Monday, February 16, 2015

Naik flight kat Klia2


Entry untuk orang kali pertama nak flight kat Klia2. Yang dah penah jejak 40 kali jangan baca nanti korang poyo abis. Gi main jauh-jauh noh? hehe.
Aku pun baru merasa nek kat klia2 bulan lepas..agak kalut disitu.
Cemana nak naik kapal terbang kat klia2 nih?
Perbezaan pertama ada lah tempat beg drop. Dulu kat LCCT beg drop kat kaunter yang ada nombor destinasi. Tapi pekara ni tidak berlaku di Klia2. Kau boleh drop luggage je kat memana kaunter.

Cara nya senang, macam nek flight kat KLIA jgk..takyah kastam check luggage drop macam di LCCT nun.
Haaa jakun nya aku di situ.Caranya adalah:

1. Masuk ke Klia2 yang besaq gila tuh..then naik kat tingkat yang ada panduan arrow tuh.(level 3). Jauh okeh..letih nak berjalan. Ko belum travel lagi tapi dah letih berjalan sana sini dalam airport tuh.
Print boarding pass sesiap..kalo tak sempat print dekat airport pun boleh..ada self check in kaunter.
taktau cajnya berapa sebab aku memang jenis print boarding awal dari rumah. Jadi boarding pass adalah ganti kpd tiket flight.
info kaunter

check status dan nombor gate kat skrin besaq ni
2. Luggage dro/bag drop - yang ni sampai kat depan reception Klia2 tu, sebelah kiri ada kaunter beg drop. Pergi beg drop kat situ tak kisah kaunter mana pun dan bagi sekali boarding pass. Kat sini kena timbang beg drop tu dan di hantar terus ke aircraft. Jadi boleh lenggang kangkung berjalan sana sini tak bawak mak tapir dah. Dia akan cop kat boarding pass kita dan lekat tag serta bagi nombor gate sekali.

baggage drop kat sini

3. Pergi masuk ke balai berlepas. Kat sini nak masuk flight dalam negeri atau luar negeri kena lalu pintu pemeriksaan kastam. Kena tunjuk boarding pass dan myKad untuk domestik flight dan passport untuk flight international.
pintu ke flight dalam negeri..untuk ke oversea kat belakang info kaunter je pintunya

4. Pemeriksaan kastam. Semua beg..beg tangan, beg laptop dan semua yang nak dibawa ke atas aircraft. Yang ni macam biasa gadget semua asingkan..masuk kotak dan nanti collect semula.
Liquid semua takleh bawak (yg boleh bwh 100ml) dan makanan jika flight domestik macam lepas walau dia kata makanan takleh bawa nek flight. So nak letak roti gardenia ke hapa boleh jek. Kalo flight international akan strict sikit.
pemeriksaan kastam
5. Masuk ke ruang Autogate untuk scan passport bagi flight ke luar negara. Letak ibu jari tangan kanan sekali untuk sahkan. Pintu otomatik akan terbuka bila dah selesai. melainkan ko adalah keldai dadah, bersedia la untuk alarm bell hokeh.

5. Lepas check autogate, berjalan kaki ke balai berlepas dan ke gate berapa yang ditulis masa kita drop beg tu kat boarding pass. Kalo tak letak beg drop, tengok je dekat skrin perjalanan flight yang ada tegantung di Klia2 tu. Nak pergi ke gate pun jenuh berchenta...jauh gila..siap naik esklalator dan tangga. Penat nokkk...tak berapa nak mesra pelanggan airport nih dari segi tu. (komplen je keje ko eh?)
Jadi stamina kena kuat okeh untuk naik flight kt klia2 nih. Yang bagusnya takdelah sesak dan kau boleh amik port lepak tunggu flight sambil cuci mata.
turun naik lif nak ke balai berlepas

jenuh berchenta nak sampai gate
balai berlepas
6. Bila dah sampai gate tu, nak masuk departure hall pun kena ada passport/boarding pass dan mykad. Staf akan check dan bagi masuk ke dalam.. baru leh dok hempas bontot lepas penat jalan 2 kilo dari autogate tu.
Tak macam LCCT dulu, lepas pemeriksaan kastam, ko tunggu je depan gate tu dan terus jalan ke aircraft.
Aku rasa dekat klia2 ni kena tunjuk boarding pass/passport dalam 3 kali. Masa nak masuk balai berlepas, nak masuk boarding gate (macam bilik kaca tuh) dan sekali lagi masa nak masuk flight melalui aerobridge tu.
Yang bagusnya klia2 ni takdelah nampak orang dok merayap-rayap kat area aircraft parking tu. Sebab semua guna aerobridge dan mudah.
tunggu flight dalam ni

kedai snack
caj henpon dan tenet kat sini

grocery stores
baby room
Dalam balai berlepas ni ada jugak beberapa kedai seperti kedai coklat, kafe dan tempat caj henpon dan tenet. Surau ada di tingkat atas..naik lif depan balai pelepasan international tu..dan belok kanan. Luas dan besar suraunya.
Surau

tempat wuduk

food court di tingkat 2

nasi campur satu set Rm9.90 tanpa air

nasi ayam Rm14.90 satu set tanpa air

Toilet dan surau pun luas dan selesa.
dah takde manusia merayau di lapangan parking aircraft ni



31 comments:

  1. salam. saya nak tanya, pemeriksaan visa dilakukan pada waktu bila ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu Kat kaunter kastam..visa lekat dalam pasport so check disitu semua sekali.

      Delete
  2. 1st timer disini..nk tnya kalo international flight bleh bwk msuk backpack 35L skali dlm flight? mksudnya xyah drop baggage...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 35 liter jika 7kg ke bwh shj dibenarkan

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. salam saya nak tanya kalau saya dari klia2 nak balik Terengganu apa mula2 nak ada dari bording pass masuk gate cari tempat nk berlepas. Boleh bantu saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kali pertama nak naik flight pasti ada takut sedikit kor2 sesat naik flight lain

      Delete
    2. Wkslm,
      Tengok nombor gate tu kat boarding pass tu dan jalan kaki ke gate tu. Takkan boleh naik flight lain sebab ada staf airasia yg akan check boarding pass kita tu dan jika salah kita takkan dibenarkan naik flight

      Delete
    3. satu lagi kak biasa kita print bording pass dia tak bagi nombor gate lagi kan. makne nye kita kena check in dulu baru boleh dapat nombor gate betul tak kak

      Delete
    4. Wkslm, ya betul..nombor gate akan diberi masa kita check in beg kat kaunter

      Delete
    5. Bagi yang tak check in beg, boleh semak di skrin yang sentiasa update flight no/time tu

      Delete
    6. kalau awak x check in bag,,tapi awak still kena check in booking number untuk dapatkan boarding pass.. di boarding pass itu ada nombor gate dan flight code.. jangn risau kat sana ada ramai orang boleh tanya orang.. checkin booking number - dapat boarding pass - masuk ke balai perlepasan -kemudian masuk ke bilik menunggu berlepas - sampai masa nak berlepas masuk ke aircraft melalui aerobridge.

      Delete
  4. salam nak tanya kalau kita bawak idr 24.5 juta rupiah kan kena bagi thu kastam ke?

    ReplyDelete
  5. salam nak tanya kalau kita bawak idr 24.5 juta rupiah kan kena bagi thu kastam ke?

    ReplyDelete
  6. erm nak tanya, saya first time pergi klia2 nanti pada bulan 5 ni.macam mana nak pergi print num booking eh? sebab sy sendiri je, takut sesat, maklum la klia2 kan besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak print num booking tu kat mana?

      Delete
    2. number booking flight tu memang dh ada ms kita book tiket. Print boarding pass tu guna kiosk mcm ATM mesin kat airport tu

      Delete
  7. Kalau tak drop baggage still kene pegi drop baggage counter ke?

    ReplyDelete
  8. Kalau tak drop baggage still kene pegi drop baggage counter ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak drop baggage terus je check in masuk gate..tak perlu ke kaunter drop tu

      Delete
  9. salam. nk tanya.. kalau flight antarabangsa.. first masuk pintu pelepasan antarabangsa yg ada tulis PQ atau L tu kan? nk masuk salah satu pintu PQL tu kena tunjukkan apa² tak? kemudian lepas tu nk kemana.. ke kastam ke? check imigeresen masa bila plak ye.. maaf sy first time.. hrp dpt bantu sy.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk pelepasan antarabangsa ada kastam yg jaga tu dia nak tgk boarding pass..so tunjuk kt dia lepas tu gi autogate scan passport (imigresen).
      Lepas autgate baru scan body and beg kat kastam gate pulak. Then baru jalan ke pintu gate aircraft untuk boarding.

      Delete
  10. salam. nk tanya.. kalau flight antarabangsa.. first masuk pintu pelepasan antarabangsa yg ada tulis PQ atau L tu kan? nk masuk salah satu pintu PQL tu kena tunjukkan apa² tak? kemudian lepas tu nk kemana.. ke kastam ke? check imigeresen masa bila plak ye.. maaf sy first time.. hrp dpt bantu sy.. terima kasih

    ReplyDelete
  11. salam, nk tny. kalo x dop bag, kene timbang jugak ke? sb sy bwk carrier 40L. pastu, yg check in tu mmg kne bt kan ? blur sb first time hand carry and sensorang lak tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo tak drop bag terus ke balai berlepas. yg check in self kena buat jgk untuk boarding

      Delete
  12. nak tanya , masuk je klia2 bole direct print boarding pass kat kiosk tu ? pastu g check in kaunter utk drop bag luggage ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh print dari kiosk cuma tak pasti cajnya macamana. Ya lps check in terus drop luggage

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete