Backpack cara aku

Add caption

Apakah cara backpack anda?
Semestinya backpack adalah kembara secara bajet. Jimat separuh mati. Makan sekali sehari .Mandi mungkin dua hari sekali. Dengan perkembangan teknologi,cara backpackers kini juga tak seperti dulu,dimana semua berlaku secara spontan dan hanya tahu apakah situasi yang dihadapi setelah tiba di destinasi. Menghabiskan masa mencari penginapan dan restoran. Terlepas bas untuk singgah sesuatu tempat menarik kerana peta sukar dibaca. Takde GPS atau smartphone..

Pernah tengok satu program Travel  Living Channel mengenai port backpackers 1950s di negara arab dan  pasangan backpackers American ni berkata mereka naik bas dari Arabs countries (I think in Iran or Turki) untuk ke Asia dan dalam perjalanan mereka terlepas singgah ke Kashmir. Sedar bila bas dah jauh dari Kashmir. Port tu  memang tempat sesapa nak ke Asia tukar-tukar info dan guide. Ia sebuah restoren golongan backpackers hippie,sort of. Happening. Pengembara dari Eropah/westerner, datang berkumpul dengan bas, collect maklumat dari sapa yang pernah sampai Asia dan meneruskan kembara tanpa maklumat jelas. Hanya bayangan dalam minda sahaja. Dan excited tu sangat menguasai kerana tak pernah terbayang keadaannya.

Memang hanya hardcore backpackers berani buat semua tu,mana tau mati dipenggal Taliban.(masa tu Taliban underground lagik)
Mengikut Hippie trail dari Istanbul -Teheran- Kabul- Peshwar- Delhi- Dhaka- Bangkok.
Bagaimana pun routes Hippie ni decline bila konflik laluan mula merebak di negara-negara yang berada sepanjang laluannya seperti Iran dan Afghanistan.
Routes of Hippie Trail

-The hippie trail (also the overland[1]) is the name given to the overland journey taken by members of the hippie subculture and others from the late 1950s to the 1970s[2] between Europe and South Asia, mainly India and Nepal. The hippie trail was a form of alternative tourism, and one of the key elements was travelling as cheaply as possible, mainly to extend the length of time away from home. The term "hippy" became current from the mid- to late 1960s; "beatnik" was the previous term which had gained currency in the second half of the 1950s.
In every major stop of the hippie trail, there were hotels, restaurants and cafés that catered almost exclusively to Westerners, who networked with each other as they travelled east and west. The hippies tended to spend more time interacting with the local population than traditional sightseeing tourists.
Journeys would typically start from cities in western Europe, often LondonAmsterdam, or Athens. Many from the United States took Icelandic Airlines to Luxembourg. Most journeys passed through Istanbul, where routes divided. The usual northern route passed throughTehranHeratKandaharKabulPeshawar and Lahore on to India. An alternative route was from Turkey via SyriaJordan, and Iraq to Iran and Pakistan. All travellers had to cross the Pakistan-India border at Ganda Singh Wala (or later at Wagah). DelhiVaranasi (thenBenares), GoaKathmandu, or Bangkok were the usual destinations in the east. Kathmandu still has a road, Jhochhen Tole, nicknamed Freak Street in commemoration of the many thousands of hippies who passed through. Further travel to southern IndiaKovalam beach in Trivandrum (Kerala) and some to Sri Lanka (then called Ceylon), and points east and south to Australia was sometimes also undertaken.

Dan backpackers cara aku mungkin tak se-organized macam orang lain. Satu-satunya benda yang aku tempah hanyalah tiket flight.
Hotel dan hostel,tiket ketapi atau tiket bas semua aku walk-in. Sama ada aku malas nak book atau aku tak cari info keterlaluan, itu memang cara aku.

Orang yang book segala benda sebelum dia pi memang cari info yang tersangat lengkap, aku tabek. Sampai dah hafal peta, nombor bas dan jalan mana, aku bukan orang sebegitu. (tak nak ngaku malas)
Aku suka turun kat airport, observed dan ada info sikit-sikit mengenai tempat tu. Cukup. Spontaneous.
What happen to spontaneous? its like falling in love, baby.

Ada readers yang tanya camna aku plan my trip. Aku plan tapi secara kasar. Roughly itenary. Cari itu ini info asas di internet.That's all.  Aku hanya tahu segalanya bila aku sampai di destinasi. Port taxi murah, hostel murah dan nak jalan ke mana di kawasan tu..dan talk to local dear..Not every local you meet try to rip you.

 Sebab tu cara aku, aku tak kisah jalan pusing sana sini cari hotel murah, tanya rate sebelum masuk check-in, sesat barat,aku tak risau sangat. sebab aku selalu percaya naluri aku. kalau aku rasa aku dalam keadaan selamat,akan jumpa hotel jugak serta boleh nak dukung 'mak tapir' 80liter sambil pusing sana sini berjalan hingga 10 kilometer, pada aku tu satu pengalaman. Sebab tu tu jugak susah nak cari travelmate sekepala. Kalo dapat travelmate asik membebel penat jalan, lapar, panas, berdebu then- you so out my league babe. Sesat jugak satu pengalaman. dan ko akan jumpa benda-benda yang ko tak jangka.

Bagaimanapun mental haruslah tahan dan bersedia segala kemungkinan, katakan hotel semua penuh,apa plan B kau? tido dalam airport,memang tu peberet aku aku sebab free. Dan jika aku ada taekwando black belt, aku sanggup je tido gelandangan. .tido di atas bangku taman bunga, sambil kira bintang. Dan giliran bermalam berselang seli dengan hostel untuk maintain personal hygiene dan jimat kos.

Dan jika tidur dalam khemah satu cara menjimatkan duit agar dapat berbulan-bulan mengembara,aku sanggup..dapat bernafas dibumi asing dan melengahkan masa untuk pulang ke tanahair, aku rela. Namun, hakikat aku boleh mengandung dan ada nice body shape perlu diambil kira. Tak sanggup ku memakai cawat besi. harus akaui hakikat bahawa seorang perempuan memang sukar nak tido terbongkang ditengah alam.

Inspirasi aku salah satunya  adalah Zahariz Khuzaimah dalam travelodge beliau "Dengan Basikal Aku Menjelajah'. Nak je aku buat kembara macam tu. Tapi komitmen membataskan.
Bagaimana beliau tidur dalam khemah dalam suhu bawah takat beku di Norway, mengayuh basikal melawan angin kuat di Mongolia, serta hidup nomad berbulan-bulan. Namun semuanya berbaloi dengan keindahan dan keajaiban Aurora Borealis yang dilihat secara live.

Dulu masa remaja memang dok tengok cerita 'Romance In the Orient Express"..memang aku rasa scenery dalam filem tu sangat cantik bila train tu travel sepanjang laluan di Eropah dan berhenti di major cities.
Suasana sangat romantik dan membuak-buak hasrat nak travel. Lalu di bukit-bukau yang dipenuhi pokok pine. Curam yang di apit tasik dan kebiruan. Bunga-bunga yang berkembang dan  padang rumput menghijau.
Suasana di stesen keretapi yang sibuk..dan watak heroin Cherryl Ladd merenung di tingkap melihat keindahan sepanjang railway adalah sangat mengesankan. Memanglah aku tak mampu walau seratus tahun nak naik gerabak tu..tapi itulah pencetusnya.






Tapi aku jugak percaya, jika kita travel ke negara maju seperti Eropah, kita perlu book online semua train, bus dan hotel untuk dapat murah dan nak jimat. Ya betul, ikut pada pandangan diri sendiri. Mungkin aku akan buat pekara yang sama bila ke sana..cuma aku tak suka terkejar takut terlepas tiket train yang dah di book pada sekian hari..atau ada fixed date untuk check-in ke hostel tu. Tidak, sebab aku selalunya survey dalam tripadvisor atau hostelworld dan aim untuk tido di hostel paling murah tu, tapi selalu terjadi aku jumpa hostel lain yang tak tersenarai dalam internet dan better rate.

So komitmen untuk bayar awai-awai sebelum sampai ke tempat tu kadangkala membuat kita menyesal.
Memang mula-mula nak backpack, kau akan takut dan risau mengenai segala pekara-yang paling crucial adalah penginapan dan pengangkutan. Tapi bila dah biasa,perlahan-lahan kau akan jadi yakin untuk main redah dan dengar kata naluri sendiri.

Bagaimanapun, kalau ko jenis rajin dan memang organized, takleh hidup jika semua tak setel, tido tak lena pikirkan kau akan tido bawah jambatan atau dalam jamban di sana bila hotel fully booked, banyak masa layari internet cari semua info  - silakan buat apa yang perlu hatta nak tempah tiket tandas awam sekalipun.
 Terpulang pada situasi, jika perlu tempah dan menjimatkan, sila sila.
Asalkan hati puas dan ini adalah seperti kau  travel agent. Tempah segala untuk diri sendiri, pergi sana hangkut mak tapir je. Semua itenary dah susun, macam kita ikut tour guide jadinya.

 Kadang-kadang kita takkan berpuas hati jika terpaksa ikut plan orang, tapi untuk orang yang tak nak fikirkan byk pekara remeh semasa travel,thats the price you have to pay. Nak puas hati, buat plan sendiri dan beranikan diri mencapai matlamat.


5 comments:

  1. Salam..

    Artikel ni ada sy setuju dan x setuju.. Sebab sy organized orgnya hehe.. Sy rasa travel ni perlu ada 2, hantam sajalah dan kena organise.. Kalau tak journey tu serabut lagi2 kalau duration tu tak lama..Kang nk cari2 hotel cari bas kan wat penat otak, bila tersusun kita bole tarik napas lega skit sbb dah pun tau serba serbi dan bkn gak travel agent utk diri sendiri sbb kita yg tentukan waktu utk diri sendiri nk lama2 or nak kejap2..cuma dah susun plan lebih awal..just my 2 cents

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eco,

      Tq for comment. Setuju,tiap orang ada cara tersendiri.

      Delete
  2. Saya suka cara u backpack. saya kerap backpack dan melancong. kerana saya juga gunakan cara yang sama. cuma saya lelaki mungkin agak bebas sikit. Dua tahun lepas saya backpack lebih sebulan bermula dengan mesir, morocco,spain,itali,amsterdam,belgium,france, london dan singgah buat umrah. Bulan oktober ni saya akan bankpack lagi mungkin tak sampai sebulan bermula sri langka, dubai, istambul dan cadang nak ikut backpack jalan u. cuma mungkin tambah pergi swiss dan nak singgah venice (pernah singggah venice rasa macam seronok dan menarik). kerana saya nak balik ikut milan. Saya ada baca blog u. mungkin blh kongsi2 pengalaman. Email saya arijalbiz123@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arijal,

      wow bestnya,mesti dah banyak experiences.kongsi-kongsi lah ok.
      Banyak tempat awak dah pergi.

      Delete
  3. Our wide range of services includes Australian skilled immigration visa, New Zealand Visa Consultancy, Canadian Skilled Immigration Consultant and child immigration.

    For best: Australian Immigration Consultants

    ReplyDelete