Thailand - Hat Yai Ice Dome

pintu masuk
Hat Yai Ice Dome ni mak rekomen.
Sebab agak best jugak display dia. Ice carving dan scupture.
Tiket masuk adalah 300 bath (Rm30) untuk dewasa dan 200 bath untuk child.
Jaket dan glove di beri sekali.
Masuk ni mula tu ada sedikit taklimat dan sesi memakai winter coat ramai-ramai. Kemudian ada bilik waiting room iaitu bilik persediaan untuk masuk selama 5 minit. Suhu dalam ni average -3c.
Masuk je nampak panda dan display rumah candy yakni ice carving. Banyak jugak display...tempat gelongsor ice pun ada. Then pintu keluar ada bilik penuh bunga-bunga, kedai cenderahati yang murah (Fm cuma 29 bath) dan kafe pun ada. Taman bunga tu cantik dan macam real.. mak feeling dalam taman firdausi gitu. Ada bilik sembahyang dan tak sempat nak teroka banyak sangat.
Yang paling best main gelungsur ais tu lah..yang aisnya halu-halus macam salji tu. Main 4ribu kali sampai staf tu bosan tengok muka kita.
Duduk dalam bilik ais ni setengah jam dah mengigil..cemana nak backpack kat Greenland nih?

depan entrance
sedikit taklimat dan sesi memakai baju sejuk serta glove
yang ni waiting room utk sesuaikan suhu badan..selama 5 minit
ice carving
candy house


igloo

walrus



gelongsor ais disini..ats ais serbuk

gelungsur ais..dilapik dgn carpet atas bontot masa luncur tu
penguin hitam

model coke


panda ais
ni macam maze runner..pintu untuk ke gelongsor salji
dalam area utk gelongsor salji

best main ni walau dah tua bangka
kafe hilangkan untuk hilangkan sejuk terketar-ketar lepas pintu exit
taman bunga


boleh lepak sini
ada macam i-city kat luar ice dome ni


2 comments:

  1. SS ada jugak tengok blog orang lain citer pasal Hat Yai Ice Dome bebaru ni... Tapi tak terasa sangat nak pegi... Tapi bile Cik Azaleania up entry ni... Tetiba rasa tergoda plak tgk snowman tu.... Leh tahan mahal gak entrance tu...
    * Dasar kedekot... He He He...

    ReplyDelete
  2. SS,
    Tu makna the calling dah sampai tuuuu hehe

    ReplyDelete