Blue Temple atau Wat Rong Seua Ten

 Lepas ke White Temple kita ke destinasi kedua dalam tour iaitu Blue Temple. Pasrah dah datang Siam ni kenalah pi ikut tour  melawat kuil tuh.

Inilah Blue temple atau Kuil Biru 

Kuil Biru Chiang Rai atau Wat Rong Seua Ten terletak di Rong Suea Ten di daerah Rimkok beberapa kilometer di luar Chiang Rai. Ini adalah kuil yang agak baru. Orang kata Blue Temple ni adik kepada White Temple.

Kuil Biru dapat dikenali dengan warna nilam yang indah. Dinding kuil, atap, dan patung-patung di sekitarnya semuanya ditutupi rona cantik ini. Warna ini secara simbolik dikaitkan dengan kesucian, kebijaksanaan, dan kekurangan materialisme yang dicita-citakan oleh umat Buddha.

Kuil ini merupakan gabungan antara nilai-nilai Buddha tradisional dan seni bina Thai klasik dengan pilihan reka bentuk yang sangat kontemporari. Kuil Biru dirancang oleh Putha Kabkaew, pelajar kepada pereka/seniman yang membina Kuil Putih.

Kuil Biru dikenal di Thai sebagai "Wat Rong Suea Ten", atau "Kuil Harimau Menari". Kuil kuno lain pernah berdiri di sini, dan harimau dikatakan berkeliaran bebas di tanah ketika ia ditinggalkan hampir satu abad yang lalu.. dan masyarakat setempat memutuskan untuk membina semula kuil ini pada tahun 1996 serta memulakan projeknya pada tahun 2005. Pembinaannya telah selesai secara rasmi pada tahun 2016, tetapi Kuil Biru masih dianggap sebagai kerja yang sedang ongoing.

-Masuk ke kuil ni adalah percuma.

kuil ni tak besar kawasannya..kalo ramai sesak jugak

pintu masuk naik tangga buka kasut

ukiran banyak dan berseni-  kata orang yang buta seni

dalam nya ada buddha besaq

biru mata hitamku

ada la lukisan melambangkan perjalanan manusia dari alam mitos budha tu..patung ni buat dari porcelain putih

kawasan sekitar


tourist van byk la


Ok, lepas lawat kuil biru ni moh kita gerak ke tempat lain pulak.


White Temple aka Wat Rong Khun



Jomlah sambung trip Chiang Rai akhir tahun 2019. Kasi update bagi setel kali ni yeah sempena takleh travel obersi dah 2 tahun.

Ok hari ni hari kedua di Chiang Rai. Ikut Day Tour full day arini.
Hotel ni ada sediakan light breakfast, snack semua tu. Nak ambil boleh tapau naik van sikit macam pisang ke.

boleh la nak amik pisang sebiji dua buat alas perut

ada roti, jem, biskut kpi teh semua. Tapi tak ambil pun sebab takut was-was. So pisang la yg selamat.


Kemudian tunggu depan guest house van tour pun sampai dengan 5 orang tourist Peurto Rico.
Kami dok belakang la dah last pick-up kan.

van dok tunggu..sampai je terus naik..masa kena ikut depa bukan ikut kita ya..baru berhemah camtu


 Destinasi pertama selepas naikvan tour ialah ke White Temple atau Wat Rong Khun yang terkenal tu.

Dekat je kuil ni dari pusat bandar Chiang Rai. Kuil ni cantik, kawasan luas dan lapang.
Tiket masuk adalah 100 baht (RM 13) seorang.
Jom tengok sepintas lalu info kuil nih.


Wat Rong Khun atau lebih dikenali sebagai Kuil Putih, adalah pameran seni milik peribadi dalam gaya sebuah kuil Buddha di Provinsi Chiang Rai, Thailand. Ia dimiliki oleh Chalermchai Kositpipat, yang merancang, membina, dan membukanya kepada pengunjung pada tahun 1997.

Setelah selesai, perkarangan kuil putih mempunyai sembilan bangunan, termasuk ruang berdoa, balai peninggalan, dewan meditasi, galeri seni, dan tempat tinggal para sami. 
Ia mempunyai:

-Jambatan "kitaran kelahiran semula": bangunan utama di kuil putih, diakses dengan menyeberangi jambatan di atas sebuah tasik kecil. Di hadapan jambatan terdapat ratusan tangan yang melambangkan keinginan yang tidak terkawal. Jambatan menyatakan bahawa jalan menuju kebahagiaan adalah dengan melepaskan godaan, ketamakan, dan keinginan. Di sebelah tasik terdapat dua patung makhluk Kinnaree, separuh manusia, separuh burung yang sangat elegan dari mitologi Buddha.

-Pintu Syurga: Setelah melintasi jambatan, pelawat tiba di "pintu syurga", yang dijaga oleh dua makhluk yang mewakili Kematian dan Rahu, yang menentukan nasib orang mati. Di hadapan ubosot terdapat beberapa gambar Buddha yang bertafakur.

-Ubosot: Bangunan utamanya, ubosot adalah bangunan serba putih dengan serpihan kaca cermin yang tertanam di bahagian luar bangunan. Ubosot merangkumi elemen reka bentuk dari seni bina klasik Thailand seperti bumbung tiga tingkat dan penggunaan ular Naga yang banyak.  "Di dalam kuil, dekorasi bertukar dari putih suci menjadi berapi dan mengelirukan. Mural menggambarkan api oren yang berpusing dan wajah syaitan, diselingi dengan berhala Barat seperti Michael Jackson, Neo dari The Matrix, Freddy Krueger, dan Terminator siri T-800 . Gambar perang nuklear, serangan pengganas seperti serangan World Trade Center, dan penukul pam minyak menterjemahkan kerosakan yang dialami manusia di bumi. Kehadiran Harry Potter, Superman, dan Hello Kitty agak mengelirukan mesej, tetapi keseluruhannya moral jelas: orang jahat. "

-Bangunan emas: "Struktur yang menonjol kerana warnanya adalah bangunan bilik rehat. Struktur lain yang dihiasi dengan sangat indah, bangunan emas ini mewakili badan, sedangkan ubosot putih mewakili fikiran. Emas melambangkan bagaimana orang fokus pada keinginan duniawi dan wang. Bangunan putih mewakili idea untuk membuat pahala dan memusatkan perhatian pada minda, bukannya benda dan harta benda. "

langit biru berlatar kuil putih suci

tiketnya 100 baht atau 12 hengget camtu.

beratur bayar nak masuk

ada unsur air sekeliling kuil ni

ni lah jambatan cycle of rebirth..ngeri jgk tgk patung garang camni

wajah-wajah ciptaan manusia

penuh ukiran


                                                            belakang Wat

berpinau mata dgn cahaya matahari tu



kat sini jugak ada tandas emas..yg glamer tuh. aku tak masuk dalam sgt just tgk-tgk camtu je

luar tandas

dalam tandas cuma tak masuk wc

di kawasan kuil putih  ni ada kuil lain-lain yang kecik-kecik

ni antara building yang ada dlm kawasan ni

ni kuil emas betul..bukan emas putih




oklah itu je lah lawatan ke kuil putih ni..dlm 1 jam jugak kat kuil ni. overall memang kena lawat kuil ni kalau ke Chiang Rai.


Jangan larut dalam kegilaan Covid-19

 Assalamualaikum semua.

Setelah sekian lama tak hapdet blog. Ngadap tiktok, insta dgn fb jer sepanjang kerja dari rumah dan pejabat berselang-seli ni. Apa khabar semua dengan segala macam haru-biru keadaan semasa??

Biar covid-19 je yang gila..Kita jgn ikut gila dgn feeling depress tgk angka kes hari-hari.

Perasaan jgn larut dgn semua masalah kat media sosial..baca boleh overthinking jangan. Bagi ada barrier sekeliling pemikiran Kita.

 Yang mana diuji dan diduga waktu pandemic ni kehilangan tersayang, sakit, hilang kerja harap semua terus kuat dan dipayungi dengan rahmat dan kasih sayangNYA. 

Jadi apakah update terbahru setelah mengharungi 7 bulan tahun 2021??

1. Mak dah dapat full dos vaksin. Jangan tanya jenama apa nanti kena maki berjemaah.

2 .Sykur sesyukur syukurnya tiada ahli keluarga/sedara yang sakit/masuk hospital/ICU sebab Covid-19 ni dan tiada yang melarat sebab PKP. Semua masih diberikan kesihatan yang baik.

3. Raya Aidilfitri dan Aidiladha macam biasa tak boleh balik kampung walau satu negeri. (daerah lain). Tapi tetaplah merasa raya durian gituh. Meriahkn diri sendiri dgn setting table cantik-cantik.

4. My dear daughter dah dapat result SPM 10 jun 2021 dan alhamdulillah target tercapai. Dan telah ditawarkan ke Institut Pendidikan Guru (TESL) pada September ni. Tahniah akak semoga berjaya dunia akhirat. 

5. Kerja masih WHF/WFO dan sesekali pergi kerja bersiap macam nak pi dinner punya excited lama tak kuar rumah.

6. Masih IF dan maintain hingga kini. Tetap selalu dapat pujian ratu/macam retis dan segak sokmo haha perasaan.. inspirasi untuk diri di usia kertu ni.

7. Masih bersenam 30 minit sekurang-kurangnya sekali sehari untuk imbangkan mental dan fizikal. Briskwalk  tengok pokok, langit biru dan tasik rumput-rumput hijau semua tu sangat elok keep you on the ground. Sebelum ni pernah kena PKPD stress terok rasa bila takleh bersenam dan briskwalk kat taman. Baru tau nikmat jalan tepi rumah pun sangat penting okay.


Dapat vaksin full dah..first dos rasa jgk demam, lenguh, selera tmbh dan ngantuk..dos kedua tak rasa apa dah


abaikan awek yang perasan tu..nak cucuk vaksin kemain dressing semua pastu jenuh nk kena senting lengan baju haha

juadah simple Raya Haji

musim buah

rendang ayam

juadah Raya Aidilfitri

masa ni rajin msk..ketupat,Nasi impit, rendang,masak lodeh

makan dengan kakak kita je


nah sebakul durian kenduri..mkn smpai mak kau hijau

bila malas beli je pulut

hadiah utk budak capai target SPM


hadiah birthday girl yg lahir bln Jun


kena briskwalk selalu untuk kesihatan

diet tetap jaga

menu Intermittent fasting kita

sekali sekala order scone Cameron Highland


Yang penting dalam apapun situasi kitalah yang kontrol. Pemikiran tu sangat penting. Buatlah small things tapi bagi kita happy. Anything.


Yang ada family perlu ditanggung..yg ada beban perlu digalas..semoga terus diberi ketabahan