Sarawak trip - KL ke Kuching

Bulan ni aku adalah sesak napas. Sebab 3 percutian one row..bulan November, Disember dan Januari. Tolong rekomen kat mak Sultan Brunei aci dak?
Untuk trip ke Sarawak ni bawak sekali si kecik 2 orang tu. Terpaksa ponteng sekolah demi tiket murah. Tiket flight book pada Januari 2014 (gigih grab free seat AA) dan harganya cuma RM450 untuk 3 orang. Termasuk meal 6 kali, baggage dan pape caj tu. Murah tak?
Ini adalah travel ala ala backpack jua. Aku gigih bawak nutella, roti, maggi dan biskut. Nak melatih mereka jadi backpackers kononnya... (ke ko nak jimat senah oiii).
Trip kali ni macam biasa jugak..aku tak book apa-apa pun hotel, pengangkutan atau tour.
Nanti dah sampai baru nak meredah.
Ni kali pertama naik dekat Klia2..last dengan AA masa pergi Korea hari tu masih di LCCT.
Rupanya hazab sungguh dengan klia2 nih..jauhnya nak menapak lepas imigresen check..mau dekat 1 km aku rasa..naik turun tangga nak ke gate K22. Domestic flight.

nak sampai ke gate boarding pun jenuh berchentaaaa

modern dan sleek
Klia2..dah takde lagi permandangan manusia berkeliaran jalan nak ke aircraft

Awan agak tebal masa flight
Flight pukul 11.55 dan sampai di Kuching jam 1.40 tengahari camtu.
Semasa pemeriksaan imigresen jugak kita kena beri myKad. Dan untuk anak-anak yang dibawa haruslah tunjuk myKid atau sijil lahir. Tapi oleh kerana aku ni kepala besi, aku hanya bawa salinan sijil lahir. Ceh, ingat macam imigresen dia tak strict la konon. Masa tunjuk boarding pass nak flight tu pun, staf AA tu dah mintak sijil lahir, aku beri yg salinan je. Then, dia tolong risau untuk aku jugak sebab aku berani mati nih. Dia kata kalau ke Sabah still boleh guna salinan tapi kat Sarawak tak sure. Last dia bagi boarding jugak.

Rupanya benda tu bawak ke Kuching uolls. Mak kena berleter jugaklah dengan staf imigresen tu, dia kata patut tak boleh. Aku buat lah muka kesian..cakap tak tau dan justify takut hilang kalo bawa yang original.
Konon.  Tak payah berdrama senah oii..tak laku..depa lagi arif pasal karenah manusia ni. Drama tak drama..akhirnya lepas jugak. kena isi borang kecik dan lepas masuk akhirnya. Lega. Sapa nak pergi Sarawak sila jangan buat macam ni okeh? bawa yang ori termasuk myKid tu. (myKid bebudak tu hilang kena ragut..tu psl tak bawak).

Dalam airport amik tiket teksi berkupon RM26 untuk ke Waterfront Kuching.
Trip ke Kuching ni best pada aku..overall cost dalam RM700 untuk 3 orang.
Bagi yang short gateaway macam aku yang stay dalam 2-3 hari kat Kuching, pekara yang korang boleh buat adalah:

1. Paling penting melawat Sarawak Culture Village, tempat lain tak pergi takpe, yang wajib pergi untuk memahami dan tengok sendiri keunikan budaya Sarawak
2. Boleh tambah lawatan ke Cat Museum, Pasar Satok
3. Pergi ke Kuching Waterfront dan naik penambang ke seberang untuk ke kedai kek lapis Dayang Salhah
4. Boleh tambah pakej ke Semenggoh Orang Utan, Astana, Pasar Serikin, Jong Crocodiles Farm dan Sarawak River Cruise


beli pretzel ni dulu kat luar airport Kuching

tak kena dengan tekak mak ni haa.
Selepas naik teksi selama lebih kurang 20 minit akhirnya sampai ke kawasan Waterfront. Mencari hotel kekdahnya. Tapi dah 3 hotel bajet aku pergi, semua dah penuh kecuali untuk bilik mahal je ada. Sebab ramai pelancong China musim skrg katanya. Cari jugak dan akhirnya ada hotel terlebih bajet. Gila murah..Rm 45 semalam, Orchid Hotel dekat kawasan Green Hill.

Oklah, kata nak bajet kan? sekali masuk bilik..hambek ko. Nak bajet sangat kan? Kaki pun tak larat nak menapak..redho ja senah oiii.
Ada 2 katil, satu single, satu queen. Tu dah not bad..toilet siap ada bathtub lagi... Tapi yang serrr adalah bau karpet dan memang old skool sungguh hotel ni termasuk reception nya. Horror.


amik tour kat hotel furama..banyak pakej

lalu tak korang nak tido dalam keadaan macam ni?

balasan untuk manusia cheapskate terlampau


toilet yang menyeksa jiwa raga
Oleh kerana terlalu penat, dah sehari semalam tak mandi dan gosok gigi..mak redho. Asal dapat bersihkan diri dan rehat.Amik semalam je dan esok kena cari hotel yang lebih ok sikit.

8 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.co
    Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays

    Wassalam







    ReplyDelete
  2. kalau nak senang g kuching sarawak.. boleh je contact eifah (0165751266).. dia blh tlg carikan transport (kereta@skuter),homestay.. klu nak suggestion tmpat menarik pn, InshaAllah dia boleh uruskan @ bagi cadangan.. Pasti rasa x ckup je kalau stay dalam 3 4 hari je kt kuching..

    ReplyDelete
  3. kalau nak senang g kuching sarawak.. boleh je contact eifah (0165751266).. dia blh tlg carikan transport (kereta@skuter),homestay.. klu nak suggestion tmpat menarik pn, InshaAllah dia boleh uruskan @ bagi cadangan.. Pasti rasa x ckup je kalau stay dalam 3 4 hari je kt kuching..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    'JOM KE SABAH'...

    Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

    Myvi Rm120 sehari
    Saga RM120
    Alza Rm150
    Exora RM160
    Avanza RM170
    Innova Rm200
    Urvan Rm250

    Hubungi Raziman
    0129600702 Whatsapp/call

    Kami juga menyediakan pemandu sekiranya diperlukan... caj pemandu RM150 12 Jam

    Homestay bajet area Kota Kinabalu RM100 sehari

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    'JOM KE SABAH'...

    Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

    Myvi Rm120 sehari
    Saga RM120
    Alza Rm150
    Exora RM160
    Avanza RM170
    Innova Rm200
    Urvan Rm250

    Hubungi Raziman
    0129600702 Whatsapp/call

    Kami juga menyediakan pemandu sekiranya diperlukan... caj pemandu RM150 12 Jam

    Homestay bajet area Kota Kinabalu RM100 sehari

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Dsafris Travel
    Jom Ke Kuching
    Pakej Bajet 2018/2019
    Penginapan-Pengangkutan-Pemandu Pelancong-Homestay
    Whatsapp 0128997155
    utk sebutharga terkini..

    ReplyDelete