Percutian ke Genting Highlands-cara jimat duit

Percutian ke Genting Highlands yang merupakan kota keriangan seantero Malaysia adalah satu kewajiban.Fakta mengenai Genting:
1.Antara resort terbesar dunia dengan bilik yang ditawarkan mencapai 10,000.
2.Berada 6,000 kaki dari aras laut
3.Cable car Genting Skyway merupakan yang terpantas didunia
4.Menerima jumlah pelawat 19 juta pada 2008..menerima saingan sengit dari Marina Bay/Resort Sentosa Singapore

Sebagai blogger yang prihatin,dengan ini aku nak tulis sedikit petua untuk yang ke Genting Highlands-bagi yang pertama kali nak jejak kaki kesana.sedikit info untuk jimatkan belanja disana


1.Bagi yang drive dan teringin naik skyway,drive melalui Karak Highway (hentikan membayang hantu filem syamsul yusuf tu!) dan jumlah tol adalah RM5.00.Masa yang diambil dari KL ke Gohtong Jaya ni hanya dalam 40-45 minit (jika journey smooth) dan mengikut tahap kesibukan Karak Highway.Drive ikut ke Genting dan Gohtong Jaya,Pahang.Stesen kereta kabel ke Genting Highland adalah di Gohtong Jaya-mengambil nama Lim Goh Tong yang merealisasikan kota keriangan ini.Masa tu rasa kagum gila pada Lim ni yang berjaya mewujudkan genting ni.Heh,camne dia dapat idea dan  boleh tukar tempat jin bermesyuarat ni jadi port manusia bersuka ria?
Jalan berliku dan berbukit


Ikut papantanda penunjuk arah shj

2.Okeh,bila dah sampai parking kereta (free) dan jalan sikit ke station skyway tu..Kaunter tiket skyway terletak di pintu utama sebelah kiri lobi.Then untuk naik keta kabel kena naik escalator dan ia berada di tingkat 3.bangunan tu.Tiket skyway RM12 pergi balik (dua hala) dan RM6 sekali pergi naik puncak.
Tapi kalo dah naik ,taknak turun-turun amik je one way RM6.00.Nak lagi jimat beli tiket naik je,bila nak turun golek dari puncak genting ke bawah gunung nun (sengal ko).

GENTING SKYWAY TICKET PRICING
Ticket TypePrice (per person)
Normal One-WayRM 6.00
Normal Two-Way (Return)RM 12.00
Express One-WayRM 30.00
Hotel Guest Leisure RideRM 10.00
*Hotel guest(s) must produce his/her hotel passbook upon purchase of ticket(s) at the Upper Skyway Counter and the ticket is only valid on the day of purchase. Maximum 2 tickets/persons per hotel passbook.

Operation Hours
Monday - Sunday 
7.30am - 12.00 midnight
Operation Hours
Saturday, Sunday & Malaysia Public Holidays
10.00am - 7.00pm

Genting Skyway's Closure Notice 2012

Scheduled to close for maintenance on: 
9 May 2012

Dan bila dah sampai ke puncak Genting,kena jalan agak jauh melalui mall dan deretan kedai dari tempat kita turun keta kabel tu.Jalan je ikut orang lain,naik turun escalator barulah sampai ke taman tema dan kaunter tiket dia.
ni stesennya-masuk dan beli tiket skyway

Tempat beratur unutk naik cable car-bayangkan kalo cuti sekolah-jem gila.sebab tu byk lane

naik cable car-satu keta untuk 8org shj
keta kabel ni tak berenti,cuma slowkan je.Jadi naik cepat-cepat dan jaga anak-anak.Dia continue berpusing,jgn dok berhigh heel bagai

berlepas dari Gohtong Jaya stesen

permandangan dari atas

kaunter tiket theme park
kalo cuti crowded nih
suasana dalam taman tema
dalam theme park-indoor

sila ukur tinggi anda...

 3.Bagi yang ada anak kecik umur 4tahun kebawah,aku nasihatkan jangan ambil tiket outdoor sebab nanti rugi.Nanti banyak game yang tak dapat nak main sebab dia ukur ketinggian budak,selalunya bawah kalau 107cm tinggi kebawah tak layak nak main coaster dan yang adventure tu.Oleh kerana outdoor game ni banyak yang mengerikan sikit,jadi tunggu anak umur 5tahun keatas baru best nak bersuka ria diluar nun,takkan nak tinggal anak kejap untuk naik roller coaster tu?.Cuaca kena tengok gak,kalo hujan apa bestnya nak main outdoor?
So, ambil la indoor ticket yang 90% budak boleh naik.Kalo dah besar gajah suka hati la kan nak amik tiket manapun.Masa aku pi snow world under maintenance,rugi tak dapat masuk.
Bila dah beli tiket,dia akan pakaikan band kat tangan kita.Jadi nak masuk/main game sama berapa kali pun tak kisah.Ikut aku nak je tengok 4D tu sampai 10kali(dasar pemalas nak jalan)
Harga tiket sekarang ni:

Indoor -RM 30 dewasa
            RM28 kanak-kanak
Outdoor - RM 50 dewasa
                RM35 kanak-kanak
Untuk detail,lawati resortworldgenting website.
indoor




indoor

resort world

4D yang sangat best!

 Outdoor theme park:
taman tema luar



makan nasi ayam kat marry brown pun sedap


berkabus
5.Bab makan-yang ni kena faham dan jangan nak sumpah berbakul-bakul pada food operator.Ingat senang ke sayur dan ayam nak diangkut naik ke puncak Genting?Jadi jika makanan mahal redha je senah oiii.Pandailah nak jimatkan duit untuk makan tu.Paling senang makan menu yang harga tetap.Contoh Marry Brown -nasi ayam set RM14.99 kalo tak salah.Dua set RM33.90 (termasuk tax).Jadi tu paling murah kot.Baik makan nasi dan kenyang terus.Jangan ikutkan anak yang nak ayam la,burger la pastu 3jam dia lapar lagi.Makan nasi tahan kenyang dalam 5,6 jam jadi dah selamat.Ada gak orang makan nasi mamak kat sini,ambil ayam,sayur dan nasi harganya RM25.Oleh itu jangan la nak sua tengkuk kata orang dengan makan nasi campur.Makanlah benda fix price,yang terbentang tulis depan mata.Bukan yang ikut suka mamak kira yang dia tetiba nak taruk harga seketul ayam RM15 atau RM20.
Lagi satu jangan lak terliur sana sini tengok udang,sotong besar tu.Sabar,tunggu time turun genting belasah la kat kedai mamak lain.Biar air liur meleleh tahap paip pecah,tahannnnn.Kat Genting kita makan biasa-biasa saja.Sebab makanan biasa pun harga dah luar biasa.(nasi goreng bodo dah RM12.air dah RM5 jadi dah RM18,fuhh) cuba bayangkan makanan luar biasa ko belasah kat sana?mau RM80,90 untuk sepinggan nasi.
Jadi kena ingat kat Genting kita bukan nak pi makan-makan tapi nak pi bersuka ria main taman tema dia.

6.Kalau boleh,pergilah time low season.Kalau tak,tak puas main dan kena beratur panjang.Masa tu mood pun dah terbang,bayor mahal pastu muka muncung meradang kena beratur lama.Last-last malas nak main,sape untung?Resort world jugak.

7.Tido di hotel Resort World atau di Genting Hotel??tido di Gombak lagi jimat.
Cara aku jimat duit-drive dari utara pagi.Tido di hotel my.home.hotel di Gombak.Rate RM75-100++.Tapi aku amik yang RM85 je.So,dah jimat dari tido kat Genting tu rata-rata RM100 keatas.Lagipun nak tido kejap jek,pagi dah check-out untuk drive/main di Genting. So keluar hotel jam 8 pagi,drive dalam 45 minit ke Gohtong Jaya (skyway station) dan pegi main sepuas hati.Pukul 6 petang,turun dari puncak Genting dan drive ke destinasi lain pulak.Jimatkan sebab makan sekali saja kat Genting yakni time lunch.Sarapan dan dinner makan dikedai biasa dan harga tak serupa/semahal di Genting.Yang ni adalah untuk yg bajet ciput ,kalo ko kayo dan duit berkepuk takyah baca entry ni okey.
Cuti berjimba-jimba kena ada,walau duit tak banyak.Anak kena bawa berjalan tengok tempat popular,walau kewangan tak mengizinkan.Jadi pandailah ko nak planning dan minimizekan bajet tu.Duit lebih boleh beli benda lain pulak.

Untuk percutian kali ni dari Gombak untuk hotel,makan,tol dan tiket taman tema,tiket skyway tak sampai pun Rm300.Aku kira dari Gombak sebab aku buat 2 dalam satu,balik kampung plus cuti bersuka ria.(untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak)

14 comments:

  1. very nice info...terima kasih..

    ReplyDelete
  2. parking di cable car,free ke?dari segi keselamatan parking kereta bermalam,selamat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer,masa pergi hari tu free lagi.Rasanya selamat...cuma jangan tinggal valuebles item dalam kereta.

      Delete
  3. kerana bagi info k terima kasih berbanyak banyak ye senang kalau nak bawak anak anak

    ReplyDelete
  4. Laa...npe checkin kt gombak kt batang kali lg dekat. Bajet hotel dlm rm40-80 lg pn 20 minit je dr sni ke gohtong jaya...

    ReplyDelete
  5. Mse keje genting dolu2 aku suke xplore jln2 bawah genting ni... mmg suke gak test jalan2 lame ni... sampai aku carik jalan ke janda baik, bentong, mimaland & etc...fuh adventures tul...makcik aku pn dok kt rawang je pn sblh2 batang kali ni gk lh hihi..

    ReplyDelete
  6. Mse keje genting dolu2 aku suke xplore jln2 bawah genting ni... mmg suke gak test jalan2 lame ni... sampai aku carik jalan ke janda baik, bentong, mimaland & etc...fuh adventures tul...makcik aku pn dok kt rawang je pn sblh2 batang kali ni gk lh hihi..

    ReplyDelete
  7. harga cable car tu masih sama ke sekarang 2016?

    ReplyDelete
  8. harga cable car tu masih sama ke sekarang 2016?

    ReplyDelete