Aidilfitri is just around the corner and Nostalgia Raya

In 4 days. we will celebrate Hari Raya Aidilfitri 1433H.
I believe most of us already buy all the raya stuffs-baju, kuih dan you name it, we got it with all raya tags.
Tahun ni dan beberapa tahun sebelumnya aku tiada baju raya,tudung raya, kasut raya,hatta hantu raya pun takde. Sadis. Malas nak beli sebab bila usia dah merangkak senja ni, keterujaan membeli segala jenis raya stuffs telah membuatkan aku hampir muflis dan tak kaya-kaya.
Pakai saja baju yang dibuat sepanjang tahun tu (sekali hantar tailor 7 pasang ko, kain bandung, vietnam dll, kopak aku).
Yang penting keperluan budak-budak shj.
Nostalgia raya yang indah,yang sampai sekarang masih teringat-ringat adalah zaman susah dan zaman nak membesar:

1.Masa umur 7-8 tahun": *mode lagu suasana hari raya by Anuar Elina dan 'mintak mak kuih sepotong saya mahu makan kerna perut kosong'- Selamat Hari Raya by Saloma
Gila-Gila majalh paling popular dulu-time puasa khatam 40kali sehari sebab bosan tunggu berbuka

bunga api jenis besi sakit ohhh kalo kena kulit

Arwah ayah bawa pi beli kasut raya, naik bas dan jakun tengok kedai banyak..balik tu simpan kasut tu atas almari.Maka dengan rajinnya rutin aku tiap hari pi cium bau kasut tu sehingga lah sampai pagi raya. Enaknya bau kasut baru dari kedai..warna putih dan jenis material getah.Jenis sarung dan  sometimes I'm still looking for those smell. Malam hari dengar tembakan meriam kampung kita dan kampung sebelah lawan sape letup lagi kuat.main bunga api paling syok dimalam raya.ada mercun roket,mercun katak dll, meriah.
Malam raya-harus tak tido.Malam tu jugak lah kena kemas segala (cam ari lain takleh kemas),ganti langsir, susun kuih raya dlm bekas,gantung kad raya diranting pokok mati yang tetiba kena tebang bawa masuk kat ruang tamu.siapa kad raya paling banyak tergantung dialah paling glamer..jadi pujaan.tapi masa tu takde lagi la orang buat style Mr.bean..hantar kad pada diri sendiri biarpun pertarungan adalah sengit.
Heran juga ye, zaman dulu,semua orang sanggup tak tido dan pasang langsir malam raya tu gak,last minit. Supaya bangun esok jiran-jiran tengok rumah kita dah bertukar gitu,dah transform dengan langsir baru. Gigih,siap pagi raya tengok  yang semua  rumah telah ditukar langsir semalamnya. Awat,sehari dua sebelum tu takleh tukar? haa,tu la feel...perasaan bangun pagi raya dan tengok langsir baru best gila. Walau ia hanya dari kain jarang atau kain chik (cotton). Dulu baju raya budak-budak bukan baju kurung cam sekarang yer,baju gaun ko! kuat tul pengaruh british masa tu. Aku pun melaram dengan gaun kembang, yang ada tali ikat riben kat belakang a la Anne of Green Gables, kasut tinggi warna merah pi kutip duit raya. Dapat rm11 dah kira mewah (satu umah dapat 20sen sajokk..kalo umah tu bagi 50sen harus rumah tu akan diserbu sepanjang hari sebab 50sen dah kira banyak tu). Kedai runcit lak pandai, petang raya dia buka,hadoi la..duit raya pun keparit jawabnya.
Pastu kena tolong buat kuih raya guna dapur minyak cap Butterfly. Bakar kuih dalam periuk saja,kena tabur pasir dalam tu baru boleh masuk tudung periuk aka baking tray. Kuih popular, samperit dan kuih bakar (bangkit)
Beraya keliling kampung adalah wajib. Belum lagi kampung sebelah sebab ada pertandingan geng mana dapat duit raya paling banyak.yg budak lelaki la kerek,depa naik basikal,mana aci!
Time ni gak iklan raya Eon/Proton  yang Raja Ema duet dengan Jamal Abdillah pun rasa feeling abis kat tv.
masihkah kau ingat...

2.Zaman dara sunti,umur 14-17 tahun:*mode lagu Dari jauh kupohon maaf Sudirman/Suasana Hari Raya by Sharifah Aini

Time ni dah mula kenal dunia dan gatal, ehem. Bukan aku tapi my secret admire (hoih, perasan cam lawa).Dapat kad raya gambo bunga ros sebesar alam. Ayat jiwang karat dengan madah puisi.
Peh,sampai sekarang kena ejek dgn adik aku. Banyak pulak tu dapat, dari kengkawan sekelas yang dok sebelah (tak menahan,setiap orang masa tu mesti bagi raya walau dalam kelas dok sebelah je pun, siap letak dalam meja,posmen karat orang panggil). Kita pun pi la  beli kad raya balas. banyak tu kena labur, kat cikgu lagi.time ni bila raya pun malas dah nak ikut..tengok tv lagi best. jumpa kawan sekampung lelaki pun buat tak kenal je, buat-buat lupa dulu penah mandi pakai seluar katak saja dengan dia disungai belakang rumah.
Time ni dah kena tolong buat kuih raya, tolong pasang langsir dan cabut rumput depan rumah. Bila orang datang beraya,kitalah tukang hidang dan buat air. Tukang basuh pinngan yang bertimbun ya jugak. Termasuk bibik jaga anak buah bila kakak dan abang balik beraya.

3.Zaman IPTA, 18-21thn:*mode lagu Dendang Perantau by P.Ramlee, Musafir Di Aidilfitri by S.Jibeng


Zaman ni balik kampung setahun dua kali saja-time cuti sem dan time raya, (duit tade nak beli tiket bas balik-mahal) naik bas ekspress malam. Cuti selalu seminggu. Tiket kena amik awal, dan mengharungi lautan manusia nak balik raya adalah biasa. Bas ekspress rosak tengah jalan,kena tukar bas dan kena berenti kencing kat toilet busuk adalah rutin. (dulu highway tak banyak lagi,syukurrr ada RnR skrg)). Saat kena himpit atas bas (saja nak amik kesempatan ) dengan mamat binawe mana pun dah penah  kena. Dan ada jugak mamat baik hati yang tolong selimutkan aku dengan sweater dia masa aku buat-buat tido sebab takut aku sejuk.,lagila aku tido buat mati. Air-cond bas usah cerita, sejuk sampai nak beku. Masa ni bila balik kampus, semua kengkawan bawa kuih raya,kerepek dan ketupat,best woo,buat potluck lagi. Masa tu stesen bas pun penuh dgn student saja. Balik kampung pun masih dapat duit raya,almaklum student lagi.. paling sikit dapat RM50.
Masa ni seronok raya,jumpa kengkawan lama masa sekolah. Tapi kesian juga kat kengkawan yang tak dapat melanjutkan study kemana-mana,jadi jgn nak berlagak pandai dengan depa dan riuh bercerita bab kampus lak. Kang ada yang kecik hati dan putus sahabat tak pasal-pasal.

4. Zaman career dan zaman dewasa-22-25 thn: *mode lagu Seloka Hari Rsya by Hail Amir/Uji Rashid dan  Halaman Asmara by Awie duet Ziana Zain

Masa ni tengah bekerja. Cuti takleh lama, 4-5 ari paling lama. Masa ni selalu dah ada somebody gitu atau dah bertunang. Jadi dia pi hantar ke stesen bas pun jadi syahdu. masa tu handphone mana ada! kalo ada pun orang kaya je pakai. Masa ni beli baju raya pun sesama color, pi bazar ramadan mau tiap petang,berterawih lagi tu.
Maxis prepaid starter pun  dah Rm200++. Pastu kejadian dia tunggu pepagi buta kul 4 pagi kat stesen pun kena ada. dah hp takde, agak-agak jelah naik bas dari kampung kul 11mlm, sampai selalu time lalat pun tak bangun lagi. Maka itulah pengorbanan demi seseorang. Masa ni gigih gak nak tunjuk skil buat kuih raya kat bakal mak mertua. Dan gigih amik hati semua adik-beradik dia (kopakkk, jenuh nak sedia duit raya!)
Dan masa beraya kat kampung tu la, mata gatal dok jeling-jeling mamat hensem mana ni? rupanya dulu dia kwn sekelas, gigi pun rongak. Dan selalu akan jumpa kengkawan lama bila pi raya rumah Tok Guru ngaji.
sila cermin diri sebelum dok beramah gila/nak gediks. dan masa tu sumpah diri sendiri apesal tak ngorat dia dari kecik/ajak dia tunang dari kecik. Masa ni jugak ada le dapat kad raya sebesar alam yang ada muzik raya buat peneman tido (bf bagi la katakan).

5.Zaman dah kawin-25-3++thn:*mode lagu Satu Hari Dihari Raya by M.Nasir

Yang ni dah sibuk eksited beli baju anak sulung. Color kena sedondon. Sanggup redah bazar raya berpuluh km last sekali beli topi anak sebiji atau kopiah kat pak mentua jek. Gambar raya penuh kat depan meja kerja dan bawa kuih raya pi pejabat semestinya. Kalo boleh semua bazar raya dan semua bazar ramadan nak pi.
Bila dah lama kawin, anak dah tambah maka exited tu pun perlahan pudar. Yang penting untuk anak-anak sahaja.
Yang ni zaman kegelapan bagi sesetengah orang- ye masa ni anak makin ramai, belanja raya makin tinggi dan baru nak merasa naik pangkat/gaji. Masa ni sang huby garu kepala fikir mana nak balik kampung lg- kalo satu negeri, ok jimat sikit. Kalau tak lagi setahun nak raya kena save dah duit untuk belanja raya next year. But masa ni gak la rasa  nikmat raya- jumpa semua kaum. belah dia, belah kita. Nikmat berkumpul beramai-ramai, makan dan makan sangat best, lum lagi termasuk rumah terbuka tu.
Yang best-anak dapat duit raya,kita tukang kira . ''mak pinjam kejap yer,nanti ganti balik pas dah dapat gaji??''
Yang tak best=kena bagi duit raya..dekat seribu tu. But its raya..so sedekah kat budak-budak dan nenek budak. Amin, tambah rezeki.
Masa beranak pinak ni la rajin jenguk sedara kat kampung, bersosial dengan kaum kerabat dan jumpa kengkawan masa reunion raya. Sibuk dengan hidup bermasyarakat dan keluarga amat diutamakan.
Betul kata orang, bila dah seseorang tu berkahwin baru dia akan reti hidup bermasyarakat- kenduri, tgk org tua-tua kat kampung dan pi surau.(okeh ada gak lelaki bujang pi..tp sgt sedikit peratusnya)

Sekian,Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H.
Esok aku dah balik kampung yea......and sebelum tu drive gi holiday di Genting dulu sebelum balik raya .Tak tanya punnn, heee.(cam banyak duit nak holiday bagai)

Images-Google.

2 comments:

  1. Selamat hari raya aidil fitri kepada Aza sekeluarga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida,

      Selamat Hari Raya untuk awak jugak!Walau kejauhan raya tetap raya,yeahhh

      Delete