Sarawak - Kampung Budaya Sarawak Part 1

Tidaklah lengkap kunjungan ke Kuching tanpa lawatan ke kampung Budaya Sarawak kan. Masa mula nak pergi, aku dah godek-godek cemana nak pergi ke sini dengan public transport dan nak yang paling murah. Malangnya takde info pasal tu kecuali dari Damai hotel ke apakah. Jadi nak tak nak aku terpaksa amik tour ke sini sementelaah bawak sikecik tu. Kalo sorang, jalan kaki pun ada aku kesah.
Agak mahal nak kesini sebenarnya ke aku yang tak reti cari cara yang lebih murah?
Untuk tour ni selama 4 jam termasuk ke muzium kucing adalah RM125 dewasa. Kanak-kanak RM55.
Jadi kena bayar RM220. Driver cum tour guide.
Tour ni boleh pilih pagi dan petang iaitu pukul 8.30 pagi atau 12 tengahari. Waktu adalah ditetapkan agar pengunjung dapat menyaksikan pertunjukan budaya di Sarawak Culture Village (SCV) pada pukul 11.30 pagi atau 4.00 petang.
Oleh kerana panjang dan banyak gambar dalam entry berkenaan SCV ni, maka aku buat 2 bahagian.

Dalam setiap rumah ni jugak ada jualan souvenir dan makanan tradisi mereka.
Bidayuh- jual gelang, beg dll
Iban- jual souvenir seperti aksesori gelang dll serta kuih macam kuih karas tu
Penan- boleh sumpit dengan bayaran Rm 1 untuk 3 anak panah
Orang Ulu- jual souvenir jugak dan kerepek ubi kayu
Melanau - Jual souvenir
Melayu - jual kuih baulu tradisi dan baulu coklat, sedap
Cina- jual kuih ang koo dan souvenir
pintu masuk


SCV ni berlatarkan Gunung Santubong.. dan memang terletak di area Santubong.
Gunung Santubong yang berkabus

 Dalam SCV ni ada 7 buah rumah tradisi iaitu Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan Cina. Ada jugak restoren dan Dewan Lagenda. Kesemua rumah adalah tinggi untuk mengelak serangan musuh dan agak ngeri bagi yang takut ketinggian tu nak panjat.
Sepanjang laluan nak rumah-rumah ni adalah denai yang dibuat dari kayu dan aku terpikir cemana ia menahan beribu manusia semasa Festival Rainforest Music tu? yang menarik sehingga 20k pengunjung.
jalan ke rumah-rumah budaya

Rumah Bidayuh..headhunters



Ada jualan dalam setiap rumah.
Dan yang ini adalah rumah penan. Rumah penan paling kecil kerana mereka hidup nomad dan sangat ringkas.
rumah kaum Penan

Kemudian rumah Iban..rumah panjang yang besar dan dijual kuih macam kuih karas dalam ni.

Rumah Iban


Rumah Iban
mamat ni penari SCV adalah kachakkk..pahlawan iban nihhh

Then, rumah orang Ulu. Masa kami pergi ni ada Glomus kem apatah iaitu kem kebudayaan dan ramai peserta budaya dari seluruh dunia datang dengan latar belakang muzik yang ada. So setiap rumah dijadikan tempat mereka berlatih dan muzik bergema dalam rumah-rumah ni kecuali rumah tradisi Cina.
rumah orang ulu

masa ni ada kem budaya apatah..ramai mat saleh jd volunteer ajar budak2 kat sini


peserta kem berlatih dalam rumah ni
restoren yang mengecewakan

hanya dapat minum air dan makan ABC saja..semua food dah abis
Cuma agak tak best bila nak pergi makan kat restoren dalam ni, semua makanan dah habis..baik a la carte atau buffet. mungkin mereka sibuk served peserta kem tu..tapi kesianlah pengunjung lain yang belum makan lagi. Nasib aku dah lunch tadi sebelum datang. harga purata jus dan minuman adalah Rm 5. Dan makanan lebih kurang, Rm6- Rm10 ke atas. Boleh tahan. Ada set nasi lemak, nasi goreng, masakan Sarawak set dan lain-lain. Cuma ko mampu tengok menu je lah masa tu..order food di tutup. Kelemahan pengurusan disitu.
Dalam ni jugak ada surau dan toilet..luas kawasannya. Kita akan diberi passport untuk cop disetiap rumah yang kita pergi sebagai kenangan.
 Eh..kata ada part 2..ni letak ending awal pehal? (kecewa dengan restoren tu punya pasal)

No comments:

Post a Comment