Sarawak trip - Sarawak Culture Village Part 2

Selepas masuk ke rumah orang Ulu, jalan pulak ke Rumah Melanau. Melanau adalah suku kaum yang tinggal di pantai dan pendalaman. Yang mana di kawasan pantai lebih ramai menganut Islam kerana pengaruh pedagang Arab dan kawasan pendalaman lebih ramai Kristian akibat pengerakan Misionary kristian.
Taib Mahmud adalah dari kaum Melanau.

ruang dalam

loteng atas..ngeri nak panjat tangga yang dibuat dari batang pokok yang di takik


Dari rumah Melanau terus ke rumah Melayu.
Rumah melayu



Baulu perisa coklat ni terbaik..harga pun tak mahal
Dari sini boleh rumah tradisi kaum Cina yang mengusahakan lada.
Disini dijual kuih ang koo.
kuih ang koo..not bad
Pukul 4 petang, kami terus ke Dewan lagenda untuk pertunjukan budaya yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Persembahan ini sangat best pada aku dan berbaloi. Turn out, staf yang jaga rumah-rumah tu adalah penari budaya. Patutlah semua cantik dan hensem especially mamat yang jaga rumah Iban tu.
Cuma yang choiii adalah grup perempuan bertudung yang buat poyo tengok bontot mamat iban masa dia nak sumpit belon. Jadi dia macam tak selesa lah..tapi dia sporting dan kenakan mereka ni balik. Ayoo cik kak, sporting lah sikit nak tengok show orang asli nih. Tak payah nak ckp pasal aurat ke hapa dan pejam mata tengok maksiat. Kalo rasa tak boleh tengok jangan datang. Spoil betul diorang nih.

Tapi aku terpikir gak la kan..penari iban nih haruslah 'halusnya kulitmu sehalus sutera china.'' kerana dia hanya pakai underwear yang G-string tuh. Memang body dia awesome dan kulit cantik. Putih..so bukan senang nih nak menari kat sini. Kalo kulit bak buaya ke, berkurap panau ke, parut jatuh pokok ke, ko janganlah nak berangan okeh.
Mereka ni lebih cantik/kacak dari steward/stewardess dalam flight tuh.
pertunjukan kebudayaan Sarawak


Kemudian ini adalah rupa mamat kacak penari tu. Nilaikan sendiri kegebuan kulitnya. Terer dia buat lawak dan kenakan grup pompuan poyo bajet alim tu.



Pakai Fair and lovely satu badan ke dik?body dia mantoppp
Ko mampu kulit macam tu?
Overall, sesiapa yang pergi Kuching harus datang sini..biar tiket agak mahal (standard Hagia Sophia tuu) tapi berbaloi.

No comments:

Post a Comment