Chiang Rai Night Bazaar

Lepas balik tour dah lewat dalam pukul 8 malam. Balik mandi solat dan tetap lah gigih ke pasar malam Chiang rai ni.

Ada 2 tempat pasar malam sini- kat tengah Chiang Rai town(tepi termnal bas) dan lagi satu kat roundbout. Boleh jalan kaki walau kat roundbout tu macam jauh sikit. Pasar malam dia panjang dan puas la menjelajah. Ada makanan halal jugak kat sini. Diorg happy tau tengok muslim datang sini sebab kat sini muslim tkalah banyak macam kat Hatyai nun.


ni kat tepi terminal bas tu-almost selalu ada

kalo weekend sesak la


ada tempat makan jugak


ada stage untuk culture show

boleh tengok free show

lembut lembai depa ni menari

banyak kali kedai muslim ni-roti prata/pancake banyak variety.
Ada perisa pisang coklat semua la


harga reasonable-rotee katanya-sempoi dia ni peramah dan mesra

jalan sikit jumpa pasar mlm roundbout tu. Kalo ko pergi pasar malam kat terninal bas tu tu kosong makna depa berniaga sini pulak..jadi jalan sikit ke roundbout

tipikal snek tailand-ulat goreng

serangga goreng berempah

ni la roti coklat tu

ni teloq sotong- sedap weiii mcm kerabu


sini meriah jugak ada tarian jalanan

ada kerusi tempat makan

buah pun banyak

t-shirt


Sepanjang kat sini boleh kata hari-hari jejak night bazaar ni. Tak habis-habis membeli itu ini.

Tu yang happening kalo dok area town senang nak merayap malam-malam pun.

Selalunya sebelum ke night bazaar kami dinner dulu kt kedai halal dekat terminal bas. Sedap dan  harga murah.

Roti pisang ni..sedap

Order nasi,tomyam,kailan..pad Thai..fuhh nikmat


Memang kaw tomyam udang ni

Pad Thai ni sedap namateyy


Muzium Candu/opium di Golden Triangle Thailand

 Ini adalah muzium milik peribadi yang terletak di 221 Mu 1, Tambon Wiang, 2 kilometer dari Segitiga Emas, dalam perjalanan ke Doi Sa-ngoa. Tiket masuk 50 baht (RM 6.50)

Ia menyingkap sejarah perdagangan dan penggunaan candu di Segitiga Emas, yang diperkenalkan oleh pendatang suku bukit dari selatan China.

Muzium ini juga memperlihatkan gaya hidup suku kaum etnik bukit selama 12 bulan, dengan kitaran penanaman popi- perdagangan candu di kawasan itu, perdagangan dadah di wilayah Segitiga Emas, dan Khun Sa (Zhang Qifu).

Isu konflik antara etnik di Segitiga Emas adalah highlight utama di muzium ini, di mana ia mempamerkan peralatan candu, laluan perdagangan dadah dari selatan China ke Thailand, simulasi dan budaya orang-orang suku etnik bukit yang merokok candu di dalam rumah yang menyerupai pondok dengan atap jerami atau jerami, serta bahaya dadah dan nyawa di Sungai Mekong.

Buka setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam dengan yuran masuk 50 Baht. Untuk maklumat lebih lanjut, Tel: 0 5378 4060, Faks: 0 5378 4062, www. houseofopium


berbaloi la pi...cantik terjaga

kecik tapi cantik

landskap kawasan opium..merupakan pengeluar candu terbesar dunia sebelum diambil alih oleh Aghanistan. Menggunakan keldai sebagai pengangkutan candu pada era kegemilangannya sebagai pusat pengeluar candu terbesar dunia


etnik-etnik yang terlibat dalam zaman emas candu..menanam, menuai dan menjual opium bagi kegunaan dadah sintetik


ni cara betul hisap candu- kena baring gituh dan sedut penuh nikmat.
Memang candu ni bagi kesan yang mendalam kepada penduduk sekitar GT ni- pembunuhan, peperangan, persaingan merebut kuasa dicetuskan candu

ni pokok candu

antara yang dipamerkan- budaya etnik bukit

Suku kaum Akha ada 3 kumpulan sub.

tandas dalam ni cantik dan bersih

peralatan menghisap candu

suku kaum Lahu

kat pintu keluar ada jual sobenir

bendera Thailand-request by anak dara kita


depa ni pun pakai rantai leher untuk keselamatan dari dibaham harimau. Dah dok kat kawasan hutan gunung memanglah ancaman tu tinggi

ok dah jom balik. Letih dah sehari ikut tour.


Golden Triangle Chiang Rai- titik pertemuan 3 negara

Moh kasik habis bab Chiang Rai ni teruss selagi takleh travel obersi.

 Segitiga Emas (สามเหลี่ยม ทองคำ Saam Liam Thong Kham) berada di wilayah Chiang Rai, di utara Thailand. Nama Inggeris yang berasal dari pertemuan Laos, Myanmar dan Thailand di sini, tetapi bagi penduduk tempatan itu Sop Ruak, kerana di sinilah Mekong bertemu dengan Sungai Ruak.

Secara historical Segitiga Emas telah menjadi kawasan yang terkenal dengan penanaman candu, dan lanskapnya berbukit, dibahagi dengan Sungai Ruak yang mengalir ke Sungai Mekong (Mae Khong). Sungai-sungai ini membentuk sempadan semula jadi antara tiga negara Laos (di sebelah timur Mekong), Myanmar (di sebelah utara Ruak), dan Thailand (di sebelah barat Mae Khong).

Pada masa lalu, Segitiga Emas adalah sumber perdagangan dadah terbesar di dunia kerana lokasinya yang istimewa terletak di banyak negara. Walau bagaimanapun, ia kini dijaga dengan baik dan menjadi tarikan pelancongan yang popular. 

Segitiga Emas adalah kawasan di bagian utara Asia Tenggara yang meliputi Burma, utara Laos dan bagian utara Thailand. Disebut 'emas' kerana kekayaan kawasan ini berasal dari emas hitam atau opium. Kawasan ini merupakan pengeluar candu serta heroin yang paling utama di Asia Tenggara. Dahulu selama ratusan tahun komoditi utama yang diperdagangkan di Segitiga emas adalah teh, giok dan jati. Ubat bius diperkenalkan oleh penjajah Inggeris menggunakan pokok poppi yang menghasilkan opium untuk pasaran Cina, keuntungan yang mengkayakan syarikat British East India Company dan pemerintah Inggeris waktu itu.

Kawasan Segitiga Emas seluas 950.000 km 2 di antara pertemuan Sungai Ruak dan sungai Mekong. Daerah terpencil bergunung-gunung dan hutan lebat ini didiami oleh suku Shan, Tai Lu dan Hmong, Akha, Lisu, Yao, dan suku-suku lain yang lebih kecil.

Kekuatan politik/tentera di daerah yang menjadi bahagian Laos dan Thailand dikuasai oleh gerila yang bertahan dari perdagangan bahan ubat terlarang. Hal ini masih berlaku di timur laut Myanmar. Setelah perang saudara di Cina, unit tentara Republik (Kuomintang) bergerak ke utara Thailand, berebut wilayah dengan Tentara Pemerintah Shan di bawah komando Khun Sa. Akibat konflik perebutan kuasa ni dan kempen kerajaan/perjanjian antarabangsa/ permodenan ekonomi maka GT ni makin lama beralih kebergantungannya daripada pokok popi ke sektor tourism dan lain-lain.

Masa sampai GT ni macam best je nampak..sebab dgn sungai yang luas tu..suasana international sangat.

Tengok kat bawah sungai tu ada tourist yang naik bot cross border Laos/Myanmar lagi la mak tak rilek huhuh. Apakan daya..masa sampai GT ni pun dah kul 4-5 ptg camtu. Mana sempat nak cross bagai. Sebab GT ni antara last spot dalam package. 

2 sungai 3 negara- sungai yang menemukan dan memisahkan 
Thai ditengah, Myanmar di kiri Dan Laos di kanan

landmark dia


ni lah peta pengeluaran utama heroin bagi kegunaan dadah sintetik

statue buddha banyak 

ada dataran tepi sungai

ada bot tourist

tak sempat oii nak naik bot pergi jejak 2 negara ni-laos dan myanmar..seberang sungai tu dah Laos.
Sedihhh oii tengok depa cross border tu naik bottt..nak ikutttttt



tempat tourist mesti ada orang jual benda cenggini

sana sini ada patung buddha

comel kan


dia bg jarak dari Chiang rai 69 km je

Datang sini kalau banyak masa boleh naik bot pergi jejak negara berdekatan macam Laos dan Myanmar. Ada pasar kat situ dan boleh merasa rentas sungai.

Dari kawasan Dataran Golden Triangle ni boleh juga jalan kaki ke muzium candu. 

Kalau macam Mak dtg Golden Triangle dan tak ke seberang jejak Laos/Myanmar..rasa ralat la sebab masa suntuk...better la amik package yg include naik bot ke negara jiran..kau boleh skip je Ladang Teh atau Blue Temple. 

Bagi aku la kalau dtg Chiang Rai-  fokus kpd cross Maesai border ke Myanmar..dan naik bot ke Laos Myanmar bila ke sini. Baru puas ati. Sb tu kdg bila kita yg backpack buat customized itenary lg berbaloi.