Biggest Lesson 2019

Perkara terbaik aku belajar tahun 2019..berkaitan persahabatan bertahun lamanya jadi renggang. Tapi aku jumpa balik bff aku yg dah bertahun lost contact. Thats a blessing. Jadi its all fair even not in love and war tho.
Dan perkara-perkara lain seperti hubungan kekeluargaan, hubungan dunia pekerjaan atau kasih sayang yang tak perlu kau sibuk nak paksa. Kadangkala kita terlalu cuba jadi terbaik, korbankan semua tapi selalu ada yang tidak berpuas hati.
Maka janganlah kau memaksa.
Biarkan semua berjalan dengan apa  adanya, berlalu dengan seharusnya dan berakhir dengan semestinya.

Tak payahlah nak list the best nine whatsover sangat, kau bukan budak muda yang perlukan like atau popular dalam insta.
Unless kau influencer dan buat business.
Dah mature begini seharusnya kau dah jumpa jalan hidup dengan yakin, dah tau keutamaan dan hidup dengan tenang watching the world goes by.
Janji jangan menyusahkan orang. Jangan dok menyibuk sangat dah hidup orang lain, tumpu pada diri, manjakan diri, zikir banyak-banyak bila otak dah psiko dan bahagia tu mula dari dalam diri sendiri.
 Memang kadangkala kita down tapi it sokay. motivasi hidup macam iman jugak ada turun naik.

semua datang dari dalam diri. Hati jangan benyek sangat, jadi kuat sikit. .jangan sikit-sikit nak emo. Dan perasan orang kata kat kita. The world doesnt revolve around you, it revolve around the sun. Takyah nak tunjuk hero sangat nak ubah itu ini, nak pujian atau apa-apa jelah. Buat apapn biarlah ikhlas baru hati tenang.

Yang ni kau kena master. Ignore apakebenda yang tak bermanfaat atau menyusahkan jiwa. Nak pikir semua benda dah kenapa?abaikan yg kusut-kusut nih..yg buat kau depress, sedih dan down.
aku rasa aku dah master benda ni. My mind is my best friend.
aku dah tak kisah apa..its my life and mine alone. Hanya Allah tempat berserah dan semuanya keranaNYA.

Semoga 2020 membawa manfaat untuk kita semua dan sentiasa dalam rahmatNYA. Aaminn.

Pertama kali dapat duit dari iklan Google Adsense guna Western Union

Assalamualaikum uolls,

Entry ni berkenaan janaan iklan dari google adsense.
Blog ni dah nak dekat 10 tahun dan pageview dah pun 2.4 juta. Oklah jugak kan utk blogger pemalas cam ni, setahun tak sampai 50 post. Dan sehari purata 1 ribu lebih page view dan bertambah masa cuti sekolah.
Cumanya Mak ni tak pernah ada kesedaran nak jana duit dengan blog.

Sebenarnya blog post yang paling banyak view bukan tempat kau pergi jauh travel ke London atau Panama. Tempat tu nampak gah tapi berapa ramai yang cari info pasal tu? Yang paling banyak view adalah post cikai yang kau nampak biasa, contohnya di blog aku- post harga cekelat langkawi 2019, harga bilik Pantai Merdeka chalet dan ole-ole Hatyai.

Yang biasa-biasa punya post tu paling banyak orang carik.  Jadinya pos pasal chalet yang kat ceruk kampung lagi laku dari pos pasal ko pergi Istanbul.
Blog pun janganlah guna tema yang susah nak dibaca. Aku kadang stress bila nak baca blog yang kaler gelap, tulisan plak tak jelas dan semak nau.
Kalau blog cantik pun tap kau sorang je boleh baca ape cerrr...

Tulis blog ni sekadar memori/rujukan/hobi.
Takde terfikir nak buat duit sangat atau bagi masa utk blog 24 jam. Sebab blog ni pun macam hobi je, catatan travel kita, luahan perasan atau masakan simple sebab kita pun ada kerja tetap, makan gaji dan tulis ikut idea/kerajinan.
Dan Mak takdelah nk pulun sgt guna .com,beli domain atau beria nak jana duit melalui blog.
Bukan lah macam orang yang memang full time blogger.
Mengadap blog 24 jam, kemaskini blog sentiasa dan cari makan dari blog.
Itu pemikiranku yang dulu masa malas nak buat iklan.

Tapi bila dok baca blogger lain yang buat duit dengan iklan..hmm syok jugak walau dapat tu tak banyak mana.
Untuk suka-suka dan kotlah boleh dapat sekupang dua, jadi mak try lah mohon untuk letak iklan kat blog.
Bukan kena bayar pun dan free je. Syarat nak apply pun banyak jugak (tu yg jd mls kdg tu) , kena try banyak kali jika first time tak berjaya. Tapi try je, lama-lama lulus jugak.

Aku first time apply google adsense ni memang tak approved. Setahun lepas tu baru lulus. Apply 2016, tak lepas. Pastu tahun 2017 baru lulus. Then 2019 dapat duit 100 usd.
Kesabaran itu perlu dik non.
 (kena apply dari adsense, adalah syarat-syarat dia boleh rujuk sini https://www.nothingtosomethings.com/2016/09/cara-mendaftar-google-adsense.html
atau https://www.nothingtosomethings.com/2019/01/cara-cepat-dapat-kelulusan-google.html
Lepas dah dapat lulus tu Google akan hantar pengesahan akaun kita (surat).
Then setting sesiap kita nak bayaran kaedah macamana.

Mak pilih guna Western Union sebab dok baca dalam blog lain senang cara ni, guna akaun bank macam leceh je.
Boleh rujuk sini http://nasoha.com/tutorial-keluarkan-duit-dari-google-adsense-melalui-western-union/
Jadi ikut je apa yang dia suruh dan dalam setahun dua jugak iklan ni berjalan dalam blog Mak.
Akhirnya pada bulan dec lepas jumlah income dah lebih dari 100 usd. Ahlamdulilllah rezeki tak dijangka.

Jadi google hantar email/notification bagitau yang diorg dah issue payment pada kita.
Payment ni bila dah cukup 100 usd akan di issue pada minggu ketiga bulan tersebut. Macam mak payment isu pada 21 hb disember.

email dari google inform diorg dah issuekan payment pada 21 hb dec




so payment mak dapat 101.83 usd bila convert dapat RM414.10 tolak komisen Hasani Money Changer



Cara aku keluarkan duit ni aku pergi Hasani Money Changer Jitra Kedah. Jika ada agen Western Union dia akan tampal di kaunter tu dia agen WU.
Boleh semak sini untuk cari agen Western Union terdekat anda https://www.westernunion.com/my/en/find-locations.html
Bila dah pergi, isi borang yang Hasani bagi (yang penting no MTCN, nama/alamat ikut IC dan tulis duit tu dari Google Singapore)

aku amik duit kt Hasani money changer je..pantas dan mudah..imej google



ni payment slip lepas amik duit di Hasani Money changer (agen WU)..dapat RM 414.10 bersamaan 101.83 usd

dalam blog bahagian payment ada semua detail MTCN dan butiran ID kita ikut yang kita isi. Ikut alamat IC lagi senang. Payment dari mana tu ikut alamat Google macam aku Google Asia pacific Singapore jadi paymentnya dari singapore.
Bila dah isi borang di Hasani tu dia akan tanya pekerjaan kita, jawab je blogger.
Borang kt Hasani ni lagi simple dari kat bank dan memang pantas urusannya, tak formal macam bank.


tada..dah dapat duit RM400, sapa nak bagi kan..boleh pi bercuti ni dan tido hotel 2 malam
Barulah semangat kan nak tulis blog bila dah dapat income walau tak banyak macam Ben Ashaari tu. Jadilah kan dari tak dapat apa. Jadi rajin-rahjin la update blog ye lepas dapat income.

Chiang Rai 2019-Hari pertama dari Danok/Sadao ke Hatyai airport

Trip tahun 2019 ke oversea adalah ke Chiang Rai yang terletak nun jauh di utara Thailand.

Oleh kerana flight aku adalah awal pagi esok jam 8.30 pagi dari Hatyai airport ke Mae Fah Luang-Chiang Rai International Airport (9.30 pagi Malaysia) maka aku kena pergi malam ni jugaklah, takutlah kalau tak sempat esok.
 Aku masih bekerja, ada pulak program dengan student malam tu, jadinya pukul 10 malam baru sampai ke border Bukit Kayu Hitam.

So jika drive ni, tak perlu turun bagi je passport kat kaunter drive in imigresen Malaysia dan lepas tu terus drive ke The Zone Duty Free untuk drop penumpang. Bila sampai situ jalan kaki je dalam 5 minit untuk masuk ke sempadan Sadao dan terus ke pejabat pemeriksaan imigresen diorg bagi urusan cop pasport. Sampai je dia bagi arrival kad, isi siap letak hotel mana nak stay dll pastu smooth je masuk ke Danok.

so kalau naik grab/ada org hantarkan nk ke sempadan..lalu je kat kaunter drive thru imigresen ni..bagi pasport dan tunggu kejap,setel. Boleh drop di the Zone dan jalan sikit masuk checkpoint Thai pulak.


aku tukar RM700 dapat 5 ribu bath je..sadis duhet kita teruk jatuh..aku tukar kat Danok terus sng..rate lebih kurang dan kedai kat area Changlun pun tukar duit dari Danok jugak
dari The Zone jalan masuk ke Sadao

keta peronda polis Thai
sampai dekat pejabat nk cop pasport tengok la muka-muka yg polis Thai wanted ni..kalau siang penuh kerusi ni

ok jom masuk cop pasport..ikut lane foreigner

sesak klu weekend depan pejabat ni
lepas cop jom masuk thailand

jumpa yg ni dulu

lepas cop pasport ikut exit belok ke kanan jumpa dah kedai kat Sadao ni..aku tukar duit kat sini

ni dah Thai area..ada kedai simkad dan tukaq duit
Lepas dah masuk Sadao maka carik transpot nak pergi airport Hatyai terus. Malam ni cmna nak jumpa,try tengok Grab,rega dalam RM100 jugak.
Aku travel berdua jadi kami dah poolkan duit 3000 bath sorg. Masa pikir kalau tido Danok pastu esok baru pergi airport kos jugak hotel tu. Van share tu takde dah operasi memalam buta nih. Jadinya sembang dengan budak-budak jual makanan kat situ, dia ada kawan yang nak caj
700 bath (Rm96). Pikir punya pikir ok lah amik kereta sapu terus kat airport yang jaraknya dalam sejam.

70 km jugak nak ke airport dari Sadao imigresen checkpoint
Sebenarnya bila aku book flight ni bulan Mac 2019 dari Hatyai ke Chiang Rai, ia adalah direct flight. Tapi last minit direct flight ni kena suspended dan pilihan yang ada dapat refund atau pilih flight transit ke Bangkok. So tentulah pilih yang transit kan.
Lagi satu masalah bila aku try buat web self check-in tak boleh, try banyak kali tak boleh. Bila chat dgn AA punya operator tu rupanya kami kena check-in di airport, satu-satu flight pulak tu, means 4 kali kena check-in di kaunter AA sana.
Mungkin sebab ambil flight dari obersi yang kita bukan warganegara yang kena camtu?
Atau sebab tempahan aku ni asalnya direct tapi jadi transit?
Entahlah tapi apapun kena hadap jugak. Smooth jugak akhirnya.
Sebenarnya lega jugak takyah pi klia2..sebab kos lagi banyak dari amik flight kat Hatyai ni.
 Jadi lepas ni jadi pandai sikit la ye, amik flight dari Hatyai.

ni direct flight asal

Flight ni lepas kena reshedule ..kena transit punya lama...takpelah positip..pikir boleh cuci mata kat bangkok la

Selepas lebih kurang sejam dalam perjalanan, sampai di airport. Dalam pukul 10.30 malam thailand gitu..nak masuk airport terus kena  scan barang dan semua sekali. Tunjuk flight itenary dengan pasport.
ok first time sampai hatyai airport..besaq jugak..lagi besaq dari Alor Setar airport


selesa lepak sini

gambaq Raja ni mestilah ada dimana-mana
selesa rupanya tido dalam airport ni..kerusi takde pemegang tu boleh buat katil.

Tanyahouse Chiang Rai Thailand


Guesthouse ini adalah penginapan aku sepanjang 6 hari 5 malam di Chiang Rai.
Rate hanya 400 bath (Rm 54) dan share berdua. Masa pi ni kami walk-in je lepas sampai terminal bas Chiang Rai dan tengok dalam booking.com hotel berdekatan yang ada.
Ia terletak dikawasan deretan kedai,terminal bas dan pusat bandar.
Ia turut menyediakan sarapan ringan iaitu roti, jam/butter. biskut/pisang boleh disediakan dan boleh ambil bila-bila masa.
Pemilik ok jgk berbahasa Inggeris, ada 2 tingkat guesthouse ni. waktu peak season boleh jejak 900 bath harga dia. Bilik air pun selesa dan memang berbaloi stay sini.
Wi-fi pun ok dan takde bising ke apa area sini.

Alamat: 30/4 Moo 18, Tambon Wiang, Chiang Rai, 57000 Chiang Rai, Thailand
Booking.com pn ada list guesthouse ni.

Tanya je boleh..jawab jangan

signage tepi jalan yang agak kecil

depan guesthouse

bersih dan selesa

dua tingkat biliknya..aku stay atas

reception

lobi
Add caption

sentiada ada refill kopi/pisang/air panas
ruang utk breakfast
katil dan bedsheet biasa je, jenis old skool tapi apadehal janji bersih

bilik besar
ada peti ais..best boleh masak

toilet bersih
shower tepi tu
kat luar ada tempat lepak/isap rokok


Idea dekorasi SSF Alor Setar

SSF Alor Setar ni terletak di tingkat atas Star Parada Complex.
Hiasan mewah dan elegan, tak simple macam Ikea.
Luas jugak bilik pamerannya dan banyak pilihan.

besar kedai dia

ada membership lagi untung

living hall


lawa kan


bedroom







mak datin tgh nak membeli


pink

cantik






luxury style





peralatan rumah

bunga



hiasan dinding trendy


dining ribu riban








Add caption