Asam pedas Ikan Siakap

 Resepi Asam pedas Ikan Siakap ni adalah resepi sendiri..Aku tak suka letak belacan,serai dan jintan serta segala mak nenek dalam asam pedas ni.Aku prefer daun limau purut dan kuah mesti pekat sikit.Dan juga aku tambah serbuk kari ikan untuk lebih perisa dan wangi.Satu lagi,serbuk perasa kena ada-cam pati ayam,secukup rasa ke untuk bagi manis kuah.Pada aku jgn ragu-ragu gunakan serbuk perisa sedikit untuk naikkan rasa..daripada takmo guna langsung tapi tak sedap.Alah,kita dok makan kat kedai luar tu tiap hari,dok puji sedap ingat kedai tu tak guna sikit ke perisa?Kalo kita masak guna perisa sikit pun dah sedap,ok lah tu tah lagi sedap dari yg kat kedai.Bagi aku,camne terrer pun masak asam pedas,tapi kalo orang melaka dan johor masak lagi terangkat dan sedap menjilat jari.Masak pun perlu ada darah keturunan juga kot..baru umppphh.
Rindunya nak makan asam pedas dekat Kota Laksamana Melaka tu(Kedai Hajah Mona)..kuahnya cair,tapi nikmat amat.
Macam-macam mitos yang aku dengar tentang ni,kuah asam pedas tu telah dibubuh seluar dalam la,kuah tu dimasak dgn stokin la untuk lariskan kedai,aloooo boleh tak kalau kedai yang sedap cenggini kita jangan buat speku?(oh..aku menjoyah lak..)
Potong stim betul bila makan asam pedas sambil terbayang seluar dalam berenang-renang dlm kuah seperiuk tu.Tapi orang yg sebarkan benda tu juga la yang tiap malam ketagih pi pekena asam pedas ni.Kalau nak test,apa kata try masak asam pedas,letak cebisan underwear tengok sedap ke idak..ada berani?muahaaha .Tapi kalo dah ko memang masak tak sedap,letaklah seguni seluar dalam pun,memang takkan sedap.

Bahan-bahan:

700 gm ikan siakap-dibersihkan dan dipotong atau 4,5 kepingan siakap
6 biji kacang bendi-potong hujung dan bersihkan
1 biji tomato-belah 4
1/2 cawan air asam jawa
4 cawan air
1 sudu kunyit sebuk
1 sudu besar serbuk kari ikan Alagapa's
4 sudu besar minyak untuk menumis
3 helai daun limau purut
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam atau secukup rasa
3 cili padi-belah 2
4-5 tangkai daun kesum

Bahan kisar:
10 tangkai cili kering-rendam dalam air panas dan buang biji
4 biji bawang putih
6 biji bawang merah
1 inci halia

Kekdah:
1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga naik minyak.
2.Masukkan serbuk kari,lada hitam,daun limau,kunyit, dan tunggu 2 minit kemudian masukkan air asam jawa.Biarkan hingga agak kering.
3.Masukkan bendi,tomato,kesum,cili padi dan air.Kacau hingga mendidih.Masukkan ikan,perlahankan api dan masukkan garam dan perasa.Tunggu hingga kuah agak pekat.
4.Tunggu hingga ikan masak,adjust rasa dan hidang.


Asam pedas adalah favourite aku sepanjang zaman.Tiada santan,tiada lemak dan menyihatkan (biarpun aku boleh makan nasi seperiuk bila ada lauk ni,terlebih sihat sudah).Ikan pilihan adalah ikan kembung gemuks,ikan pari,ikan merah,ikan terubuk dan siakap.Makan satu lauk ni sahaja dah cukup.
Jangan cuba hidang asam pedas dalam mangkuk kecil,seorang pun dah boleh ceduk kuahnya tinggal setengah.Kalo aku?kuah banjir lagi umphhh dgn nasi panas.Asam pedas yang dimasak pada bulan puasa akan menyiksa jiwa raga kerana baunya yang wangi dan pedas.Kalo ikan pari,siakap mungkin perlu basuh dengan air asam jawa sekejap untuk hilangkan bau ikan tu.Ikan terubuk lak bila masak akan mengeluarkan minyak ikan yang banyak,jadi masak menumis tu kurangnya minyak sedikit.



No comments:

Post a Comment