Meeting tips don't and DON'T .a.k.a Meeting disaster



Aku dah banyak kali kena smack dalam meeting.Tapi takper...aku kan budak baru,so it's forgiven.(note to myself).

Buah nangka di luar pagar
Ambil galah  bawa pi berkhemah
Saya budak baru belajar
Kalau salah silalah marah..

Meeting bebaru ni mencabar tahap kesabaran diri yang dah separa nak mati.
Yang anda jangan buat,tak payah nak buat dan toksah gatai-gatai nak buat dalam meeting dengan Pengarah,dipengerusikan oleh Pengarah dan kawasan sama waktu dengannya ialah:

1.Jangan dok tunjuk macam anda jer busy-
Moral of story,jangan dok gatai pi pegang hp,main hp,bercakap bisik-bisik dengan orang sebelah.Yang ni peringatan utk kengkawan aku yang mulut dok pot-pet dan aku malas nak layan.Tambah lagi yang belum sarapan pagi dan mulut macam tempayan busuk.Hilang mood beta.Lagipun pagi-pagi aku malas nak dengar org membebel sebab lepas ni nak dengar Boss membebel pulak.Telinga aku bukan open 24hrs/day,7 days a week and 365 days a year macanm KFC tu.
Tapi kalau Pengerusi yg dok asik msg,email kat hp buat-buat mcm tak nampak dah la...sb dia boss suka hati la dia nak buat apapun.Boss is always right...

2.Jangan cakap dengan jujur dan lurus-
Walaupun orang kata kebenaran tu pahit dan harus diakui tapi dalam meeting tak payah gatai mulut pi cerita kat Tuan Pengerusi apa masalah jabatan anda.Bila pi bagitau masalah jabatan/dept/,bermakna anda seorang yang tak reti nak manage dan handle jabatan anda sendiri.Makna seluar dalam yang koyak pun anda  tak reti nak ganti dan belii.Walaupun Boss anda dengan lemah lembut tanya,"Siapa lagi ada masalah dalam projek ni?"...jgn tergodaaa.Ingat.Tu semua propaganda semata.Walau masalah anda besar  macam misi nak bunuh Osama Bin Laden pun,JGN MENTION.Walau ada masalah kewangan untuk run projek riban-riban tapi Boss bagi budget tak sampai 10%,tak payah nak mengadu.Boss yang bg budget banyak tu,berrmakna dia dah tau masalah budget tu.Toksah gatai mention"kami tak cukup peruntukan untuk projek ni',bermakna mengorek lubang kubur sendiri.
Pandai-pandailah usahakan nak korek duit tu dari mana,nak cari YB mana utk minta sponsor janji jgn bgtau benda ni dlm meeting.Di sebabkan hal ni je...aku mengutarakan isu peruntukan tak cukup,semua abis kena brainwash dan semua jabatan yang tadi bising pasal peruntukan tak cukup terus terdiam dengar hujah boss bahawasanya Ketua Jab/dept mesti pandai generate income sendiri bukan hanya tunggu disuapakan sahaja dan generate income jab/dept adalah KPI semua pegawai-pegawai (yg dtg lambat dan balik awai..haha..).Hero tak aku??Aku bkn ketua dept mana-mana pun....(ketua jamban ye kot..)tp dh bos dept suh pi wakil,aku kenalah pi jgk.
Pekara kedua ni bersambung di tip nombor 3.

3.Jangan tunjuk hero dengan mengutarakan prob kepada Boss-
Yang ini bermakna jgn gatai mulut bgtau masalah semua dept kepada boss.Yg mana selalunya masalah semua dept ialah peruntukan kewangan tak cukup.Projek hebat dan juta-juta tapi peruntukan mcm nak bina reban ayam.
Ni juga cerminan kepada sidang parlimen negara.YB,ADUN,Ahli Parlimen semua bagitau yang indah-indah dalam sidang yang rakyat jelata hidup dengan baik padahal ada ramai lagi yang hidup dalam gudang,dlm setinggan dan tercicir dari arus pemodenan negara dan nak isi petrol Rm50 seminggu pun senak peruttt. (apa aku membebel ni).
Bgtau ceritera yang  Boss NAK dengar,yang indah mcm dlm kayangan,bukan yang buat Boss anda rasa seperti dia Boss yang TERUK!!,bukan yang bagi dia rasa dia Boss yang kedekut nak mampus.(walau hakikatnya dia lebih mengetahui yg dia tu dah ngalahkan Haji Bakhil..)
Jadi jangan tunjuk hero bagitau semua masalah dept lain melainkan anda Karam Sigh Walia.
Sebab lepas tu Boss akan aim,smack anda kerana takder creative thinking how to generate income.Got it??

4.Jangan explain lebih-lebih dlm meeting-
Yang ni aku dah kena..Sebab bila boss nak update dari each of dept,bgtau yang perlu je.Tak payah dok pi explain mcm ngajar budak sekolah.Kdg tu tak sempat nak ckp lg tp bos dah potong ckp kita dan bg idea lain.Takper...angguk dan ok kan saja.Jgn melawan boss ok,bad for your pocket.Boss nak tau update jer,bkn mcmana kita buat.

5.Jgn pi meeting buta jer...which is please Prepare for your meeting-
Siapkan update pekara-pekara yg jd tanggungjwb anda.Jgn pi meeting buta jer walau sekadar wakil dept.
Kang tak pasal-pasal kena tanya dan anda tegagap nak jawap dan yg anda boleh jwb hanyalah'saya tak pasti,nanti sy check'.Tu maknanya sengaja tak mau naik gaji dan tak mau dpt promotion position.Ataupun mcm aku mula-mula dulu time boss query dept lain dulu (nasib baik..) aku time tu pergi ladies dan call tanya update.Haa,kan dh susah?pastu sibuk msg tnya apa update pd pengarah projek.Kena plak time Pengarah projek tgh tido ker,tgh mkn ke dan tak jwb hp,tak ke haru??

5.Jgn tido/khayal dlm meeting-
Pastu sibuk nak tanya ahli mesyuarat lain apa yang dibincang.Hello,kalau mcm tu apakata bg jer aku jd secretary kau.Sebab aku ni mmg sorang yang amat beri tumpuan dalam meeting jadi aku tak suka orang dok attend  meeting pastu tanya balik bila dah terlepas point.


"If you want to know what a man's like, take a good look at how he treats his inferiors, not his equals." -J.K Rowling

No comments:

Post a Comment