Maesai - sempadan pemisah Thailand Myanmar

 

Paling utara di utara Thai..dalam 2 jam dari chiang Rai

tu lah building nak cek border


Destinasi ke-6 pakej hari ini ialah Mae Sai.

Mae Sai  adalah bandar  di Daerah Mae Sai di utara utara Provinsi Chiang Rai, Thailand. 

Mae Sai adalah sempadan utama antara Thailand dan Myanmar yang dipisahkan oleh sebatang sungai.

Konon nak berangan nak cross Myanmar tapi tak dapat. Tour tinggalkan kau kejap kat pasar Mae Sai dalam sejam camtu. Mana sempat nak cross. Adei jadi tengok je lah orang lalu lalang cross sungai yang kecik tu.

lintas jambatan ni kau dah masuk Myanmar



ada macam arked Padang besar kat sini..pasar semua la

tekstil

macam-macam ada

teringin nak lintas tapi tak sempat


Tu je lah untuk entry Maesai ni..singgah jap takde apa nak cerita. Sebab kejap je dan takleh nk cross..krik krik. Mak tak rilek huh huh.

Choui Fong Plantation Tea

Ladang teh yg luas di atas pergunungan-destinasi ke-5 tour package

 

Choui Fong Tea Plantation, ”ladang teh asli berkeluasan kira-kira 1.6 km persegi tanah. 

Lokasinya lebih dari 1.200 meter di atas permukaan laut dikelilingi oleh alam dan pegunungan yang indah. Terletak di daerah Mae Chan di provinsi Chiang Rai, ladang teh Choui Fong menawarkan pemandangan indah bagi para pengunjung untuk bersantai selain menikmati kafe yang menyajikan banyak teh, minuman, dan hidangan lain.

Dengan pemandangan yang luar biasa, Choui Fong Tea Plantation adalah lekuk gunung berbentuk tapal kuda dengan tasik di tengah-tengah kawasan ini. Juga, lokasinya tidak jauh dari tarikan terkenal lain kerana berada di arah yang sama untuk pergi ke Doi Tung dan Mae Sai Borderline. 

Hanya berjarak 4 km dari jalan utama Paholyothin Road, pasti Choui Fong Plantation adalah tempat lawatan yang mesti dikunjungi untuk pelancong berhenti untuk menikmati secawan teh dan bersantai dengan suasana indah di ladang ini.

on the way nak pi ladang teh tu van singgah lunch, so kita pon turun

ini restorennya

dalam menu ko boleh pilih nak makan apa termasuk dalam pakej tour ni, tapi sebab ada babi semua.. maka ko makan apa yang rasa yakin je la

makan buah dan minum air je

jom sambung perjalanan..jauh jugak ni..dengan panas terik

dah smpai ladang teh ni, naik bukit gunung-ganang jugak la

cantik kan..view cam kat Cameron Highland

ada sesi kenal teh, sesi merasa..masuk ni free je. ada kafe kecik kau boleh duduk lepak minum teh


saujana mata

tu je lah, ada jumpa geng bikers dari Johor semua, depa ni naik motor bayang kan dari Malaysia sampai ke utara Thai..adventure betol kan..mau mkn berapa hari


Long Neck Karen Village

 Kampung Long Neck Karen ini adalah satu tempat tarikan di Chiang Rai. Destinasi ke-4 dalam tour hari ini. Perjalan dalam setengah jam/40 minits dari Rumah Hitam tadi.

Kampung ini menempatkan suku minoriti Karen yang berada di kawasan hutan belantara dan pergunungan serta bernasib malang kerana diusir dari Myanmar kerana insiden politik.

Tiket masuk sini 300 baht yakni RM40. Mahal tak.

Wanita berleher panjang dari suku kaum Karen


ini lah kaum wanita yg berlehere jinjang memakai rantai besi..depa ni cantik-cantik, kulit mulus. Putih gebu gituh.

Longneck Karen adalah salah satu suku Karen. Mereka menggelar diri mereka Padaung. Dipercayai bahawa asalnya mereka berasal dari Provinsi Yunnan, China tengah. Kemudian pada tahun 1000 Masihi menurut sejarah, mereka berhijrah ke Salween River Basin di Myanmar.

 Masyarakat kampung ini terkenal kerana kaum wanitanya mengenakan rantai leher (dari besi atai seangkatan) kerana dulukala ingin mengelakkan dari dibaham harimau apabila kaum lelaki keluar berburu. Katanya lah.

van parking kt luar

jalan masuk kampung ni



rumah dari material hutan/semulajadi




beli tiket masuk 300 baht (RM 40 lebih kurang)-mahalkan




suasana dlm kampung-benda ni biasalah ada la mat saleh yang jadikan kontroversi. Sebab kata depa penduduk ni bukan 'human zoo' yang orang datang tengok  macam sarkas. Namun dalam keadaan lain penduduk sini jugak dibenarkan hidup macam biasa, buat aktiviti harian dan menjana pendapatan dari jualan tiket pengunjung dan menjual Kraft buatan sendiri. Win win la kan.
Rumah depa pun belakang deretan kedai ni je. Jadi boleh berniaga sambil jaga anak, sambil buat kerja harian sekali.

sambil meniaga posing rilek



hasil tenunan dan kraftangan yang dijual

beli la sikit bantu depa



segak budak ni

ni lah rantai besi tu..Sapa nk leher jinjang pakai la mlm- mlm. Mcm bengkung leher gituh. Masalah klu mak 3 lilit besi ni dah takleh nafas

pandai budak ni speaking

Bagi aku biasalah pergi tempat macam ni.. takde kontroversi pun, kau bayar tiket pastu beli sobenir..sembang dengan penduduk sini. Jadi depa pn lama-lama pandai speaking..Bukan lah macam sarkas tu kau pandang diorang pelik. Layan diorg macam biasa dan jangan melebih pulak nak suh diorang pose sana sini. 

Bagi aku kunjungan ke Kampung Karen ni boleh masuk highlights. Sebab unik dan budaya diorang yang turun temurun. Masih mengamalkan adat tradisi sebagai cara hidup dunia terlebih modern nih. Walau tiket mahal tapi berbaloi.

The Black House Chiang Rai ( Baan Dam Museum )

 Rumah Hitam, atau "Baan Dam" di Thai, adalah salah satu mercu tanda paling aneh dan menarik di Thailand Utara. Tidak ada yang lain seperti itu, menjadikannya mesti dikunjungi oleh sesiapa sahaja dalam lawatan ke Chiang Rai.

Rumah Hitam

yg putih macam sami tu la pembina rumah seni ni

geng satu van kami

tiket 80 baht/Rm10


Sering disebut sebagai "Kuil Hitam", bangunan ini sama sekali bukan kuil. Ia sebenarnya lebih seperti muzium seni dan studio. Pembinaannya adalah gabungan seni bina tradisional Thailand dengan gaya kontemporari dan tidak ortodoks. Ia kelihatan seperti sebuah kuil biasa di luar, tetapi dengan udara misteri yang gelap. 

Black House is ts largest collection of animal remains made into furniture and art installations.

Kuil Putih yang berdekatan (wat rong khun) lebih dikenali oleh pelancong dan sering digambarkan sebagai "surgawi". Rumah Hitam adalah sebaliknya, pembinaan kegelapan, yang penuh dengan kematian. Tetapi itu sebenarnya bukan "Kuil Neraka", dan tidak dirancang sama sekali jahat atau menakutkan tapi pengunjung ke sini untuk merasai pengalaman unik

Seorang seniman Thailand Thawan Duchanee memulakan pembinaan di Baan Dam pada tahun 1976, dan ia masih dalam proses. Dulu rumah artis dan studio seni, muzium Black House kini berfungsi sebagai pameran karya dan koleksinya.

Rumah Hitam sebenarnya terdiri dari sekitar 40 bangunan yang dibina dari kayu dan logam berat dalam berbagai bentuk dan ukuran. Semuanya dicat hitam dan coklat tua dengan pintu yang besar dan menakutkan.

dalaman

open style

antara karya

byk display haiwan macam buaya, kerbau dll

dalam kawasan ni byk rumah-rumah lain

macam senibina Melayu pun ada

semua rumah berasaskan  kayu dan byk arca/ ukiran dari kayu

Diperkirakan semua karya Duchanee mewakili penderitaan manusia kerana keinginan dan keserakahan yang dilihat oleh Buddha sepanjang perjalanannya. Kematian dan kematian dipamerkan di mana-mana, mengulangi ketidakkekalan hidup yang menjadi pusat pemikiran dan falsafah Buddha. Memang, Duchanee adalah penganut Buddha yang taat, dan kemungkinan semua karya yang dipamerkan di Rumah Hitam menggambarkan kitaran hidup, mati, dan kelahiran semula yang dikenali sebagai Samsara, yang semestinya termasuk penderitaan.

Thawan Duchanee sebelum ini tidak popular. Sebenarnya, seninya pernah dianggap sangat kontroversial, melukis karya yang dikatakan tidak beradap namun  seninya dibela oleh tokoh masyarakat tertentu, dan akhirnya, Thawan diikhtiraf  kerana bakatnya. Hari ini, muralnya boleh dinikmati di kedutaan dan syarikat terkemuka di Thailand dan luar negara.

 

ada jualan souvenir/seni booth diluar

open toilet..bersih dan terjaga



Blue Temple atau Wat Rong Seua Ten

 Lepas ke White Temple kita ke destinasi kedua dalam tour iaitu Blue Temple. Pasrah dah datang Siam ni kenalah pi ikut tour  melawat kuil tuh.

Inilah Blue temple atau Kuil Biru 

Kuil Biru Chiang Rai atau Wat Rong Seua Ten terletak di Rong Suea Ten di daerah Rimkok beberapa kilometer di luar Chiang Rai. Ini adalah kuil yang agak baru. Orang kata Blue Temple ni adik kepada White Temple.

Kuil Biru dapat dikenali dengan warna nilam yang indah. Dinding kuil, atap, dan patung-patung di sekitarnya semuanya ditutupi rona cantik ini. Warna ini secara simbolik dikaitkan dengan kesucian, kebijaksanaan, dan kekurangan materialisme yang dicita-citakan oleh umat Buddha.

Kuil ini merupakan gabungan antara nilai-nilai Buddha tradisional dan seni bina Thai klasik dengan pilihan reka bentuk yang sangat kontemporari. Kuil Biru dirancang oleh Putha Kabkaew, pelajar kepada pereka/seniman yang membina Kuil Putih.

Kuil Biru dikenal di Thai sebagai "Wat Rong Suea Ten", atau "Kuil Harimau Menari". Kuil kuno lain pernah berdiri di sini, dan harimau dikatakan berkeliaran bebas di tanah ketika ia ditinggalkan hampir satu abad yang lalu.. dan masyarakat setempat memutuskan untuk membina semula kuil ini pada tahun 1996 serta memulakan projeknya pada tahun 2005. Pembinaannya telah selesai secara rasmi pada tahun 2016, tetapi Kuil Biru masih dianggap sebagai kerja yang sedang ongoing.

-Masuk ke kuil ni adalah percuma.

kuil ni tak besar kawasannya..kalo ramai sesak jugak

pintu masuk naik tangga buka kasut

ukiran banyak dan berseni-  kata orang yang buta seni

dalam nya ada buddha besaq

biru mata hitamku

ada la lukisan melambangkan perjalanan manusia dari alam mitos budha tu..patung ni buat dari porcelain putih

kawasan sekitar


tourist van byk la


Ok, lepas lawat kuil biru ni moh kita gerak ke tempat lain pulak.