Nikmat yang hilang


It's about 2 weeks I been recover from injured. Involved in accident in the evening, and things turn bad and ugly.
The date set on 21 May 2014. with a scooter.
An accident or a mishap is an unforeseen and unplanned event or circumstance, often with lack of intention or necessity. It usually implies a generally negative ..

Jatuh dari scooter kesayangan,berenang di atas tar, terlanggar mak jin ifrit di waktu masih maghrib dan sebagainya, ya itu yang berlaku pada aku. Muka masih berparut, pipi masih bengkak, dan lutut masih terkoyak.
 Pekara yang terjadi telah membuatkan aku hilang sedikit nikmat sebagai seorang manusia.

1. Mandi- aku tak mandi selama tiga hari, konon untuk keringkan luka cepat. Bila dapat mandi, ya Allah nikmatnya hanya orang yang merasainya tahu. Bila air-air pancuran jatuh membasahi badan dan membersihkan diri, betapa selama ni kita memandang benda tu hanya rutin.

2. Solat- Bila nak solat dan menangis atas sejadah, benda tu pun kau susah untuk buat kerana kepedihan nak ambil wuduk,seksa bila sujud dan segala tubuh jadi perit dan pedih nak bergerak tunaikan rukun solat,rasanya nak ke meraung? dan sekarang aku amatlah faham bila org kata 'saya sakit,saya nak baca yasin tapi benda tu saya tak boleh buat'. Walau kesakitan yang aku alami taklah seteruk mereka yang bertarung nyawa tapi bila pekara ni jadi, masa tu insaflah sikit. (bila sihat walafiat malas nak mampus solat,bila dah sakit baru terhegeh-hegeh eh?,padan muka)

3. Make-up dan personal beauty- ya, benda ni nampak sangat remeh.Apa kes perlunya make-up?kata nak natural beauty?
Meh sini nak lempang 40 kali. Nikmat sorang perempuan pada rupa paras.tak lawa tak apa..tapi keinginan nak pakai bedak kat muka,nak sikat rambut,nak pakai lip gloss ke apa memang wujud. Tapi dah bibir pecah seribu, muka lebam dan bengkak serta luka terbelah berenang atas tar,macammana tu?
Selama 4,5 ari aku tak boleh buat benda tu,muka dan bibir pedih sgt- sgt, dan bila dapat sapu bedak compact kt muka, terasa sempurnanya aku sebagai seorang wanita. Tak perlu nak tunggu kau beranak dan bersalin nak rasa nikmat seorang wanita. Benda ni kadang-kadang dah cukup. Sebab tu lah ramainya jantan nak jadi pompuan?

4. Makan minum- benda ni aku letak agak ke bawah..kerana aku bukan jenis gila sangat nak makan (ngidam itu ini bukan aku..hehe walau aku kuat mkn) dan semasa sihat makan tak ingat dunia. Masa sakit, aku makan macam biasa cuma nikmat tu kurang, dan sakit dalam mulut luka terjatuh..yang nikmat adalah minum dan masyallah bila dapat seteguk air tu seolah dapat seisi dunia. Dan masa sakit memang keinginan untuk makan buah dan benda sejuk sangat kuat.

5. Nikmat peluk cium anak-anak- benda yang bila kita sihat pun kita terlupa..tapi bila sakit rasa nak peluk cium anak-anak setiap hari. Yang tu pun rasa macam nak mati bila buat, tangan dan kaki sakit bila nak sentuh atau disentuh.apatah lagi dipeluk, jadi sakit kena press body part yang sakit tu. Masa tu mula nak sedih,jadi Neng Yatimah dan merenung dalam diri. I think i need a hug..hukhuk

6. Nikmat tido separuh mati- nikmat ni hilang bila kau sakit. Kerana always end up in the middle of the night,kau bangun kerana rasa berdenyut dan sakit kat anggota badan.
Nak pusing kiri rasa ngilu, pusing kanan rasa pedih, pusing depan rasa tertekan luka dan pusing belakang rasa kena penampar 1000 kali. Cara paling senang, makan painkiller, segala ubat dan minum 100plus bagi pengsan. Pergi mati kepada sesiapa yang dok wechat, whatsapps, yahoo messenger, bbm, kerana berjuta kali kau call dan mesej nak perhatian, aku utamakan diri aku dulu .(utk bf-bf yg terlebih caring,herher)

7. Hilang harta dunia- bukan rumah banglo atau kereta merz,tapi ya, seluar jeans kesayangan aku...koyak dilutut. Jeans dan baju yang di impikan untuk di bawa masa backpack di Turki hujung tahun ni. Sadis gila. Jeans kesayangan oiii..di mana kan ku cari ganti? beli kat korea pulak tu????
Kita nak beli jeans punyalah susah nak berkenan, dapat yang ni-muat elok di punggung, ngam elok dengan spare tyres 14 lapis, selesa melilit di pingggang yang tak bopa nak slim dan ketat elok di peha dan kaki. Arghhh.
Sekali fikir, memang aku nak pakai jugak bila pi backpack di Turki nanti. Pedulikan semua pandangan.
Bolehkah naik kapalterbang pakai jeans koyak? boleh no hal kalo ko tak emosi dan perasan dengan jelingan pelik orang lain. Baju aku koyak dekat bra, boleh? taulah aku suka seksi..tapi perlukah semua adik-adik remaja mat motor datang nak beri pertolongan akhirmya akan merenung dengan cara yang sumbang?

8. Motor kesayangan- rosak sedikit, tapi steady babe.
Masih boleh willy dan kalo merempit pun habis kuat akan dapat nombor terakhir.

9. Hilang nikmat manusia gua- yang ni semua orang amik berat pada aku. Call dan tanya khabar. Datang melawat. Kawan-kawan baik hati yang prihatin, masa ni boleh nampak. Bf-bf yang bersusun tu pun masa ni sibuk tunjuk caring.(jom jemaah muntah hijau..hapa,ingat kau Jennifer Lawrence kah?) Oh tidak.Letih nak post gambar tunjuk arini luka tahap mana, esok dah surut ke tak bengkak,haihhh.
Aku manusia privacy dan aku terpaksa adjust tahap privasi aku kerana ada orang sayang aku, dan amik berat. Harus hargai mereka.( baru ko sedar????, ko hingat ko hidup tongkat langit dan tak perlu sesiapa?)
Itupun tak semua yang tahu pekara ni. Aku rahsiakan dan bila berita tu tersebar harus aku kena bebel sebab tak beritau. Jawapan aku- No news is a good news..prinsip hidup aku sejak aku jadi lebih beruban dan kedekut emosi. Dimana masa ni jika kepala akan diketuk dengan periuk 40 kali pun, terpaksa pasrah. Masa ni baru sedar, disebalik perangai burukku, masih ada yang sayang.
Dan kata-kata perlian pun harus ada-ada keta tapi gigih merempit. Kedekut taik hidung masin. Gila kedekut.
Pergi jalan-jalan ada je duit tapi isi petrol pun berkira! oklah, masa ni tadah je telinga sambil keluarkan api dan asap.

Bagaimanapun, kerana kegigihan ku,aku hanya medical leave sehari. Gila kan,sampai datang kerja kena halau dengan bos sebab dia ngeri tengok muka aku. Motipp??? muka aku belum lagi setaraf Frakenstein ok.
Boss je overacting sampai bercakap tak nak tengok muka aku. Boleh bercakap sambil tunduk dan pandang ke tepi? tak tahan mental betul.
Mata masih merah dan dah boleh mengaku adik-beradik Edward Cullen. Itupun boleh 2 hari selepas kemalangan aku pi shoping kat pasaraya.Ya, aku tau orang tengok aku seperti tengok hantu Kak Limah tapi aku rasa seperti Angelina Jolie.... peduli hapa kan?kalau kau rasa selesa dengan diri kau, biar muka dah macam jelmaan mak lampir- I don't give a damn.

Akhir nya, alhamdullilah I feel better. After 2 weeks.
Pengajaran dan peringatan dari Yang Maha Pencipta kepada hamba yang lalai.
Banyak renungan dalam kesakitan dan banyak kesedaran dalam kepayahan.

No comments:

Post a Comment