Saturday, June 21, 2014

Review/testimoni Dnars Skincare produk

Produk kecantikan untuk muka ni baru je aku pakai dalam 3 minggu.
Sebelum ni pakai SF Beauty tapi sebab aku cepat bosan, aku tukar ke Dnars pulak.
Sf dulu aku pakai dalam setahun la jgk..memuaskan cuma dah lama-lama jadi bosan.
Lagi satu sebab dia lagi murah dari SF..kalau SF set dah RM100 dan ada 3 barang-sabun,krim malam dan krim siang. Set trial Dnars Rm52 je. Murahkan? tahan jugak sebulan tau..sabun dan krim siang tahan aku rasa dua bulan. Memang jimat yakmat. Ada dua set untuk penjaggan muka ni-set jeragat dan satu set untuk kulit sensitif.

ni la kotak trial pack dia..RM52 hengget.Murah dari SF.
Ok,walaupun produk Dnars ni kata boleh cerah wajah 7 hari, ko percaya ke? mungkin boleh untuk orang yang 'halusnya kulit mu sehalus sutera cina' tapi untuk kulit buaya yang tebal macam aku ni..amik masa lebih dari 7 hari jugak. Tapi kesannya dapat dilihat dalam masa 3 minggu..ramai orang tegur muka aku berseri gituu. Aku guna set jeragat, dan masa mula guna muka jadi perit sikit. Kemudian set ni termasuk untuk resdung dan mula guna tu hidung aku selalu la keluarkan hingus tu banyak dari biasa. Tapi kesannya lepas tu, tanda  hitam tepi hidung aku dah beransur cerah. Tapi kena remind gak, resdung aku ni taklah teruk sangat.

 Set Dnars trial pack ada 4 barang- sabun jeragat,sabun kolagen,krim siang (mcm foundation teksturnya) dan krim malam (warna kuning dan cepat habis). Krim adalah seberat 6gm dan sabun tu sabun beras berwarna putih.
Mulakan dengan sabun jeragat dulu, dah abis baru guna sabun kolagen. Cuma krim malam tu cepat abis dan beli la individual nanti (harga RM24 utk 6gm). Yang penting kata kawan-kawan yang turut gunakan Dnars dan muka dah  jadi segebu ala Nicole Kidman, jangan tinggal krim malam. Tu paling penting.
Nak hasil terbaik pakai toner, tapi kena beli asing-so aku tak beli pun. Lagipun ada yang kata toner dia kuat sangat dan muka rasa terbakar.Kalau jadi camtu, hentikan penggunaan.
Cara guna-pagi basuh muka dengan sabun beras tu,then sapu krim siang.
Untuk malam,basuh muka dengan sabun dan sapu krim malam. Tu je, senang dan mudah.

Overall-Dnars untuk aku sangat berkesan. Muka aku yang teruk berparut lepas eksiden (parut besar macam plaster kat muka dan lebam) pun dah beransur hilang.
Aku rasa tak sia-sia aku tukar dari produk SF ke Dnars. Memang berkesan

Ni la krimnya dan setnya...mula pakai muka rasa pedih sikit.

puas hati jugak guna Dnars ni, murah dan mujarab. yg putih tu sabun beras,,aku potong la kan, nak jimat punya pasal.
Yang ketul tak buka lg tu sabun kolagen, lepas abis sabun beras baru pakai sabun tu. so bab sabun dah jimat,cuma beli krim je tambah nanti kalo dah abis.

8 comments:

  1. AKU PUN NAK TRY JUGALAH...MUKA DAH NAIK JERAGAT DAN DAH KUSAM

    ReplyDelete
  2. rsanye dnars ni x leyh pakai
    http://www.sumarz.com/2014/09/awas-yellow-cream-krim-ku-neng.html

    ReplyDelete
  3. akak masa mula pakai tu ada tk mengelupas?? sbb muka sye mengelupas lepas pakai.,normal ke tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..memang mengeluoas mula tu dan muka rasa sedikit panas dan berbiji. Tapi lepas tu ok..kalo tak ok makna adik kena hentikan penggunaan

      Delete
  4. Tahu gak sih kalian parade busana Indonesia Fashion Week 2015? Parade busana yang didatangi oleh Miss Indonesia 2015 dan Runner Up nya - Maria Harfanti & Savina Wibowo - ini adalah tamu spesial dimana mereka datang untuk blusukan selfie lho. Hebatnya Sariayu Martha Tilaar sebagai official make up dan hair do parade busana ini adalah mereka merias 1.100 model untuk IFW 2015 lho.

    fashion.sariayu.com

    ReplyDelete
  5. mmg mula2 pakai mngelupas ea? dan sabun tu mmg pedih ke??

    ReplyDelete
  6. Sy dh pakai setahun lebih mmg ohsem !

    ReplyDelete
  7. saya pakai dnars nie. tapi warna tangan taksama dengan warna muke. muke jadi putih. tapi tangan mcmmane nak nagi putih jugak ye?

    ReplyDelete