Blue Temple atau Wat Rong Seua Ten

 Lepas ke White Temple kita ke destinasi kedua dalam tour iaitu Blue Temple. Pasrah dah datang Siam ni kenalah pi ikut tour  melawat kuil tuh.

Inilah Blue temple atau Kuil Biru 

Kuil Biru Chiang Rai atau Wat Rong Seua Ten terletak di Rong Suea Ten di daerah Rimkok beberapa kilometer di luar Chiang Rai. Ini adalah kuil yang agak baru. Orang kata Blue Temple ni adik kepada White Temple.

Kuil Biru dapat dikenali dengan warna nilam yang indah. Dinding kuil, atap, dan patung-patung di sekitarnya semuanya ditutupi rona cantik ini. Warna ini secara simbolik dikaitkan dengan kesucian, kebijaksanaan, dan kekurangan materialisme yang dicita-citakan oleh umat Buddha.

Kuil ini merupakan gabungan antara nilai-nilai Buddha tradisional dan seni bina Thai klasik dengan pilihan reka bentuk yang sangat kontemporari. Kuil Biru dirancang oleh Putha Kabkaew, pelajar kepada pereka/seniman yang membina Kuil Putih.

Kuil Biru dikenal di Thai sebagai "Wat Rong Suea Ten", atau "Kuil Harimau Menari". Kuil kuno lain pernah berdiri di sini, dan harimau dikatakan berkeliaran bebas di tanah ketika ia ditinggalkan hampir satu abad yang lalu.. dan masyarakat setempat memutuskan untuk membina semula kuil ini pada tahun 1996 serta memulakan projeknya pada tahun 2005. Pembinaannya telah selesai secara rasmi pada tahun 2016, tetapi Kuil Biru masih dianggap sebagai kerja yang sedang ongoing.

-Masuk ke kuil ni adalah percuma.

kuil ni tak besar kawasannya..kalo ramai sesak jugak

pintu masuk naik tangga buka kasut

ukiran banyak dan berseni-  kata orang yang buta seni

dalam nya ada buddha besaq

biru mata hitamku

ada la lukisan melambangkan perjalanan manusia dari alam mitos budha tu..patung ni buat dari porcelain putih

kawasan sekitar


tourist van byk la


Ok, lepas lawat kuil biru ni moh kita gerak ke tempat lain pulak.


1 comment:

  1. Cantik kuil ni pada pendapat saya yang juga buta seni. Hihi

    ReplyDelete