|
Ladang teh yg luas di atas pergunungan-destinasi ke-5 tour package |
Choui Fong Tea Plantation, ”ladang teh asli berkeluasan kira-kira 1.6 km persegi tanah.
Lokasinya lebih dari 1.200 meter di atas permukaan laut dikelilingi oleh alam dan pegunungan yang indah. Terletak di daerah Mae Chan di provinsi Chiang Rai, ladang teh Choui Fong menawarkan pemandangan indah bagi para pengunjung untuk bersantai selain menikmati kafe yang menyajikan banyak teh, minuman, dan hidangan lain.
Dengan pemandangan yang luar biasa, Choui Fong Tea Plantation adalah lekuk gunung berbentuk tapal kuda dengan tasik di tengah-tengah kawasan ini. Juga, lokasinya tidak jauh dari tarikan terkenal lain kerana berada di arah yang sama untuk pergi ke Doi Tung dan Mae Sai Borderline.
Hanya berjarak 4 km dari jalan utama Paholyothin Road, pasti Choui Fong Plantation adalah tempat lawatan yang mesti dikunjungi untuk pelancong berhenti untuk menikmati secawan teh dan bersantai dengan suasana indah di ladang ini.
|
on the way nak pi ladang teh tu van singgah lunch, so kita pon turun |
|
ini restorennya |
|
dalam menu ko boleh pilih nak makan apa termasuk dalam pakej tour ni, tapi sebab ada babi semua.. maka ko makan apa yang rasa yakin je la |
|
makan buah dan minum air je |
|
jom sambung perjalanan..jauh jugak ni..dengan panas terik |
|
dah smpai ladang teh ni, naik bukit gunung-ganang jugak la |
|
cantik kan..view cam kat Cameron Highland |
|
ada sesi kenal teh, sesi merasa..masuk ni free je. ada kafe kecik kau boleh duduk lepak minum teh |
|
saujana mata |
|
tu je lah, ada jumpa geng bikers dari Johor semua, depa ni naik motor bayang kan dari Malaysia sampai ke utara Thai..adventure betol kan..mau mkn berapa hari |
No comments:
Post a Comment