Chabura Halal Dim Sum Hatyai

Restoren ni memang terkenal dikalangan rakyat Malaysia.
Menyajikan pelbagai dimsum halal dan penuh dengan manusia ketika sarapan pagi.

Kedai ni ada 2 lot, kalau lot utama dah penuh dan takde meja maka kena pi lot selangnya..sebelah je cuma pilihan tak banyak macam kat lot utama tu. Masa aku pi memang kena pi lot kedua tu jadi tiram kupang tu semua takde macam kat kedai utama yang aku tengok tadi.

Sini banyak dim sum, bun-bun, pau segala mak nenek seafood dan meat. Hidangan utama macam bubur nasi, nasi goreng pun semua ada.
Walau sesak tapi servis pun not bad, tunggu tak lama mana.

Cara nak makan kat sini, order je dulu menu utama yang nk dimakan..aku order nasi goreng seafood dan teh ais. Pastu pi kat kaunter dimsum, amik tray dan sauk semua dim sum yang ko berkenan.
Bagi tray tu kt staf dia dan staf tu akan bagi nombor meja untuk kita. Nombor tu ko letak atau sangkut la kat meja ko duduk tu. Sandar kat botol kicap gena, pepandailah. Staf tu akan stim dim sum tu then hantar ke meja kita ikut nombor yang dia bagi tadi.

Harga dimsum ni ada yang kecil dan besar.
Kalau kecil 1dalam 15 (seringgit lebih) baht gitu. Kalau yang besar means pau besar tu dalam 20 baht (dua hengget lebih).

Di restoren ni ada toilet jadi boleh la tumpang sebelum jenjalan dan nak masuk toilet kat tempat lain kena bayar nanti.

kepala naga kat Hatyai

penuh orang kampung ni

jom nek tuktuk

Pantai Songkhla..patung mermaid ni seminggu lepas aku pi terus jadi kudung akibat dibom


peta restoren..alamat Dimsum Chabura Hatyai 
430 Ratthakan Road 
Sapan dam, Khlong Hae, 
Hat Yai 90110, Thailand 


semak fb depa di https://www.facebook.com/RotiBura/

kedainya


moh le kita

penuh sesak orang..takde meja kosong pulak..kedai ni ada 2 lot..

ni lot kedai kedua

meja nk duduk takde weiii..jadi kena pi lot kedai sebelah sana

byk pilihan

pilihan yang ada dalam freezer

miang kham pun ada

harga kecik 15baht dan yg besar 20baht
sorg kena jaga meja
ni buku menu nya

menu nya

Harga 

Minuman

Add caption

pilih jgn tak pilih
nasi goreng seafood, 89 baht (dalam saploh hengget jgk)..udang byk..sotong byk..pastu teh ais sana memang terasa nikmatnya..tak bland mcm sini

bubur ayam

ni baru sorg order.;.puas makan
jenuh nak habiskan
kerabu daging

yg ni cute

yang ni meat dgn sayur

amik je tray yg dh ada kad nombor ni.sauk semua dimsum yg ko suka dan bg tray  kt staf tu untuk stimkan.
satu kad nombor tinggal dlm tray dan lagi satu letak kat meja kita bagi staf tu nampak..dia akan hntr dimsum kt meja kita lps dah siap

nah makan sampai pengsan

keadaan selepas

muka bahagia lepas baik lantak..ni bukan tuan tanah okey

tah apa dia tulis

Total bil sorang makan dalam RM20-30 (lebih kurang 250 thai baht). Tengok banyak mana ko melantak. Kalau takat nasi goreng dengan 5 bekas dim sum tu campur air mungkin dalam RM20 jek.
Berbaloi judgaklah datang sini cuma pada aku dim sum dia rasa sedap cuma takdelah super sedap.

Comments

  1. masa pegi sana tak de rezki nak singgah sini. hu2

    ReplyDelete
  2. Wahhh Makkk... Bersusun mangkok... Dah macam epel tower... He He He...

    ReplyDelete
  3. Tempat baru ke ni Mak? Adehhh... Dah laa perut ni tgh ngidam Dim Sum...

    ReplyDelete
  4. nampak menarik dim sum ituuuu!!

    ReplyDelete
  5. 2 kali pagi sarapan kat sini.depan chabura tu ada stall kuih cakoi . sedap juga 20 bht je...cicah kaya pandan.

    ReplyDelete
  6. dah merasa ke sini, seingat saya lepas makan terus rasa dahaga, terasa mak aji yg banyak dalam masakan derang.huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa- update Oktober 2018

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam