Kembara Turkey -Part 1

Perjalanan dari KLIA menaiki Qatar Airways bermula jam 9.30 pagi ke Istanbul Turkey.
Rakyat Malaysia tak perlukan visa untuk masuk Turkey, hanya passport je. Boleh stay hingga 90 hari. Jadi mak lenggang kangkung je bawak passport.
KL - Doha = 7 jam
Doha - Istanbul = 4 jam
So sebelas jam baru sampai.
Dari KLIA akan ke Hamad International Airport Doha transit selama sejam setengah sebelum sampai Istanbul.

Untuk tukaran duit,aku tukar RM700 ke lira, dapat 350TL je walau kalau tengok dalam rate currency duit Turkey dah turun.  Aku tukar di KL Sentral..aku tukar awal di KL kerana takmo kalut cari currency changer disana. Tukar sikit untuk tambang Metro ke bas disana. Jadi walau mahal, aku terima je lah. Takkan nak tukar ke USD dan tukar balik ke Lira? Aku buat jugak gini... tukar USD di KL dan tukar lira di Istanbul.
So untuk entry Turkey ni aku akan koskan dia kepada 1TL adalah RM2. Bukan ikut market dan lagi senang nak kira lebih kurang. Ikut pada uolls la kan..kalo dapat tempat yg nak tukar lira ok,sila , tapi aku tak jumpa.
Nak tukar kat bank KL Sentral tu pun boleh..aku taktau rate dia tapi maybe better rate dari kedai KL Sentral tu yang mahal.
Lounge KLIA
beribu-ribu batuuu jauhnyaa..

Qatar airways
Makanan yang sedap dalam flight. Ada nasi, ayam dan ikan. Bun,butter, cheese, kek dan semua lengkap. Selalu nek Air Asia je..jadi bila nek Qatar airways ni terasa cam orang kayo walau dok kat kelas ekonomi je senah oii. Makanan dia mewah. Ada entertaiment, nak dengar lagu ke, movie ke, semua ada.
Jadi takdelah boring dok lelama pun. Perangai buruk aku suka tengok dah berapa miles aircraft tu fly dan berapa ribu kaki dia climb. Jakun kan dlm AA takde skrin tu.
nasi dan ikan..first meal
Akhirnya sampai Doha dan terus ke lounge transit. Tiket transit warna kuning..jadi senang nk beza. Ramai Arabian nak pergi Istanbul..adalah beberapa Malaysian family. Dalam 7 jam juga flight ke Doha. Transit di Doha adalah mudah dan senang. Masa aku mula book tiket tu aku was-was jugak sempat ke aku transit tukar flight ni..sebab hanya ada sejam setengah je untuk catch connecting flight. Rupanya transit dgn Qatar Airways di sini tak perlu lalu custom check and luggage baggage.(jakun ko) Tak perlu naik bas ke apa macam aku baca dalam blog tu. Jalan je ikut nombor gate dan terus ke balai departure.
Beg luggage kita akan dihantar ke final destination. (tak seperti di New Delhi).

doha dari aircraft
Dari Doha terus ke Istanbul dalam 3 jam perjalanan.
second meal..memang puas dgn Qatar airways ni..mewah segala segi

suka tengok yang paparan ni..
Akhirnya sampai ke Istanbul jam 5.30 petang (tolak jam) dan suasana adalah sejuk dan berangin..dalam 8c-10c. Aku terus stamp passport..beratur pangjang.. Arabian ramai gila sini.
 Seterusnya aku ke basement utk amik metro ke Buyuk Otogar Station.
Senang  nak cari stesen Metro airport nih..ikut signage jer..cuma jauhlah nak berjalan tu.
Stesen Metro di basement airport Ataturk ni.

Dari Airport ke Buyuk Otogar agak jauh,  dan tambang sebanyak 4 jeton (jeton adalah token) so dalam RM8 ringgit. Beli jeton kat vending machine tu, aku masuk note 10 lira rasanya dan dia bagi baki coin.

Cara untuk ke Buyuk Otogar dari airport:
-Naik Metro M1 ke Aksaray (any train boleh sebab airport adalah last station)
- Hentian Otogar adalah di stesen ke 10.
Rujuk sini http://www.turkeytravelplanner.com/go/Istanbul/Transport/airport2otogar.html

Masuk metro dan sesak masa tu. Adeh.. cuci mata segera tengok manusia Turki yang super kacak. (astaghfirullah).
Semua dok pandang aku yg galas beg mak tapir sebesar alam tuh. Tapi mak feeling rupa aku cantik sgt kot umpama Miranda Kerrr.
Sampai di Otogar,  aku pusing cari exit untuk ke bus stesen.
Dari Otogar aku keluar dan belok ke sebelah kanan lepas tanya orang. Suasana di Otogar meriah dan agak sesak kerana waktu puncak. Angin musim sejuk menerpa muka..gigil okeh..terus keluarkan winter coat yang berbulu-bulu tu..ala Kim K feeling nya. Konon.

Kemudian aku ternampak signboard Huntur Touriz dan terus masuk bertanya bas ke Bulgaria. Plan asal adalah mahu ke Sofia..tapi Sofia hanyalah beberapa jam sahaja. Rugi dan aku akhirnya ambil tiket ke Ruse (sebutan Ru-sey) yang berharga 75TL (RM150) dan mengambil masa sehingga 12 jam dalam bas..could save hotel cost. Reception di kaunter tu kata aku akan sampai pada jam 7.30 pagi esok dan bertolak jam 7.45 ptg ni.
stesen bas Otogar

kaunter tiket bas
bas ke Ruse
Imigresen di Erdine, sempadan Turki- Bulgaria
Bas dari Istanbul bertolak ke Bulgaria jam 7.45ptg melalui bandar Erdine (bandar Turki disempadan Bulgaria) dan dalam dua,tiga jam sampai Erdine. Erdine adalah kota kelahiran Sultan Mehmet Al Fatih, penakluk terhebat Constantinople. Erdine atau Adrianlope adalah bekas ibu kota bagi Empayar Turki Othmaniah sebelum dipindahkan ke Istanbul.
 Melalui pemeriksaan kastam dan bas berhenti sebentar di Duty Free Zone dan boleh rehat sebentar. Dalam free zone ni macam di Bukit Kayu Hitam duty free jugak..ada baju bajan, makanan dan sebagainya. Aku tak beli apapun.


Duty free di Erdine
Dalam bas ada seorang perempuan gipsi yang agak tua..berbual dengan aku guna bahasa turki dan dia cerita kesusahan dia. Buat muka sedih dan menangis ok. Aku cakap aku takde banyak duit dan nasib baik dia pun tak persistance. Aku agak la bila tgk body language dia tu. Dalam kata takde duit tu, dia boleh pulak gi soping beli dekat duty free boleh? aku pun mampu tengok je okeh.
Dalam bas Huntur ni, ada driver dan staf perempuan. Staf  akan beri air mineral, free flow coffe dan tea sepanjang perjalanan. Aku dah keletihan sangat, tido separuh perjalanan. Hingga sampai sempadan Bulgaria.

Betapa bezanya pintu masuk sempadan Turki dan Bulgaria. Di Turki nampak gah, besar dan hebat pintunya. Masuk Bulgaria nampak beza yang mana lebih kecil, berlubang sana sini dan macam tak terurus.
Ya, tiap negara ada perbezaan, kekurangan dan kelebihan sama ada nampak atau tersembunyi.

11 comments:

  1. SS ada jugak buat survey ari tu... Flight Qatar, Emerates dgn Etihad... Nampaknya Qatar jugak laaa yang paling Win takat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ss,
      Qatar paling murah setakat ni.Service Pn bagus

      Delete
  2. Saya ke turki hari tu naik emirates. Survey masa tu emirates paling murah.

    Entry turki x buat lg ni. Baca ni semangat balik nk mencoret pasal turki. Hihi

    Serinok baca cerita sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. OO..Emirates lagi star kan servicenya...buat la entry Turki tu..boleh saya baca

      Delete
  3. Seronok baca blog ni. Saya n sister plan nk pegi nex year Feb'16. Tgh fikir n survey nk pki agent or backpackers je. Good info thanks for sharing ;)

    ReplyDelete
  4. SALAM... pegi Istanbul boleh try homestay, masak dll dibolehkan... wassap saya 013-7775159. terima kasih.. dec ni saya ke istanbul lagi... terima kasih atas perkongsian pengalaman. Seronok baca..

    ReplyDelete
  5. Salam mak,
    Saya memang baca berulang kali blog mak ni pasal travel ke europe.
    Memang banyak membantu saya menyusun travelling strategy ala2 Jason Bourne.
    Contohnya entry mak pasal budapest tu memang bagi gambaran awal keadaan kat sana dan akhirnya berbekalkan entry mak tu saya sampai ke sana december tahun lepas. Trima kasih banyak2 mak.

    Bila sekali dapat jejak eastern europe ni mulalah nak pegi lagi so kali ni baca lagi entry mak pasal vienna dan bratislava plak sebab mmg konfem december ni pegi.
    Terima kasih sekali lagi mak.

    Saya baca lagi pasal currency dalam entry mak ni dan ada satu soalan.
    Disebabkan saya ni lembab matematik maka nak tanya;
    Kalau kita nak ke eastern europe ni elok kita tukar dari RM ke USD atau RM ke EURO terus? Mana menguntungkan?

    senang mail to : sir_albar@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. *** RM ke USD pastu ke EURO
      atau
      RM ke EURO terus?

      Delete
    2. Wkslm..kalo elok tukar ke Euro sb memang akan guna Euro tu. So sekali tukar dan taklah byr komisen currency byk kali..tp elok jugak kalo nk standby USD sikit untuk emergency. Sama-sama..good luck

      Delete