Wednesday, December 10, 2014

Kembara Turkey - Part 3 The Hagia Sophia

map old town Istanbul
Aku baru terfikir..sepatutnya tajuk Kembara Turkey ni di tukarkan kepada kembara Istanbul. Kerana aku tak pergi pun ke tempat lain di Turkey kecuali Istanbul. Tapi gasaklah kan?
Hari ni hari kedua di Istanbul.

Aku stay di Taksim area lepas si Agust tu carikan hostel untuk aku.
Dalam hostel jumpa backpackers Malaysia yang singgah di Istanbul sebelum ke Brazil, Peru dan Bolivia selama sebulan lebih. Dia non-muslim dan ada jugak awek Korea.

Semua memang amazed dengan Istanbul..Ok adik-adik..mari kita tengok sejarah Turkey dan Istanbul ni sepintas lalu.
(sebenarnya aku sangat admire blog jhazkitaro- Aku sebutir Pasir kerana blog dia selalu bagi fakta yang lengkap mengenai sesuatu tempat, sejarah dan info yang best..memang dia buat rajin, research sebelum jejakkan kaki.
 Aku ni bagi info tah apa-apa je. Tu pun copy wikipedia.

Istanbul-Kota Dunia.
Istanbul ialah bandar raya yang terbesar, serta juga pusat kebudayaan dan ekonomi Turki. Bandar raya ini yang merupakan ibu negeri Wilayah Istanbul terletak di 41° U 28° T pada Selat Bosphorus, dan merangkumi pelabuhan asli yang dikenali sebagai Golden Horn (bahasa Turki: Haliç) di barat daya negara ini.
Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrace) dan Asia (Anatolia) lantas merupakan metropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza:
  1. Empayar Rom (330-395);
  2. Empayar Rom Timur (395-1453); dan
  3. Empayar Uthmaniyyah (1453-1923).
Istanbul telah diberikan nama samaran "Bandaraya Tujuh Bukit" semenanjung bersejarah, bahagiannya yang tertua, dibina oleh Constantine di atas tujuh buah bukit untuk menandingi tujuh buah bukit Rom. Bukit-bukit tersebut dilambangkan dalam jata bandar raya melalui tujuh buah masjid. [3] Lagi satu nama samaran Istanbul yang lama ialah Vasileousa Polis (Permaisuri Kota-kota), nama yang membayangkan kepentingan dan kekayaan Istanbul pada sepanjang Zaman Pertengahan.
Taksim Square..pernah jadi himpunan menentang kerajaan
penjual makanan burung merpati di Taksim
Jalan turun bukit ke Kabatas



                                                                                                                                                               

Tram line Bagcilar-Kabatas..stop kat Sultanahmet
Untuk info tram kat Istanbul check sini http://www.turkeytravelplanner.com/go/Istanbul/Transport/zeytin_tram.html

Pagi tu aku keluar hostel..jalan kaki ke Taksim Square. Suasana cerah, ada matahari dan dingin. Manusia bersesak-sesak menuju destinasi.  Beli Simit (roti keras) dan lepak makan sambil fikir aku nak naik apa ke Sultanahmet. Metro,bas semua ada. Aku dah turun metro, naik funicular (macam tube metro kecil) dari Taksim ke Kabatas. Fare dalam 2.5 TL..dekat je. Tapi aku tak reti kan mula tu..aku tak keluar metro tu..aku patah balik ke Taksim, hehe. Keluar masuk metro balik.
Sebenarnya senang je..masuk metro Taksim naik funicular, then sampai ke stesen Kabatas. Dari Kabatas naik tangga atas untuk amik tram ke Bagcilar, yang mana tram ni akan lalu di stesen Sultanahmet.

Semua ni boleh guna Istanbulkart yang kita boleh top-up di vending mesin dan swipe je kalo nak naik pengangkutan awam.
Last-last aku jalan kaki menuruni bukit dan sampai ke stesen Kabatas. Sambil tu jugak menikmati permandangan laut yang cantik. Sampai di stesen Kabatas tu, aku naik tram yang destinasinya adalah Bagcilar..tapi nanti turun kat Sultanahmet station. Untuk ke Sultanahmet dalam 6 station kita lalu..Eminonu dan Karakoy pun lalu ikut tram ni.  Kalo nak jalan atas jambatan tu, turun kat Karakoy dan jalan sampai Eminonu.
Kan senang naik tram..terus sampai destinasi. Sampai  Sultanahmet terus nampak Hagia Sophia dan Blue Mosque.  Hagia Sophia sebelah kiri..Blue Mosque belah kanan. Pilih mana nak masuk dulu.

Cantiknya...terpegun uolls..romantik menerpa jiwa..Dikawasan ni ada orang menjual jagung,roti, servis gilap kasut,  tiket Bosphorus tour yang berharga 15-20euro dan teksi pun berlegar dikawasan ni. Pergi masa november dan tak pack dengan tourist.
metro Istanbul

lukisan di dinding, metro

suasana sepanjang jalan yang berbukit
dekat stesen tram Sultanahmet
stesen tram sultanahmet stop sini


Dah nampak dah...

Sultanahmet square

Hagia Sophia (B. Greek: Ἁγία Σοφία)Hagia Sophia (bahasa Turki: Ayasofya, bahasa Arab; آيا صوفيا , dari kata Yunani: Ἁγία Σοφία, "Holy Wisdom"; bahasa Latin: Sancta Sophia atau Sancta Sapientia) merupakan satu bangunan muzium di kota Istanbul. Bangunan ini sering dianggap sebagai bangunan yang teragung dan tercantik di dunia. Hagia Sofia dibina sebagai Gereja Besar Kristian Ortodoks tetapi diubahsuai menjadi masjid agung oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453. Kerajaan Republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium pada tahun 1935.

Hagia Sophia asalnya dibina sebagai gereja antara tahun 532 dan 537 AD atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Hagia Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1000 tahun.
Pada tahun 1453, Constantinople ditawan oleh orang Turki Uthmaniyyah dan Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi masjid. Loceng, altar dan lain-lain berkenaan Kristian dibuang sementara lakaran di dinding ditampal. Ini semua diganti dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar ditambah. Hagia Sophia kekal sebagai masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.

Untuk masuk ke Hagia Sophia ni, bayaran sebanyak 30TL (RM60) dikenakan. Beli tiket kat kaunter dan masuk barisan pak guard tu.
Masa aku pergi tu kerja restoration ssedang dijalankan..jadi tak dapat tengok full picture ruang utama dia. Patut kena kurangkanlah bayaran kalau dah buat restoration tu, bak kata backpackers lain.
Dalam ni jugak ada makam Sultan-sultan, tempat bersiram diraja, kafe,tempat wuduk dll.
kagum tengok...

pintu masuk

tayangan visual
tgh restore luar dalam

gah dan besar..camna depa bina dulu yer?


Gambaran pelukis semasa zaman Justinian
 Dalam ni juga ada penerangan visual dan kerusi disediakan. Pengunjung boleh naik ke tingkat atas juga. Cenderahati di jual di atas. Masa aku pi restoration memang agak menganggu kerana dijalankan di ruang utama.
mozek yang berupa malaikat

dome
Antara lukisan mozek yang dipamerkan imej Justinian memberikan Jesus simbol Hagia Sophia, lukisan Mary, imej Jesus, Archangel Gabriel dan lain-lain. Disinilah dua agama besar dunia bersatu dalam sebuah monumen yang agung.
Info antara imej yang ditemui semasa proses restoration

tgh restore

imej gereja purba

Ruang perpustakaan yang digunakan oleh Sultan Mahmud

ruang dalaman samar bercahaya kemerahan

lukisan simbol kristian purba di siling
Sultan Loge's..tempat solat Sultan yang di tambah semasa dijadikan masjid
Chandelier berat dan sarat

cenderahati yang dijual

Untuk dijual dalam ruang atas
tangga naik atas

view dari tingkat atas
Yang aku perasan semua kucing dan anjing di Istanbul adalah gemuk dan sihat.
Keluar museum tepi kiri (bukan keluar terus yer), ada tempat wuduk dan 3 bangunan makam Sultan-Sultan dan penakluk Ottoman. Ada guard yang berjaga di tiap pintu masuk makam ni.
pintu masuk makam..buka kasut sini

dalam makam penakluk Ottoman

makam Khalfah-khalifah Islam
makam pun dah gah habis dan impressive
tempat wuduk
Ada 3 bangunan makam di sini
luas kawasan Hagia Sophia ni
menjelang senja

malam dan samar lampu


Dalam kawasan ni jugak ada turkish bath utk wanita. Yang mana Permaisuri zaman Ottoman asaskan.
Haseki Hurrem Sultan Hamam adalah idea dan arahan yang dikeluarkan oleh  permaisuri Haseki Hurrem Sultan (nama sebenarnya adalah Roxelanne) yang berasal dari Ukraine. Beliau adalah permaisuri kepada Kanuni Sultan Suleyman dan direka/dibina oleh arkitek Mimar Sinan 1556. Ia adalah biggest Turkish bath di Istanbul.

Haseki Hurrem Sultan ni dikenali kerana kecantikannya yang tiada tolok bandingnya, dan memanipulasikan kecantikannya bagi mendapat kepercayaan Sultan. Dia memberi kesan buruk kepada Empayar Ottoman dan telah menyebabkan  Permaisuri pertama Sultan, Gulbahar Hatun serta pewaris takhta Mustafa dicekik. Dia juga mempunyai kuasa dalam kerajaan dan mati pada usia 52 tahun tanpa dapat melihat anaknya menjadi Sultan.
turkish bath for ladies

Ladies only

Ruang dalam tempat mandi wanita..aku kena marah ok sebab amik gambar dalam ni..hehe
Overall, aku sangat takjub melihat depan mata monumen besar ni. Kagum dengan binaan dan arkiteknya.
Paling terkesan adalah kekuatan Empayar Ottoman zaman dahulu yang bertahan lama. Betapa gagahnya Islam suatu ketika dulu. Melihat monumen yang masih berdiri megah..pernah manjadi tempat laungan azan satu ketika dulu..kini terasa syahdu memikirkannya.
Waktu malam suasana sangat cantik dengan lampu yang menerangi tiang-tiang yang tinggi.
Masa kat ni juga ramai curious tengok monopod aku. Jakun kot..siap mai tanya aku beli kat mana? hehe..glamer jap you.

3 comments:

  1. Patut letak tajuk Istanbul Aku Datang... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS,
      Tu la pasal..boleh feeling2 cantik macam Lisa Surihani kan?

      Delete
    2. Lisa Surihani tak pe... Jangan Beto Kusyairi... Keh Keh Keh...

      Delete