Watefront Kuching adalah tempat bersosial bagi masyarakat disini...(dating and mating).
Kawasan ni cantik, tenang dan damai mengadap Sungai Sarawak yang luas dan dalam tuh. Cer agak bape ekor buaya ada dalam ni?
Bagaimana pun adalah tidak adil jika aku menyusuri Danube promenade dan feeling Adele's Someone Like You tapi tak buat pekara yang sama di negara sendiri. Aku tidak double standard.
Untuk itu semasa menyusuri Sungai Sarawak, yang bergema dalam hati aku adalah lagu Kain Cinta Putih.
'' Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...
Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian ''
Suasana sambil menyusuri sungai ini begitu hening. Terasa syahdu.. (dia buat dahhhh).
Bersendirian disini..menikmati hembusan angin..merenung dalam diri.
Fikiran menerawang dan nostalgia jiwa kembali menjelma. Pedih. Sakit dan perit. Bahagia dan derita. Namun selagi bernyawa..pintu harapan dan kekuatan tetap menjengah.
Segala yang telah aku tinggalkan. Segala yang telah meninggalkan aku.
Kunjungan tidak lengkap ke Kuching jika tidak waterfront yang dibina dengan kos RM 1 milion ini.
Malam ada orang berniaga sepanjang laluan seperti Pasar Malam Batu Feringgi.
Melawat Kuching semasa bulan Januari adalah musim hujan. Suram dan mendung. Basah.
Hujan rintik membasahi laluan..dari Main Bazaar hingga ke Grand Margarita..melalui Riverside.
Sungai Sarawak kelihatan berarus deras dan keruh. Bangunan DUN kebanggaan Sarawak menjadi latar belakang sempurna untuk sekeping poskad dalam facebook.
Di lantai jalanan adalah sejarah Sarawak seperti walk of fame Hollywood tu..kalo tak perasan memang takkan tahu. History walk katanya.Dan kerusi kayu sepanjang laluan setia menunggu pengunjung. Kuching hujan almost everyday. Adalah sebab kenapa AA buat sales tiket murah ke Kuching masa ni..nak bersiar-siar dalam bandar pun seksa.
History walk..ada sepanjang laluan sungai |
assalammualaikum... so admired u.... sangat kental... dah lama nak travel sorang2 tp xde kekuatan dan keyakinan..
ReplyDeleteWkslm..Jika ada kemahuan pasti ada jalan.
ReplyDelete