|
map old town Istanbul |
Aku baru terfikir..sepatutnya tajuk Kembara Turkey ni di tukarkan kepada kembara Istanbul. Kerana aku tak pergi pun ke tempat lain di Turkey kecuali Istanbul. Tapi gasaklah kan?
Hari ni hari kedua di Istanbul.
Aku stay di Taksim area lepas si Agust tu carikan hostel untuk aku.
Dalam hostel jumpa backpackers Malaysia yang singgah di Istanbul sebelum ke Brazil, Peru dan Bolivia selama sebulan lebih. Dia non-muslim dan ada jugak awek Korea.
Semua memang amazed dengan Istanbul..Ok adik-adik..mari kita tengok sejarah Turkey dan Istanbul ni sepintas lalu.
(sebenarnya aku sangat admire blog jhazkitaro- Aku sebutir Pasir kerana blog dia selalu bagi fakta yang lengkap mengenai sesuatu tempat, sejarah dan info yang best..memang dia buat rajin, research sebelum jejakkan kaki.
Aku ni bagi info tah apa-apa je. Tu pun copy wikipedia.
Istanbul-Kota Dunia.
Istanbul ialah
bandar raya yang terbesar, serta juga pusat
kebudayaan dan
ekonomi Turki. Bandar raya ini yang merupakan
ibu negeri Wilayah Istanbul terletak di 41° U 28° T pada
Selat Bosphorus, dan merangkumi
pelabuhan asli yang dikenali sebagai
Golden Horn (
bahasa Turki: Haliç) di barat daya negara ini.
Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua
benua Eropah (
Thrace) dan
Asia (
Anatolia) lantas merupakan
metropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi
ibu kota kepada tiga buah
Empayar yang berbeza:
- Empayar Rom (330-395);
- Empayar Rom Timur (395-1453); dan
- Empayar Uthmaniyyah (1453-1923).
Istanbul telah diberikan
nama samaran "Bandaraya Tujuh Bukit"
semenanjung bersejarah, bahagiannya yang tertua, dibina oleh Constantine di atas tujuh buah
bukit untuk menandingi tujuh buah bukit Rom. Bukit-bukit tersebut dilambangkan dalam
jata bandar raya melalui tujuh buah
masjid.
[3] Lagi satu nama samaran Istanbul yang lama ialah
Vasileousa Polis (
Permaisuri Kota-kota), nama yang membayangkan kepentingan dan kekayaan Istanbul pada sepanjang
Zaman Pertengahan.
|
Taksim Square..pernah jadi himpunan menentang kerajaan |
|
penjual makanan burung merpati di Taksim |
|
Jalan turun bukit ke Kabatas
|
|
Tram line Bagcilar-Kabatas..stop kat Sultanahmet |
Untuk info tram kat Istanbul check sini
http://www.turkeytravelplanner.com/go/Istanbul/Transport/zeytin_tram.html
Pagi tu aku keluar hostel..jalan kaki ke Taksim Square. Suasana cerah, ada matahari dan dingin. Manusia bersesak-sesak menuju destinasi. Beli Simit (roti keras) dan lepak makan sambil fikir aku nak naik apa ke Sultanahmet. Metro,bas semua ada. Aku dah turun metro, naik funicular (macam tube metro kecil) dari Taksim ke Kabatas. Fare dalam 2.5 TL..dekat je. Tapi aku tak reti kan mula tu..aku tak keluar metro tu..aku patah balik ke Taksim, hehe. Keluar masuk metro balik.
Sebenarnya senang je..masuk metro Taksim naik funicular, then sampai ke stesen Kabatas. Dari Kabatas naik tangga atas untuk amik tram ke Bagcilar, yang mana tram ni akan lalu di stesen Sultanahmet.
Semua ni boleh guna Istanbulkart yang kita boleh top-up di vending mesin dan swipe je kalo nak naik pengangkutan awam.
Last-last aku jalan kaki menuruni bukit dan sampai ke stesen Kabatas. Sambil tu jugak menikmati permandangan laut yang cantik. Sampai di stesen Kabatas tu, aku naik tram yang destinasinya adalah Bagcilar..tapi nanti turun kat Sultanahmet station. Untuk ke Sultanahmet dalam 6 station kita lalu..Eminonu dan Karakoy pun lalu ikut tram ni. Kalo nak jalan atas jambatan tu, turun kat Karakoy dan jalan sampai Eminonu.
Kan senang naik tram..terus sampai destinasi. Sampai Sultanahmet terus nampak Hagia Sophia dan Blue Mosque. Hagia Sophia sebelah kiri..Blue Mosque belah kanan. Pilih mana nak masuk dulu.
Cantiknya...terpegun uolls..romantik menerpa jiwa..Dikawasan ni ada orang menjual jagung,roti, servis gilap kasut, tiket Bosphorus tour yang berharga 15-20euro dan teksi pun berlegar dikawasan ni. Pergi masa november dan tak pack dengan tourist.
|
metro Istanbul |
|
lukisan di dinding, metro |
|
suasana sepanjang jalan yang berbukit |
|
dekat stesen tram Sultanahmet |
|
stesen tram sultanahmet stop sini |
|
Dah nampak dah... |
|
Sultanahmet square |
Hagia Sophia (
B. Greek: Ἁγία Σοφία)Hagia Sophia (
bahasa Turki: Ayasofya,
bahasa Arab; آيا صوفيا , dari kata Yunani: Ἁγία Σοφία, "Holy Wisdom";
bahasa Latin: Sancta Sophia atau Sancta Sapientia) merupakan satu bangunan
muzium di kota
Istanbul. Bangunan ini sering dianggap sebagai bangunan yang teragung dan tercantik di dunia. Hagia Sofia dibina sebagai Gereja Besar
Kristian Ortodoks tetapi diubahsuai menjadi
masjid agung oleh kerajaan
Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453. Kerajaan Republik
Turki telah menjadikannya sebagai muzium pada tahun 1935.
Hagia Sophia asalnya dibina sebagai gereja antara tahun 532 dan 537 AD atas arahan Maharaja Byzantine
Justinian.
Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius
dari Tralles. Hagia Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama
hampir 1000 tahun.
Pada tahun 1453, Constantinople
ditawan
oleh orang Turki Uthmaniyyah dan Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan
bangunan itu diubahsuai menjadi masjid. Loceng, altar dan lain-lain
berkenaan Kristian dibuang sementara lakaran di dinding ditampal. Ini
semua diganti dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat
menara di luar ditambah. Hagia Sophia kekal sebagai masjid sehingga
tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.
Untuk masuk ke Hagia Sophia ni, bayaran sebanyak 30TL (RM60) dikenakan. Beli tiket kat kaunter dan masuk barisan pak guard tu.
Masa aku pergi tu kerja restoration ssedang dijalankan..jadi tak dapat tengok full picture ruang utama dia. Patut kena kurangkanlah bayaran kalau dah buat restoration tu, bak kata backpackers lain.
Dalam ni jugak ada makam Sultan-sultan, tempat bersiram diraja, kafe,tempat wuduk dll.
|
kagum tengok... |
|
pintu masuk |
|
tayangan visual |
|
tgh restore luar dalam |
|
gah dan besar..camna depa bina dulu yer? |
|
Gambaran pelukis semasa zaman Justinian |
Dalam ni juga ada penerangan visual dan kerusi disediakan. Pengunjung boleh naik ke tingkat atas juga. Cenderahati di jual di atas. Masa aku pi restoration memang agak menganggu kerana dijalankan di ruang utama.
|
mozek yang berupa malaikat |
|
dome |
Antara lukisan mozek yang dipamerkan imej Justinian memberikan Jesus simbol Hagia Sophia, lukisan Mary, imej Jesus, Archangel Gabriel dan lain-lain. Disinilah dua agama besar dunia bersatu dalam sebuah monumen yang agung.
|
Info antara imej yang ditemui semasa proses restoration |
|
tgh restore |
|
imej gereja purba |
|
Ruang perpustakaan yang digunakan oleh Sultan Mahmud |
|
ruang dalaman samar bercahaya kemerahan |
|
lukisan simbol kristian purba di siling |
|
Sultan Loge's..tempat solat Sultan yang di tambah semasa dijadikan masjid |
|
Chandelier berat dan sarat |
|
cenderahati yang dijual |
|
Untuk dijual dalam ruang atas |
|
tangga naik atas |
|
view dari tingkat atas |
|
Yang aku perasan semua kucing dan anjing di Istanbul adalah gemuk dan sihat. |
Keluar museum tepi kiri (bukan keluar terus yer), ada tempat wuduk dan 3 bangunan makam Sultan-Sultan dan penakluk Ottoman. Ada guard yang berjaga di tiap pintu masuk makam ni.
|
pintu masuk makam..buka kasut sini |
|
dalam makam penakluk Ottoman |
|
makam Khalfah-khalifah Islam |
|
makam pun dah gah habis dan impressive |
|
tempat wuduk |
|
Ada 3 bangunan makam di sini |
|
luas kawasan Hagia Sophia ni |
|
menjelang senja |
|
malam dan samar lampu |
Dalam kawasan ni jugak ada turkish bath utk wanita. Yang mana Permaisuri zaman Ottoman asaskan.
Haseki Hurrem Sultan Hamam adalah idea dan arahan yang dikeluarkan oleh permaisuri Haseki Hurrem Sultan (nama sebenarnya adalah Roxelanne) yang berasal dari Ukraine. Beliau adalah permaisuri kepada Kanuni Sultan Suleyman dan direka/dibina oleh arkitek Mimar Sinan 1556. Ia adalah biggest Turkish bath di Istanbul.
Haseki Hurrem Sultan ni dikenali kerana kecantikannya yang tiada tolok bandingnya, dan memanipulasikan kecantikannya bagi mendapat kepercayaan Sultan. Dia memberi kesan buruk kepada Empayar Ottoman dan telah menyebabkan Permaisuri pertama Sultan, Gulbahar Hatun serta pewaris takhta Mustafa dicekik. Dia juga mempunyai kuasa dalam kerajaan dan mati pada usia 52 tahun tanpa dapat melihat anaknya menjadi Sultan.
|
turkish bath for ladies |
|
Ladies only |
|
Ruang dalam tempat mandi wanita..aku kena marah ok sebab amik gambar dalam ni..hehe |
Overall, aku sangat takjub melihat depan mata monumen besar ni. Kagum dengan binaan dan arkiteknya.
Paling terkesan adalah kekuatan Empayar Ottoman zaman dahulu yang bertahan lama. Betapa gagahnya Islam suatu ketika dulu. Melihat monumen yang masih berdiri megah..pernah manjadi tempat laungan azan satu ketika dulu..kini terasa syahdu memikirkannya.
Waktu malam suasana sangat cantik dengan lampu yang menerangi tiang-tiang yang tinggi.
Masa kat ni juga ramai curious tengok monopod aku. Jakun kot..siap mai tanya aku beli kat mana? hehe..glamer jap you.
Patut letak tajuk Istanbul Aku Datang... He He He...
ReplyDeleteSS,
DeleteTu la pasal..boleh feeling2 cantik macam Lisa Surihani kan?
Lisa Surihani tak pe... Jangan Beto Kusyairi... Keh Keh Keh...
Delete