gak. Ada gak demo dan kematian biarpun kerajaan dah tumbang. Yang penting kita masih aman,takde rusuhan dan masih rasa selamat di bumi Malaysia ni. Ingat kalo tukar kerajaan dgn rusuhan,demo akan takde masalah ker? semua pemerintah ada masalah dan isu. US pun masih merusuh kat wall street NY tu. pecah cermin bangunan dll. Tak perlu untuk sesuatu isu kita korbankan keamanan.Aku tak mewakili mana-mana parti ye..

6. FB telah menyebabkan secret admirer aku dari pelbagai etnik telah bertambah dgn drastiknya. Tak suke.(woihh apesal tak suka,selalu ko gedik sgt nak ngada-ngada dengan lelaki sebangsa dgn Gabriel Aubry ni?)
Jangan gelak sebab ini benar dan nyata. Biarpun aku tak lawa cam Nicole Kidman, tak sekurus Rihanna tapi tetiba je ada mamat afrika mana tah yang nak berkenalan. Ataupun tetiba ada mat saleh kacak dari Liverpool nak mengorat. Adakah aku bermimpi?adakah semua perempuan dalam dunia ni dah pupus?
Oleh itu. sila jangan perasan diri lawa dan jelita. Hakikatnya itu adalah scam ok, randomly mereka ni akan pick, add, mengayat, pastu konon nak kirim perfume Chanel No.5 atau laptop apple, jgn percaya...sebab nanti ko kena bayo duit pos la, duit cukai delivery la...tu scam la tu. Unless ko memang suka bagi duit kat orang dan suka bayar untuk dengar ayat-ayat  cinta romantik mamat afrika nih.

Aku akui ,mungkin kawan-kawan fb yang ko ada lebih berhemah dan baik, tak annoying.
Jadi takde salahnya naK berFB dengan aman dan damai gitu.
Cuma mungkin sebagai manusia anti sosial aku ada isu kerana in my humble opinion, ia melanggar privasi seorang lonesome dan lone ranger macam aku.
Atau aku manusia yang tak reti menggunakan teknologi untuk setting privacy dgn lebih bersesuaian.
Hoho, fb memang kadang-kadang buat aku angin tak tentu pasal sb sakit hati dgn orang yg sengaja cari gaduh perli atau sindir dlm status diorang. Dah tu nnti ada yg like la, dislike la padahal hapa benda pucuk pangkal dia taktau. Main komen utk bashing org jer.

notakaki: post ini tiada kaitan dgn golongan yg menggunakan FB secara berhemah dan professional.


2 comments:

  1. Setuju sangat.

    Fb dah jadi macam medan untuk bermuka-muka. Gamaknya patut la nama mukabuku, ye dak? :D

    Saya pernah kena.
    Ada kawan lama dari uni add saya. Lepas tu kot la nak bagi salam ka, tanya kabor ka.. dak langsung. Dia terus tanya ada main farmville dak? Suruh add dia dalam friends farmville. Buleh?

    Saya still ada akaun Fb tapi just untuk tengok gambor2 anak2 sedara and lauk-pauk yang akak masak. Hehe!

    ReplyDelete
  2. Aida,
    hehe,betul.Add utk farmville je?
    Kalo camtu block je kawan camtu,gunakan org untuk kepentingan diri shj.Oh,sangat tak buleh,should be no no and never.

    Bab lauk-pauk tu takpe,jgn melelh air liur dah la yer?

    ReplyDelete