Monday, July 21, 2014

Berbuka puasa @ Menara Alor Setar Revolving Restaurant

Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke 19 tertinggi di dunia, dan yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur.
Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Menara ini dapat melihat permandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Malas kan, siap copy dari Wikipedia.
Ok, tahun ni berbuka buat kali pertama kat Restoren Berputar Alor Setar. Nak call untuk tempahan, hubungi 04-7202075. Sila buat tempahan awal sebab orang adalah ramai. Macam aku, hari pertama posa aku dah tempah. Untuk bayaran, bayar kat bawah dan terus naik lif keatas.
Harga buffet Ramadan di sini RM57 Dewasa dan RM28 kanak-kanak. Yang best sebab harga bersih, takde cukai dan takde 90 sen kat belakang. Masa tengah makan dia berputar kat area meja terletak. Tengok tadi meja kita kat kaunter ABC tetiba dah putar sampai ke kaunter daging panggang. (ayat orang jakun)
Agak ngeri jgk naik lif dia,sebab nampak semua permandangan dan hatta dinding bercerucuk tu konkrit tu. Overall semua makanan sedap dan berbaloi. Suasana yang berlainan dan ada surau untuk solat. Lepas dah makan boleh jalan-jalan kat bazar bawah yang meriah tu.
Ada playground untuk anak main semua sekali.


kaunter kat bawah
view dari lif
nampak bukit apatah tu,cam kat area perlis je

restoren bermeja bulat 8 orang

Menu buffetnya pula:
nasi putih dan nasi tomato

sotong sambal sumbat telur puyuh

tulang rawan masak mamak
talapia
sayur lemak
ayam opor ke apatah

kerabu dan sambal
desert

abc..

ikan bakar (ada keli dan ikan kembung),ada daging bakar,kambing memang sedap..dan sos lada hitam

nuget,french fries dan hot dog



baza kat bawah dan taman permainan


No comments:

Post a Comment