Door lock problem |
Bagi aku senang maintain kereta tempatan,sparepart murah dan mekanik kg pun boleh repair.
Gen2 aku ni pun mantap lagi..stabil dan handling best.Dah 7tahun,yg first model tahun 2004.
Masalah door lock yang lain-lain masih boleh ok.Siapa kata kereta tempatan tak power dan banyak masalah?Honda,toyota yang dah lama gile establish pun boleh buat recall balik,inikan pulak proton.
Aku tetap sokong proton..patriotik sikit.
Pada pagi ni,keluar rumah mcm biasa,then terus start enjin kereta aku..terkejut beruknya aku bila kereta tak boleh start.Langsung tiada respon.Macam bateri kong.lampu pun tak menyala langsung.
Dah lah pagi tu my daughter exam.Aduh,kredit pulak run out.
Then,pegi kedai runcit kt umh,kaunter top-up tak buka lagi pulak...betul mencabar kesabaran diri ni..dalam hati mengutuk diri sendiri sebab tak standby kad top-up.
Akal dah mati...then nak tak nak kenalah fikir alternatif lain.Last-last,aku dengan muka tak malu mintak pinjam motor dari salesgirl kat kedai tu.Mungkin dia kesian...dia bagi aku kunci motor dan helmet.
Alhamdulillah.So terus pi hantar anak ke sekolah.Merempit dengan jayanya sepanjang highway..
Balik tu,terus top-up dan mintak tolong orang jumper star kereta Gen2 aku tu.Diorang kata bateri cap longgar.
So,Terus drive ke bengkel,matikan enjin.Orang kata kalau bateri kong,tak boleh matikan enjin sebab nanti tak dapat start balik.Tapi elok pulak dia hidup bila aku matikan enjin (tapi depan bengkel la..saja test power).Lepas tu terus buat servis kereta.Mekanik check bateri,masih elok lagi..
All the service,engine oil,filter oil,gearbox oil been done on the same day.Battery still ok,maybe the battery cap loose.I top up my power steering oil too.Servis+minyak enjin+filter+minyak gearbox (3 botol)+power steering oil semua sekali dlm RM200++ gak.Dah lupa.
Then a few days later,facing another problem.
The D gear are not pick up and loose when drive.Tengah drive tetiba enjin mati..kena ke tepi jln matikan enjin,tunggu kejap dan hidupkan balik.Pastu jadi balik.
Another car mechanic called,this time he checked the engine with the electronic device and tuning the engine.Cost about RM50.
After the tuning,feel the car engine more pick up and smooth.
I wish in the meantime the car in a good condition.
This month a bit tough to my budget..
Gen2 oh Gen2..janganlah kau buat hal lagi..Body sume dah lawa...engine pun byk yg tukar spare part.
Kalau kena tukar gearbox,mau menangis aku..mahal wooo...
Tido malam pun tak lena fikir pasal keta.
Masalah Kereta Gen2 aku:
1.Kurang pick up untuk Auto tranmision.Sebab dah terbiasa bawa manual..bila bawa auto agak lembab sikit aku rasa..kadang tu tersengguk sengguk bila di laluan bumper dan trafic light.
2.Fuel cosumption.(ni yang eden tak gemor!!) Pada aku petrol memang kuat...meter fuel cepat je turun jarum nya..nasib lah.Tapi lepas servis..dah ok..minyak jimat.Gen2 auto jimat kalau drive highway..Sungai Petani-Seremban, tuang RM70 tak abis pun.
3.Steering mudah terkelupas-memang yang ni aku kena guna jugak.
4.Minyak hitam-aku tak guna fully sintetik.Guna Shell Helix biasa jer.Masa servis aritu tukar minyak enjin,oil filter,oil treatment semua pakej RM88.Then tukar Gearbox oil nasa Rm18/sebotol.Guna 3botol.
5.Alternator,mounting,gasket semua masih baru,malah tayar pun masih baru.
6.Rasanya masa kereta tak boleh start sebab cap bateri longgar sebab bila g kedai bateri dia check guna meter bateri tu,jarum menunjukkan angka hijau,maknanya bateri tu masih elok lagi.
7.Sejak gearbox aku macam pening,tgh drive tetiba loose gear D tu,aku pi check dgn proton device apatah nama yang boleh detect dan tuning sistem elektronik Gen2.Mula tu tak dapat detach..tapi tak taulah mekanik tu tuning mcmana tetiba jadi smooth pulak lepas tu.Hrp oklah...kena upah Rm50 untuk tuning tu..ceh aku ingat free jek..sebab setakat baca meter dan sistem dia.Rupanya mahal juga..kalau rm5 ke,Rm10 pun ok jgk..kiki sebab aku tengok kejap jer dia tuning and check.hampeh.
8.Kebaikan gen@ ni sebab body nya lawa,porty dan cun...Waja mcm keta orang tua sikit..tu sebab aku amik Gen2 walau orang kata Waja performance lagi mantap.
9.Aku juga telah tambah minyak power steering sebab dah sampai tahap minimum.Minyak brake aku mintak tolong mekanik check,dia kata penuh lagi.
10.Brake Gen2 aku asik bunyi menjerit dan kuat bila nak berhenti.Aku pi kedai buat.Dia buka tayar semua dan cuci brake disc.Sebab mula tu ingat brake pad haus rupanya masih tebal lagi.Lepas buat tu,dah tak berbunyi tapi masih ada lagi kadang-kadang tu.Pomen tu cakap sebab pasir..tembak air jer dah ok.Tapi aku tak buat lagi pun...nak cuci kereta pun malas.
11.Disebabkan aku sengsorang dengan anak2 sahaja maka terpaksalah aku lebih alert dengan keadaan Gen2 aku tu..nanti rosak susah pulak.Kena pi sendiri hantar kedai dan servis sendiri.Tapi kan Allah tu Maha Kaya sebab ada jer orang sudi tolong aku.
Masa aku servis aritu ada brader polis tu tolong tunggu kereta aku sampai siap dan dia tgk mekanik tu tukar semua.Lama pulak tu sampai 4jam sebab ingat nak buat alignment dan balancing tapi tak jadi sebab dah lewat.Then dia jugak bawak aku ke kedai spare part kereta dan rekomen bengkel yang ok.
Banyak jugak mekanik kereta bagi tip-tip penjagaan kereta kat aku.Antaranya:
i.Jangan pusing power steering sampai habis dan berbunyi 'kuk' sebab ia mempercepatkan kerosakan steering.
ii..Minyak petrol Petronas baik untuk pembakaran dan pembersihan enjin
iii.Sebelum matikan enjin kereta,tutup semua cd player dan air-cond kerana ia boleh memanjangkan hayat bateri.
vi.Rupanya baru aku tau,kereta auto hanya boleh jumper sahaja.Kereta manual boleh jumper dan tolak untuk menghidupkan enjin jika bateri kong.
Gen2 menggunakan bateri70..yg besar..masalah kereta aku menggunakan bateri 60 jadi agak kecil dan bateri bergerak kerana tak fit dengan tapak bateri.So kena pasang penambat bateri..
Enjin campro generasi 1st Gen2 lebih baik dari CPS dari segi maintenance.Sebab CPS lebih byk menggunakan sistem elektronik jadi bermasalah kepada mekanik yang tiada alat tersebut untuk kenalpasti kerosakan.Betul ker??
Yang lain-lain aku dah lupa..nanti kalau ingat aku update balik.Makcik dah tua...
Boleh tak buat mcm ni??mesti mekanik yang terbaikkkk datang tolong... |
Hari ni 2/5/2011,Gen2 aku buat problem lagi...
Semalam semasa drive balik,dia buat hal lagi.
Semasa hujan yang lebat tu,gear D tetiba loose.Yang aku perasan bila lampu eksos menyala,mesti dia akan loose gear D tu.Dalam 7 kali juga aku kena berhenti di tepi highway.Matikan enjin,masukkan gear P.Then start balik dan masuk gear D.Ok la kejap pastu jadi balik.Tak faham aku...adoyai...
Dekat traffic light pulak tu...bahaya betul.
Takkan sebab aku tukar eksos standard dia jadi camtu?Sebelum ni eksos yang turbo bising tu..tapi aku tukar.Sebab pull attantion sangat,lagipun aku bukan nak race.
Then,masa drive tu aku speed 110/km kat highway elok pulak dia..smooth.Mangkuk betul.
Aku dah malas nak pi tengok kat bengkel.Buat masa skrg,aku guna jer dulu.Kalau dia buat hal aku guna teknik yang sama dulu,stop and restart.
Buat tuning guna elektronic device pun sama jugak,menghabiskan boreh jek.
Takpelah skrg aku tgk performance dia dulu.Fahami dulu perangai kereta aku.Pergi hantar bengkel,dia check dan tukar sana sini pun no point.
Malas dah aku,asik hantar bengkel jek tapi still menghadapi problem yang sama.
Aku tunggu sampai memang tak boleh jalan ,bila dah teruk sangat baru aku pi hantar.Sebab kalau rosak sikit mungkin mekanik pun tak dapat detach lagi (boleh guna tak alasan ni??).
Hari ni,15 May 2011,Gen2 aku masih menghadapi problem yang sama.
Gear D loose tetiba semasa tengah drive.Tapi aku buat bodoh jek,sebab ada yang kata injection,ada yang kata kabel minyak tak sampai.
Aku guna jer la dulu lagipun aku bukan dok KL yang kereta banyak.Dok kat area border ni rilek jer,masih boleh bersabar dengan kereta yang kronik tu.
Apapun bagi aku,handling Gen2 memang mantap dan best.Tentulah berbeza dengan Kancil.Myvi.Wira,Waja dan setara dengannya.Kt highway speed 160/170 perkm pun stabil dan mantop lagik...
26/5/2011
So,dh sebulan Gen2 aku problem.Dah hantar pi Proton Servis.Mekanik dah check dgn electronic device,dia kata takder problem apa.Then,dia buat centre lock,kena RM90.Siap service caj and gov tax sume Rm157.00.Cekik darah!!tu baru buat centre lock.Sebab pintu dah takleh buka dari luar di bahagian penumpang.Orang proton ckp,Gen2 takleh kunci manual kena guna alarm jgk..selama ni aku guna manual jek sb alarm macam problem.Aku buat tu kejap je dah rosak balik..huh
Dah kurang prob gear loose tu..dah proton pun takleh detach problem tu dan mekanik kata keta ok,takder problem.So,pakai je la kan..
8/6/2011:
Recently gen2 aku dah ok,lepas hantar proton utk betulkan centre lock dan check electronik..nasib baik bkn gearbox.Mungkin gen2 tu saja nak testing aku kot..drive g Melaka baru ni pun takder masalah.
Jan 2012:Aku balik Seremban aritu..saja survey kat kedai potong area seremban yg byk2 tu..bestnya area tu..sng kalau nk cr sparepart.proton servis pn ada..Nk buat alarm sb pintu problem,takleh buka dari dalam(drivers door).Proton caj RM2k.So pi buat kedai biasa,kena RM500.Alarm dan pintu dah ok skrg.Bateri baru tukar,yokohama kering RM190,N60.mahainya..rasa mcm je br beli harga bateri RM150 years ago.
Dulu masa nk amik gen2 ni,puas survey internet..sb nk tgk review dan byk yg negatif.Aku beli secondhand,thn 2004 kenalah hati2.Jadi byk komen yg kutuk keta proton ni.Tp aku tak kira,amik jugak sb sporty,paling penting sparepart senang cari dan semua mekanik boleh bikin.Tapi percayalah..keta gen2 ni tak teruk mana pun yg diwar-warkn tu..enjin steady je.Kerosakan yang ada sikit-sikit je,takdelah sampai tersadai kat umah mcm insan-insan yg pakai keta sejuk yg takde bajet nk repair.(chevy,kia,conti dll).
Pengalaman,boleh survey dan baca kutukan tapi bila dah pakai baru tau semua yg buruk tu taklah benar 100%. Sb biasalah akn ada insan2 yg suka tambah benda2 kecik dan boleh pengaruh org jgn beli.Overall lepas amik gen2 secondhand ni,aku servis dan tukar sikit2 tak sampai pun 2k lagi...tp drive merata dh..alhamdulillah dpt keta 2nd yg mantap.Moral of story for Secondhand car better beli keta malaysia-lasak,sparepart senang/harga ok dan malam pun tido lena.Percayalah sedikit benda negatif orang akan sebarkan seribu kali tp g positif orang takkan puji.Sian proton.
But ni utk yg bajet nyawa2 ikan cam aku la..yg ada duit lebih sila beli keta import.tak perlu kutuk keta proton bagai kalau dah mental set 'proton car is disaster'.Tgk org len pakai chevy dan KIA lagi seksa...better proton.Hidup Proton.
huhuhuh..tau xper..kete saya gen2 gak..mesti ader rosak..tp xder la teruk..
ReplyDeleteNasib kita serupa Cik Chipsmore..kena sabaq byk2 dgn Gen2 ni..tapi yang pasti enjin taklah kacau sgt kn...cuma lock door tu 3,4 kali repair pun dok prob lagi..stkt ni gen2 saya dah ok,cuma pintu je sebelah passanger takleh bukak dr luar.
ReplyDeletekerta sy gen2 gak. alarm system dia tak betul lah. bila tekan alarm, bunyi but pintu tak locked. ada blink2 merah kat dashboard. then batery kong. its keep on repeating the same thing. fed up. mcm mana nak solve ye?
ReplyDeleteAR,
ReplyDeleteGen2 memang selalu kacau kat alarm.Sebab guna elektronik tuning.
But setakat ni,Gen2 saya dah ok,pintu pun dah setel problem.
Rasa kena gak hantar kat Proton utk check elektronik setting kot.
Saya nak tau kenapa susah pula nak start Gen 2. Setakat 6 tahun pakai ni la first time. Yang peliknya ianya berlaku semasa saya dah dapat buyer kejap tadi. Kuasa Allah Taala.
ReplyDeletemasalah pintu x blh nk bakak dri luar..kne tgk btol2..
ReplyDeletesllu lock dia terlucut dri lock dia...sbb tu x blh nk bakak dri luar..
sy dh psng dkt gen2 alhmdllah la..smua ok..
klau mslh ssh nk start bro kasi detail sikit..
mcm mne..dia ssh nk hdup ke..
klau ssh nk start ni biasa dri relay stater..klau ssh nk hdup tu mslh dri sensor...
bro kne hati2 dkt knci gen2 mne yg trbaru ni..dia ada cip dkt dlm remote knci sbsr kuaci hmster...
klau cip tu xde pon mmng ssh nk hdup..mlainkn bro buat direc..
Nissan adresoat terbaik
ReplyDeleteNissan adresoat terbaik
ReplyDeleteSaya pun guna gen2 2004 (secondhand). Dari beli smpai skrg xde lg problem besar atau tukar2 sparepart. Cuma sy ontime service dan gunakan minyak semi-synthetic. Body gen2 ni berat, so klau pecut kt highway tu steady je...stabil. sy pun slalu drive long distance (KL - Terengganu). Overheat skali tu pernahla. Gen2 klau faham perangai kete ni bole pkai lama..
ReplyDeleteBetul..kereta saya pun masih ok..handling mantap sampai skrg
DeleteYeay...gen2 Auto..nk dekat 11 tahun Da guna..alhamdulillah..still mantop..kereta tuk cari rezki..kena paham dia..redha terima dia..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBetul..keta saya dh 11 tahun still maintain
Deletebtoi tu..sy pgguna Gen2 2004..sume original proton lg..tapi baru2 ni je overhaul..Bajet RM3k..tu pon sbb pomen yg servis kereta tu ikat nat bwh x ketat..pdhal baru servis sehari sblom kejadian leaking tu..claim terus.. lantak la kena potong gaji ke apa..sapa suruh buat kje x btoi2..xkisah la budak baru ke x.. dh la bg calar kereta..tu pon sy blh kawtim lg..x psai2 baby sy dpt jantung baru...
DeleteI pakai gen2. Dah 10 thn.. kalau ada jaga baik2.. x ada masaalah..
ReplyDeleteI pakai gen2. Dah 10 thn.. kalau ada jaga baik2.. x ada masaalah..
ReplyDeleteSaya baru beli gen2 2nd hand thn 2007 handling smua bgus problem skit2 ja baru ni engine mati tiba2 temp. naik start xbleh rupanya hos radiator bocor. Mileage dpat lebih klau speed 120 ke atas.
ReplyDeleteGood info.. yg laki ni pon 'buta huruf'
ReplyDeleteGood info.. yg laki ni pon 'buta huruf'
ReplyDeletejadinya gen2 second hand worth ke tak utk beli? sebab nak beli .
ReplyDeletenak tanye..knpe gen2 saye time sejuk ssh start pstu kalau hidup pon bunyik mcm overflow..mengelodak bunyi die then sy kene rev dlu hilangkan sebu tu pastu ok dah..nape ye?Tb plug sensor semua da check..
ReplyDeleteSejak beli tahun 2008.. 1st problem bawah carpet basah... ..basah banyak. Ptoton pun xdpt setel atau mls.2nd.. alatm rtmote xperbah guna sejak dr dulu.door lock problem... lampu selalu tetiba menysla ketika park.power window selalu wirerope terbelit dan sangkut.
ReplyDeletemcm keta berhantu je bila bca lampu salu tetiba nyala msa park..btw p.window bkn jns kabel tp gigi..klu buka cover pntu dh blh setel sndri mslh tgkp tu..
Deletesama la bawah karpet basah.. haha.. seriously berhantu? 🤣
DeleteSlm, nk tanya soket untuk sambung ke komputer untuk tunening x berfungsi, adakah masallah computer box. Gen2 2006
ReplyDelete