|  | 
| Pintu masuk..lalu jambatan gantung | 
Langkawi cable car merupakan yang tercuram di dunia. Terletak di Pantai Kok dalam Oriental village.
Aku amik tiket dewasa satu Rm20 dan kanak-kanak Rm15. Tunjuk myKad yer. Sesak jugak dekat sini..pengunjung ramai. Spend masa 2 jam hanya untuk beratur. tiket skycab aku amik sekali dengan skydome..ada visual ke apakah sebelum beratur  masukke kereta kabel. Tapi sebab nak cepat, aku cakap kt staf tu aku nak skip skydome. Boleh jer.
Mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan 
pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama 
gunung 
batu kapur zaman geologi 
Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di 
Switzerland.
Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod 
Malaysian Book of Records.
Pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 
tempat duduk. Gondola ini tidak berhenti, jadi toksah berkain batik bagai.
Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan 
tingginya 650 meter dari aras laut. Pengunjung boleh menikmati keindahan
 puncak di hentian pertama.
Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan 
kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. Pengunjung 
akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus 
dan kelainan jenis pokok dari setiap ketinggian.
Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan 
Lautan Hindi dan 
Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan 
Thailand juga jelas kelihatan dari sini.
[6]
 Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian
 gantung sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak 
terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas 
menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di 
ufuk 
Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.
|  | 
| di kaki Gunung Mat Chincang | 
|  | 
| Oriental village | 
|  | 
| Kaunter tiket | 
|  | 
| Promoter tiket pakej | 
|  | 
| Harga nya | 
|  | 
| panjang barisan | 
|  | 
| Dah boleh naik yey.. | 
|  | 
| ngeri tau | 
|  | 
| subhanallah..dari point pertama | 
|  | 
| ni beratur untuk ke point ke puncak.. | 
|  | 
| Add caption | 
|  | 
| skybridge ditutup untuk kerja maintenance | 
|  | 
| menara paling tinggi di puncak |