manusia yang tido di KLIA |
Sadiskan?? sedangkan orang Malaysia pun tak penah rasai kehebatan KLIA yang tiap tahun masuk dalam top ten SkyTrax best Airport in the world..(tahun 2011,2012) jadi aku memang sedaq diri aku golongan picisan.
Untuk itu, aku telah qada' kejakunan aku dengan tido di KLIA semalaman... tanpa gangguan siap cas henpon dan berselimut. Mimpi di atas kerusi KLIA yang agak selesa tu. Dan tinggalkan token air liur tak basi di kerusi . Tidur di KLIA bagi aku senang, takde gangguan cuma tunggulah time orang dah balik hantar nenek, tok sedara, pakcik bapak tiri diorang balik dulu sebelum ko dapat landing.
Walau ko tengok ramai je mamat Bangladesh, India dok tido terbongkang atas kerusi tu dan nampak fourty packs dikala orang tengah sesak tu, tak sampai hati Mak nak ikut tido beramai-ramai tengah alam tu. Nanti ramai beno nak berkenalan.
Tak seperti Airport India, hanya orang yang book flight je boleh masuk (kena tunjuk boarding pass) jadi laki bini pun semua kena dok tunggu luar, yang mana bagusnya sebab airport tak sesak. KLIA agak sesak sehingga jam 11 malam..lepas tu pilih lah tempat nak landing. Aku pilih di sudut kerusi tepi dinding dan tido aman hingga ke pagi. Backpack mak tapir tu letak atas troli yang bertindak sebagai dinding. Guna sweater sebagai jaket dan beg duit sebagai bantal. Kroh..kroh..kroh dengan sweet dream dating Tom Cruise kat Vienna.
Flight esok pagi dengan Qatar Airways.
Kemudian pagi tu..mak dok usha-usha cemana nak scan beg, scan segala macam di LCCT nun.
Kemudian mak tengok ramai warga India dan Bangladesh dok beratur bawak LCD segala tu untuk scan kat kastam..mak pun gigih ikut depa. Salah nok! ini untuk excess baggage sajok.. Sebab kat LCCT kena scan baggage maka aku pun gigih nak buat macam tu. Jadi di KLIA tak perlu scan baggage tu..ia akan scan nanti oleh airlines.
Kita hanya perlu scan hand luggage dan body sahaja masa nak ke balai berlepas tu. (2 kali scanning).
lobby kat KLIA |
Jadi inilah proses sebenar masa aku check-in di KLIA..senang sangat dan tak rumit macam airport tambang murah nun. Iskk..perbezaan kelas sungguh terasa..macam amik business class dan ekonomi class bezanya.
Walau zaman Antara Dua Darjat dah berlalu tapi jurang antara makcik kaya dan makcik miskin tetap wujud.
peta airport |
Add caption |
1. Mula sekali sampai airport naik ke tingkat atas..ikut je orang. Ada walking escalator untuk yang malas nak berjalan kat certain area.
Kemudia tengok kaunter airlines mana kau naik..Qatar ke, Turkish ke, MAS ke..bila dah buka baggage check-in counter terus pergi ke sana. Timbang berat dan bagi passport serta boarding pass kat staff tu.Beg tu akan dipos terus ke aircraft. Tak payah buat macam LCCT nun, kena scan sebelum drop kat kaunter.
kaunter airlines |
2. Lepas tu lenggang kangkung bawak hand luggage ke pemeriksaan kastam. Dia akan scan beg dan body sekali. Untuk yang ni, mak cadang tak perlu pakai seluar yang kena pakai belt. Hazab okeh sebab mak kena tanggal belt depan tu jugak dan angkat baju Mak yang vogue... Jadi pakai lah seluar yang legging ke, janji takde steel. Sebab masa ni kita akan kalut jugak dengan nak letak gadjet dalam box dan lain-lain. Tapi kalo uolls nak jugak pkai belt buleh je, tayang sikit six packs kat abang kastam tu.
3. Then masuk ke kawasan pemeriksaan passport. Untuk warga Malaysia, masuk je dalam Autogate (glass door..ruang letak passport tu, letak ibu jari kanan dan buat passport check-in di kiosk tu.). Ia akan scan passport serta cap jari. Bila dah ok, pintu otomatik terbuka dan bermakna kau dah dibenarkan keluar negara. Kemudian naik la Aerotrain ke balai berlepas.
Jauh jugak dari sini nak ke balai berlepas tu... lalu kat kawasan luar bangunan. Orang selalunya sesak macam naik LRT jadi hati-hati ok.
4. Keluar Aerotrain tu, ikut gate mana ko nak berlepas nanti . Dekat gate ni selagi tak buka line dia jangan dok menyibuk nak masuk. Jangan tunjuk jakun sangat nak masuk awai sebab takut kapai terbang tinggal ( Mak le tu)..sebab takkan berlaku benda selagi tak chek kastam . Tunggu staf dan kastam mai buka gate ni. Sini jugak ada plug untuk cas dan kerusi untuk duduk serta 2 biji pc untuk hilangkan bosan.
Bagi yang suka perati orang macam Mak ni haa, masa ni lah ko nampak semua reception dok menunggu depan gate tu sambil pegang tanda nama Mr Ali Baba la, Mr Robert Downey Jr la.. ni tetamu VIP yang baru turun dari kapai terbang nun dan dia tak perlu berjalan, boleh naik buggy airport tu. Syok nya jadi VIP nih..mak feeling nak couple dengan Tom Cruise lak lepas ni.
departure gate |
5. Bila dah sampai waktu untuk boarding, selalunya dalam 40 minit sebelum waktu kapal terbang berlepas, pintu gate tu akan dibuka. Ada pemeriksaan kastam sekali lagi untuk scan beg, body dan tanggalkan belt, semua gadjet elektronik dan lain-lain. Kemudian masuk dulu kat balai berlepas tu. Kat sini penumpang akan lepak sekejap..ada TV dan WiFi. boleh usha pilot mana-mana korang berkenan. Mak dok perhati apasal kalau pilot je mestilah dia handsome, tinggi dan stylo...muka adalah ala-ala Leonardo Di Caprio dalam Catch me if you can...pehtu semua orang tengok dia dengan rasa kagum. Takyah dok malu dik non, Mak tau korang pun sama dok usha pilot masa dia beratur nak cek kastam.
departure lounge |
kat lounge ni sebelah flight je (tu pun nak habaq ka) |
6. Tunggu sehingga staf airlines bagi masuk ke aircraft melalui aerobridge. Untuk bab ni, Qatar Airways akan panggil business class dulu masuk aircraft. Jadi Mak yang tak nyempat nak masuk aircraft tu tak boleh okeh (tak dengar announce utk business classs) ..kena tunggu tepi bagi laluan kat business class masuk dulu. Caitttt..lepas tu barulah golongan marhaean masuk last sekali. Aku musafir hina....sambil nyanyi hiba dalam hati. Kalo kapai terbang terhempas tak kira ko kelas apa semua sekali mati kan? tapi kata-kata tu tak laku disini nokkk.
7. Kemudian masa nak balik Malaysia juga sama, lepas turun kapal terbang, naik Aerotrain ke building utama. Then, lalu pemeriksaan autogate self check-in tu dan collect beg di belt seperti yang tertera kat board dalam airport tu. Lepas collect bag ada laluan scan kastam jugak sebelum keluar tapi taklah ketat pun. Mak lalu tepi je tak letak beg untuk scan pun. Feeling VIP.
Turun bawah dan pergi ke tempat bas pick-up untuk ke KL Sentral.
Naik bas ke KL Sentral RM10 dan dah selesai sudah cara nak naik kapai terbang di KLIA.
Area mak tido semalaman |
cas henpon kat sini |
walking escalator..tah betul ke dak term dia |
Best top ten Airport in the World okeh...tapi skrg dah turun rating |
Mak usha2 Bangladesh tak mak? He He He...
ReplyDeleteSS,
DeleteTak sampai hati nak usha,,, hehe
Bermalam kat KLIA lagi better dari kat KLIA2 rasanya... Sebab SS pon pernah jugak melangut lama kat KLIA tu... Boleh consider jugak nih...
DeleteYey...buleh join the club!
DeleteAssalam. Luculah mak ni.. :) ... trime kasih sbb share .. :D
ReplyDeleteWkslm..tq singgah
DeleteHihi. Your welcome.. :)
DeleteHa ha ha... mak owh mak...
ReplyDeletesaya x percaya sungguh traveler tegar lagi awesome mcm mak ni buat entri step by step nk naik kapal terbang... comey sgt tau...
Angin rajin dan idea ada..gigih menaip tau
DeleteKlia x sesat sbb dah terlalu bnyk kali g... jgn klia2.. hadoiii besaq glee... sesat barat... menci tau...
ReplyDeleteLcct lak cramp jammed sgt...
Klia just nice ... ha ha ha
Yer la org tu nek flight mahai2...
DeleteKita penah tdo kt epot kuching... hi hi hi
ReplyDeleteTinggai air liur basi tak
Deletekite suke entri ni... lg2 bab bangladesh n usya mamat pilot tuh,..!! hahahaha.. mmg lawak laa mak lampir.. kita siap terbayang lg keadaan tu..
ReplyDeletekite suke entri ni... lg2 bab bangladesh n usya mamat pilot tuh,..!! hahahaha.. mmg lawak laa mak lampir.. kita siap terbayang lg keadaan tu..
ReplyDeleteTq singgah
DeleteThanks for the info sis. Bnayak sangat membantu. Jazakallah. Saya juga antara marhaen yang pertama kali fly abroad pada January 2017. Cuma, flight saya nanti akan transit di Muscat, Oman utk bertukar flight dan pastu baru ke Milan. Cuma pertanyaan saya ,masa transit nanti, perlu ka saya risau pasal baggage? Adakah pihak airline sendiri yang akan uruska tuk pindah ke jet lain? Maaf kerana soalan betul2 tahap newbie.
ReplyDeleteKalau transit baggage dihantar terus ke final destination.so takyah risau nk amik luggage..airline yg uruskan..jadi sampai milan nanti baru collect
DeleteThanks. Lps follow sis punya guide takla gabra sangat dlm airport. Hari ni 22 Jan 2017, saya otw balik ke Malaysia pulak. Terima kasih sekali lagi untuk info yang diberikan.
DeleteTerima kasih...ilmu yg nampak sikit tp...cukup Besar utk org lain....
ReplyDeleteTQ singgah
Deletehari hari aku dok usha blog ko nyah..sebab nak cari kekuatan gitu...ni first time mak nak travel sensorang ke UK...aiyohh..bertabah le..selama ni mak travel bergerombolan...mudahan semuanya berjalan lancar..
ReplyDeleteHehe..good luck yer..semoga semua selamat
Deletetq for tips..insyAllah saya akan fly ke uk bulan 12 nnt..saya direct MAS dr alor star ke london..boleh x kalo check kn luggage terus as ke london?
Deletehari hari aku dok usha blog ko nyah..sebab nak cari kekuatan gitu...ni first time mak nak travel sensorang ke UK...aiyohh..bertabah le..selama ni mak travel bergerombolan...mudahan semuanya berjalan lancar..
ReplyDeleteThank sis berguna sngt sya nak tanya sikit bulan january 2017 sya akan flight dari kota kinabalu to bali tpi direct sye kene flight prgi KL lgi baru prgi bali , so sya kene check in luggage lagi ke tak pyh ..thanks before
ReplyDeletetransit ke ambik 2 tiket (2 trip bersambung)?
Deletesy 1st time nk flight kat klia, kalo utk penerbangan dlm msia je, pn same ke prcedure ni sis? ke lain? sori soklan newbie sgt, nk gelak, gelak la
ReplyDeleteLebih kurang je prosesnya..drop beg, masuk balai berlepas, check kastam,check ic/boarding pass dan boarding cuma gantikan passport dng myKad.
DeleteMak ooo mak,nak tanya
ReplyDeleteBording pass n seat no dpt dari travrl ejen atau masa check in beg?
boarding pass klu book dari agen, mintak kat dia.kalo kita book sendiri, buat web check-in dan print sendiri (dia hntr melalui email pn ya). Dalam boarding pass tu dah ada nombor seat sekali dah. Masa check-in bag tu staf airline hanya bg nombor gate. Seat memang awal dah boleh pilih ms book tiket.
DeleteOk tq.
ReplyDeleteNak ke manchester oct.
1.Mula2 check in d counter tinkat berapa? 5 kut
2.turun lif utk imigrasyen
Tkt berapa tu.
3.jln...jln pi ambik tren ke departure bldg dan tgk no gate berlepas.
Betul tak?
Kalau kena transit d airport mana2 selama beberapa jam
So kita just tunggu dpn gate berlepas,dan beg kita dlm cargo airlines arrange terus je destinasi ke.?
Ya betul..
DeleteAssalamualaikum mak...
ReplyDeleteTq share infor ni. Saya ni pun 1st time nak naik fligt MAS ni pada 20hb November, 2017 malam sebab nak ke Bangladesh atas urusan kerja. Sekurang2nya dapat jugak panduan yang mak share kan ni.
ASSALAM PUAN..
ReplyDeletesy baru keluar gua puan, tak pernah naik flight. nak tanye kalau bawak beg hiking yang 70 liter tu, nak register as a baggage jugak ke?? ke bleh bwk naik atas mcm hand carry tu. tak paham sgt la
jap mak mak ni awak perempuan asli ke transgender?
ReplyDelete