Welcoming new family member-rabbit hole

 Aku bukan manusia rajin yang suka buat kerja lebih. Yang takleh dok diam,tido hanya 5 jam sehari sebab nanti kepala sakit atau 'saya tak suka rehat tanpa melakukan sebarang aktiviti'.
Baiklah aku lebih suka surfing internet dan silang kaki makan pizza (dasar pemalas) dari kena buat pape kerja seperti membasuh sangkar arnab atau kucing.
Aku lebih suka hari minggu boleh bermalas-malasan on my bed sambil feeling-feeling dengar instrumental Fur Elise Beethoven..lalala dari memandikan, syampukan,waxkan dan hair-dryerkan bulu haiwan peliharaan dipagi sabtu.
Sangat tak best bila tiap hari kena buang najis our pet dan take care of them like our baby. (baik,aku dah lama takde baby,takde niat nak produce baby lagi dan kilang produktif secara rasminya dah di seal) sebab this is time for myself,my own and my moment to live life the fullest.(banyak cantik muka ko,hingat ko mat datin ke,leisure woman ke?)
Bahagianya hidup boleh layan internet,tv,makan, golek-golek atas katil dan leisure outing on weekend. Shut the door and drive. No hassle,no trouble.
Akan tetapi,ada jugalah manusia yang suka melihat aku merajinkan diri, suka tengok aku angin satu badan sambil buat kerja tambahan dari  rileks kat sofa melayan  Anthony Bourdain ,atau suka tengok aku bebel sebab bau busuk haiwan yang tinggal bersama manusia. Dan dia dengan jayanya telah membeli sepasang arnab untuk anak-anak without my consultation.
Maka,inilah dia our new family member..dua ekor arnab yang comel,kiut dan sweet gilo ..walaupun aku tak larat nak membasuh sangkarnya tiap hari.(dia berak banyak hokeyy)
Dan aku juga terpaksa bawa si arnab ni bermain sekitar rumah tiap petang,ikatkan tali ala-ala anjing agar dia tak pergi jauh dan bawa ia bersiar.
Dan sayur kangkung kegemaran aku dengan rasminya kena share dengan 2 ekor makhluk cute ni.


mata biru tu...

alololo comeinya..tapi aku malas nak basuh sangkar ko!

Sila abaikan fakta bahawa arnab ini telah diikat leher menyerupai anjing peliharaan.


Kesimpulannya,aku adalah manusia penyayang pada haiwan belaan tapi aku tak cukup rajin nak membela. Dan aku lebih sayang pada masa aku yang sipi-sipi ada ni,hanya terluang bila cuti dan selepas balik kerja .Kalo aku ada bibik, ada aku kesah kalo nak bela sehektar kandang arnab pun.
Akan tetapi,terlajak perahu boleh reverse, dah terlajak beli kenalah bela juga kan?
Arnab oh arnab,dari aku elok-elok surf internet pasal travelling akhirnya kena tukar lak ke keywords 'cara-cara panjagaan arnab kesayangan'. Hadoiii..berhati-hatilah kamu wahai arnab,silap timing aku buat je kamu cam resepi Hugh Fearnley-Whittingstall yakni super lazat 'Rabbit Stew' seperti dalam Beyond River Cottage AFC tu.

notakaki:walau aku merungut tapi aku tetap tak kejam,jaga arnab ni dgn baik dan cukup breeding.
Cuma sekarang ni kenalah usha-usha resepi sate arnab selalu.Haha,mau nangis budak 2 orang tu..

2 comments:

  1. Dunno which are cuter, the rabbits or the girls!

    Dengan pets ni memang kan? Nak bersih kan najis yang tak tahan tu. Tak tahan bau and tak tahan malas. Muaha!

    Err.. harap jangan la saya terbaca rendang arnab dalam menu berbuka puasa Aza nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida,
      Kalo dah sampai masa rabbit tu pergi,kita redhakan je lah..muahaha.

      Delete