Sarawak trip - Selamat tinggal Kuching

Setelah 5 hari berada di Kuching, tiba masa untuk pulang. Pemeriksaan kastam Kuching agak ketat walau untuk flight domestik , airport international katakan.
Hujan membasahai bumi Sarawak tanpa henti. Aku rasa hanya sehari je aku berjalan dalam panas, hari yang lain sepanjang masa hujan..dari pagi hingga malam. Dan dah ada setengah kawasan yang banjir yang memaksa penduduk dipindahkan. Bukan masa yang baik untuk melawat Kuching pada Januari. Banyak tempat berdekatan hotel seperti muzium dan galeri aku batalkan kerana cuaca. Rugi di situ. But someday you win and the other day you lose.



Untuk backpackers navigate di Kuching agak susah di luar kawasan kerana tiada public transport. Nak pergi Kampung Budaya, kena chartered taxi atau sewa kenderaan. Jadi banyak kos akan dihabiskan ke transportation, yang mana buat kau end up amik tour. Aku rasa Taib Mahmud mengamalkan polisi seperti di Thailand..di mana tak semua public transport akan ke tempat-tempat yang tertentu. Ini memaksa pelancong mengambil tour dan naik cab. Menjana ekonomi penduduk akhirnya. Ada pro dan cons disitu.
Dan pejabat travel agent sangat banyak di Kuching..memang sumber ekonomi utama jadinya.
Bagi backpakers yang jarang sangat nak amik tour mcam aku ke mana-mana pun..memang rasa rugi di situ.
Tapi redha je lah..satu-satu tempat tu ada kesenangan dan kesusahannya.
Bagi kos makan pulak,,untuk sekali makan ko bajet la dalam Rm10..nasi goreng standard dalam Rm5.
Untuk souvenir harga lebih mahal dekat Main bazar di Waterfront tu..lebih baik pergi borong di Pasar Satok.
Overall harga barang di Kuching lebih mahal dari Semenanjung..seperti baju, kasut dan barang keperluan tu.
Kasut simple yang boleh ko dapat Rm20 kat sini akan jadi Rm40 di sana. Oleh kerana aku gi memana pun tetap nak beli kasut, maka di Kuchnig aku tahan napsu.

Bagaimana pun, Kuching tetap unik dan menarik. lebih bebas, dan keramahan orangnya yang baik-baik.
airport Kuching


bai bai Kuching

2 comments:

  1. SS,
    Tu la kalo dah malas nak sewa memang cenggitu..rasa macam takut nk drive di sana

    ReplyDelete