Kampung Long Neck Karen ini adalah satu tempat tarikan di Chiang Rai. Destinasi ke-4 dalam tour hari ini. Perjalan dalam setengah jam/40 minits dari Rumah Hitam tadi.
Kampung ini menempatkan suku minoriti Karen yang berada di kawasan hutan belantara dan pergunungan serta bernasib malang kerana diusir dari Myanmar kerana insiden politik.
Tiket masuk sini 300 baht yakni RM40. Mahal tak.
|
Wanita berleher panjang dari suku kaum Karen |
|
ini lah kaum wanita yg berlehere jinjang memakai rantai besi..depa ni cantik-cantik, kulit mulus. Putih gebu gituh. |
Longneck Karen adalah salah satu suku Karen. Mereka menggelar diri mereka Padaung. Dipercayai bahawa asalnya mereka berasal dari Provinsi Yunnan, China tengah. Kemudian pada tahun 1000 Masihi menurut sejarah, mereka berhijrah ke Salween River Basin di Myanmar.
Masyarakat kampung ini terkenal kerana kaum wanitanya mengenakan rantai leher (dari besi atai seangkatan) kerana dulukala ingin mengelakkan dari dibaham harimau apabila kaum lelaki keluar berburu. Katanya lah.
|
van parking kt luar |
|
jalan masuk kampung ni |
|
rumah dari material hutan/semulajadi
|
|
beli tiket masuk 300 baht (RM 40 lebih kurang)-mahalkan |
|
|
|
|
|
|
suasana dlm kampung-benda ni biasalah ada la mat saleh yang jadikan kontroversi. Sebab kata depa penduduk ni bukan 'human zoo' yang orang datang tengok macam sarkas. Namun dalam keadaan lain penduduk sini jugak dibenarkan hidup macam biasa, buat aktiviti harian dan menjana pendapatan dari jualan tiket pengunjung dan menjual Kraft buatan sendiri. Win win la kan. Rumah depa pun belakang deretan kedai ni je. Jadi boleh berniaga sambil jaga anak, sambil buat kerja harian sekali. |
|
sambil meniaga posing rilek |
|
hasil tenunan dan kraftangan yang dijual |
|
beli la sikit bantu depa |
|
segak budak ni |
|
ni lah rantai besi tu..Sapa nk leher jinjang pakai la mlm- mlm. Mcm bengkung leher gituh. Masalah klu mak 3 lilit besi ni dah takleh nafas |
|
pandai budak ni speaking |
Bagi aku biasalah pergi tempat macam ni.. takde kontroversi pun, kau bayar tiket pastu beli sobenir..sembang dengan penduduk sini. Jadi depa pn lama-lama pandai speaking..Bukan lah macam sarkas tu kau pandang diorang pelik. Layan diorg macam biasa dan jangan melebih pulak nak suh diorang pose sana sini.
Bagi aku kunjungan ke Kampung Karen ni boleh masuk highlights. Sebab unik dan budaya diorang yang turun temurun. Masih mengamalkan adat tradisi sebagai cara hidup dunia terlebih modern nih. Walau tiket mahal tapi berbaloi.
No comments:
Post a Comment