In the midst of the vampire world

Aku memang manusia ketinggalan zaman yg hidup di abad-21 ni.
Yang orang lain dah khatam novel Twilight ni 40 juta kali tapi aku baru start baca novel ni semalam.
Tapi akulah antara orang-orang terawal ngadap filem 'Twilight' ni. (sb ada org belanja tgk movie,I loike)
Jadi aku dah tau jalan ceritanya. Dan bila baca novel ni, aku memang membayangkan Kristen Stewart sebagai Isabella Swan dan Robert Patisson sebagai Edward Cullen. Plus Tayler Lautner sebagai Jacob.
Kenapa aku baru terhegeh-hegeh nak baca novel ni padahal orang lain dah buat pekasam@dah jual kat mamak recycle?

1 .Aku takmo rugikan duit dgn beli novel yg tah pape. Dah beli kena la bacakan?Tapi novel ni dah diakui popular dan interesting.Alooo..ini novel omputih bukan murah yer. Harga RM35.90 kat kedai.Kalau RM3.50 takpe, beli satu kontena pun ada aku kesah..Rm35.50 tu dari beli novel yg tak best baik aku pi makan Secret Recipes ke, Nando's ke.(ya,ya aku tau aku kedekut,ada bau-bau petai dgn  Hj Bakhil)
Ok, kalau tu pun takleh digunapakai aku mengaku yg aku manusia poket nya bocor. Semalam aku tgk ada Rm 2K dalam poket tetiba pagi ni cuma ada RM2 jek. Memang poket bocor,taktau jatuh kat mana duit tu. Sadis.

2. Yg ni paling best. Dikala pembaca lain sibuk buat bantahan barisan pelakon Twilight tak penuhi standard yg mereka bayangkan untuk watak hero/heroin filem tu,aku dah tentu bygkan pelakon yg sebenar.(ye,sebab diorg dah membayangkan yg diorg la pelakon tu dan diorg rasa diorg lg hebat/bajet cun dari pelakon yg dicasting tu..hehe). What? aku rasa memang Kristen Stewart sesuai sgt dgn watak tu sebab muka dia yg emotionless expression,bajet Aphrodite tu. Edward Cullen lak dlm novel tu dibayangkan sooo gorgeous (Robert Patisson ok,hensem tp taklah super duper handsome cam Gabriel Aubry tu, but ok sebab dia muka ketat gak dan mata nya menikam kalbu,lirik matamu panahan arjurna..intense eyes, sesuai jd vampire)

3. Masa orang dok beratur 3 line untuk dapatkan novel ni,aku rilek tengah makan Mee sotong kat Padang Kota..menikmati hembusan bayu selat Melaka...
Kunun nak jadi pembaca terawal baca novel Stephenie Meyer ni. Ada dapat hadiah ke?Ataupun itu hanya satu mitos shj?yg digunakan untuk show off kat kengkawan yg aku ni baca novel omputih, top novel (yg dh meletop kt dunia barat) yg digembar-gemburkan? Pada aku, takyah risau,novel tu takkan habis dan akan dicetak berulang kali, 7th edition, 20th edition malah cover dia nanti akan tambah meletop sebab gunakan cover Kristen dan Robert. Macam memoir  Eat, Pray Love tuh,tetiba guna cover picture Julia Robert tgh gigit lolipop kat depan fountain di Rome.
Bagaimanapun aku faham bahawa ada jugak yg beli 1st edition sebagai pelaburan. Utk dijual dgn harga beratus kali ganda kelak semasa color rambut dah bertukar.


4. Yang ini sebab yg sebenar. Aku baca novel ikut mood. Kalau dpt novel free, jam tu jgk aku baca.
Kalau kena bayar, kena tunggu time ada bajet. Oh, mengakulah yang aku lebih rela beli makanan daripada beli buku.
Tambahan pulak Twilight ni bukan satu siri saja tapi bersiri-siri..mau bajet ratus-ratus gak utk lengkapkan koleksi. Dan lagi,aku kalau dah baca novel memang payah nak berenti.Jadi kena tunggu aku betul-betul bersedia baru boleh start baca...baca pun kena ada konsentrated dan stamina,yeh..Contoh, bila aku kena admit kat hospital ke ,atau masa aku tak keluar rumah seminggu. Aku sanggup tak mandi 3 hari,mkn apa yg edible,hp pun aku off..,tengah travel dan baca masa tunggu flight ke, tunggu ketapi ke..nak dpt feel kenalah bertapa ye dak?

5. Last sekali, aku jarang beli romantic novel,even dia horror atau thriller. Aku selalu beli novel yg ada suntikan motivasi sikit dlm penceritaannya. Kecuali Sidney Sheldon. Katalah apapun memang aku ni 'old skool'. Aku baca novel lama cam Mitch Albom,Danielle Steel, Nora Roberts, Sidney Sheldon dan Helen Fielding. Novelis baru yg top pun aku tak kenai cam Jonathan Franzen tu.(mmg nk baca novel dia tp tak beli lagi). Novel Sophie Kinsella baca gak(dah takde pilihan) tp pinjam kat library. Rajin jgk aku beno nya pi library..(poyoss). Okeh, sesungguhnya aku amat sedar umo aku yg dah senja ni, yg mana kalo makan nasi sepinggan arini, minggu depan baru perut habis cerna, takkan nak pi hegeh nak baca novel remaja lagi (again, kalau free aku peduli apa).
Membaca jambatan ilmu apa, tak kira lah kalo ko baca signboard sekalipun.
Novel melayu yg last aku beli novel Ahadiat Akasyah..yakni yg dibeli pada tahun 1992.Masa tgh sekolah dan dara sunti.Aku siap cium 40ribu gambar Ahadiat kat belakang cover Budak Setan tu.Memang mamat tu masa tu hensem tak hengat.ala,yg picture dia tgh pegang stereng keta tuu...korang pun sama, kan kan? (statement cam blog glemer kunun)

Yg novel alaf baru ni cam Bicara Hati, Seredup Kasihmu sume pinjam dan ada yg diberi percuma kat aku. Aku suka gak dgn novelis  Nia Azalea dan Norhayati Berahim. Sharifah Abu Salem? Of coz la.
Cuma bila dah dpt free takkan nak pi beli kan ?Membazir amalan setan, tul tak.

Ye,aku manusia yg suka benda-benda free - freebies, freegift, freedom, freethinker, freewilly, opss... kecuali Freemanson.


Tetiba rasa cam remaja lak...bila baca novel ni.Rasa muda semacam!

2 comments:

  1. Haha! Statement ayat last sekali tu yang tak buleh tahan. Bukan apa, saya pon dok layan novel and movies ni walopon dah senja di kala blackout.

    Setuju dengan si Kristen tu memang sesuai sangat dah jadi si Bella. Dengan gaya simple sempoi dia tu.

    You said you don't buy novels a lot but from the list of writers that you've mentioned.. I have a feeling that you do have some collections stored up in your book shelf.

    Saya lak memang blur dengan segala writers (tumpang baca apa yang adik saya beli je :D).

    Psst.. suka tak soundtracks movies tu?

    ReplyDelete
  2. Hi Aida,

    Novel old skool tu memang ada tapi rasa setahun baru 2,3 kali tambah koleksi.
    OK jugak tumpang baca,baca free lah ye tak.
    (kalo best buleh cilok,tul tak?)

    OST suka jgk,tp tak belipun.

    ReplyDelete