Mee Udang Kola Kuaq Alor Setar

 Hai uolls..assalamualaikum.

Jom kita pi makan mee udang Kola Kuaq pulak kat Alor Setar.

Bagi aku ok sedap mee dia..nasi goreng udang pun ada..cucuq udang pun ada ..lok ching pun ada.

Tapi terpaling sedap adalah udang goreng tepung dia..rangup secukup rasa. Harga dia sepinggan tu macam RM10 special..belas-belas cmtu. Murah ja tp udang besaq.

ni kedainya..viral weiii..penuh manusia

parking susah sikit..kedai kampung je nok

tepi pantai la kan..dah kuala

jeti nelayan

coq udang sedap

udang goreng tepung dia terpaling sedap..freshh gila

mee udang dia..sedap

nasi goreng udang

boleh amik angin pantai

balik kg tgk buah ara..fig

sedap

balik ngundi


jari ngundi..akhirnya Anwar jadi PM10

aku tak tukar alamat..undi sek rendah dulu..nostalgia

dan balik kg makan kenduri

siap tlg buat cucur jagung dan cucuq pisang utk buffet kenduri


Dim Sum Padu Cafe Kangar

 So kali ni kita gi Dim Sum Padu Kangar pulak.

Anak dara ngidam Dim Sum. Kopi pun ada sini.

ni kedainya..kat CIMB kangar dan kat lot kedai deret tu

deko lawa

menu dia

bagi yang perut melayu

kat kwsn tumpuan

order sini

ada pau..dumpling..chee cheong fun..sedap semua

pau ayam

siew mai



ni total bil..kopi pun ada

 


congrats..ank dara ni dh dpt lesen keta

bg dia drive

love you both

one for the 2022 memory

pi cuti on september

Shamieda Biryani House Jitra

 Assalamualaikum.

Hai apa khabar semua..hehe setelah sekian lama tak hapdet blog.

Punyalah malas dan busy benor. Jom tengok update apa yang ada ya. Hari tu ada ngidam nak makan biryani. Susah nak cari biryani yang sedap kat area jitra ni. So kita try Shamieda biryani house kat tanah Merah Jitra. Vibe kedai ala have-have.. makanan sedap. Boleh celeb birthday sini gk..ambience best.

So bagi yang nak pi aku bagi korang senang nak agak harga makanan kat Shamieda Biryani House ni. Boleh buat bajet sesiap. Tengok la menu dan harga yang aku post gambar tu ya.

Terpaling sedap ayam korea dia..murah dan portion besar. Biryani dia pedas sikit. Nasi Arab biasa ja pada tekak aku yang mengada-ngada ni. Depa ada sizzling, char kuey teow semua. Malam meriah ni.

Pinat pernah buat review TikTok kat sini.

Western • Briyani • Mendy • Sizzling • Cake • Coffee
Lokasi kami 📍
Tanah Merah Jitra Berhadapan Farmasi Mega Kulim..

Alamat: No 70 bandar darulaman jaya jitra, Jitra, Malaysia

jom pi makan

kedai selesa dan cozy


kedai lawa

ada dessert gak



buku menu

ni harga nasi dia..briyani malbari tu sedap pedas secukup rasa..RM17


ni nasi arab dia..ok sedap big portion

western pun ada

minuman

boleh pi kaunter nak kek ke apa

air sedap

ayam korea ni terpaling win..sedap banyak ada 6-7 ketul camtu..sos cukup rasa dgn fries lagi rm12 je

ni nasi briyani malbari..pedas sikit tapi sedap

nasi mendy..ok la..ayam dry sikit..nasi cukup rasa tapi penah makan lg sedap kt alor setar

pavlova Rm8..sedap gak cuma takde buah..

ni kedainya..dekat koleh komuniti


Dusun Riffa @Changlun Kedah

 Dusun Riffa ni adalah kawasan dusun di Changlun Kedah yang menyajikan makanan Thai macam Miang pla, pulut mangga, sotong bakar dgn sos dia yg padu tu'

''Citarasa Thailand Dalam Dusun.
Rasai ketenangan sambil menikmati hidangan makanan original dari Thailand''

tu tagline dia. Tutup isnin. Buka start kul 11 pagi sampai 7 petang.

FB dia: https://www.facebook.com/dusunriffaachanglun

. Nak masuk dusun ni agak dalam dan bertanah merah/bukit la kan. Agak ke dalam tapi ada signboard..jgn risau.

Kawasan dia luas dan terletak tepi sungai yang ada homestay dan gazebo.

Cara order kat sini, order kat kaunter pastu bayar terus. Then tunggu hidangan siap pastu pi la duduk kat mana yang korang berkenan.. Ada pondok tepi sungai bawah tu tapi jauh sikit nak jalan dari kaunter tu.

Homestay pun ada sini.

Masa kami pi tu kami order miang pla dalam RM37 boleh pilih talapia atau siakap. Tap italapia dia ni liar dan memang tak terasa hanyir langsung. Manis dan lazat. Ikan baru.

Pulut mangga pun memang sedap terok. Puas makan dengan air teh ais thai yang kaw.

Dusun Riffaa

Camping cabin in Changlun
AddressCFFF+G5, 06010 Changlun, Kedah

parking kat sini, dkt kaunter untuk order 

kerabu dan daging bakar



menu dia..tick nak makan apa..bawak ke cashier untuk bayar terus



kat sini tunggu air dan makanan..self service nih



ni la miang pla

kawasan dusun




sungai dia

suasana dusun kg

bawah rumah homestay ni ada kerusi meja dan buaian


sotong bakar

daging bakar

sotong bakar dia kurang sikit sebab lembik dalam tu..tak garing

laksa siam pun ada..sedapp

talapia miang pla

kami order miang pla talapia, nasi 4, laksa siam 2, air 4,sotong bakar, daging bakar semua dalam RM150 camtu

sos dia padu


self service ..kena menapak turun pilih port utk makan


rumah tradisional