Pagi ni aku check-out hostel jam 9 pagi lepas breakfast di lounge dia yang di caj 3 Euro.
Ada pilihan jem, butter,cheese, hot dog dan buah zaitun segala tuh. Dan roti keras. Ughh..boleh la tapi bukan breakfast idaman kalbu. Kalo kawin dgn orang Turki, mampu ko nak mengadap benda ni setiap hari? nehi.
Tiba masa untuk pulang dan dukung mak tapir 20kg.
Sebenarnya kembara ke Turkey ini belum lengkap lagi. Masih banyak tempat bersejarah yang belum sempat aku jejaki seperti Basilica Cistern, Topkapi, Anatolia, Cappodacia, Pamukkale dan banyak lagi sebenarnya kerana tak cukup kalau 4,5 hari di Turkey. Tapi apakan daya...
Ini seolah-olah nak isyarat pada diri bahawa 'no matter what, ko kena datang sini lagi.." kerana belum lengkap kembara Turki ni lagi. Yea, itu sekarang sudah menjadi azam aku untuk jejakkan kaki kesini lagi. I(harap duit mak tumbuh kat belakang rumah sebulan dari sekarang..berapa banyak tempat ko nak re-visit oiii..kashmir lagi...).
Malah aku tak return balik Istanbulkart yang masih berbaki 1TL dgn harapan len kali datang sini aku boleh guna kad tu lagi. Psiko eh?
|
Kemegahan bandar Istanbul |
Info yg dpt semasa di Istanbul adalah anjing dan kucing (stray dogs n cats) disini gemuk dan sihat kerana dikasi dan disuntik oleh Majlis Perbandaran. Kemudian org awam yg jaga dan mandikan mereka malah aku tgk ada yg selimutkan anjing..main dgn anjing...Pernah jd isu Majlis Perbandaran nak amik stray cat n dog ni tp public n NGO tak benarkan.. prihatinnya warga Istanbul ni pd mereka.
Lagi satu..Turkey adalah antara sustainable countries. Jadi jika berlaku krisis makan atau perang..ia boleh survive kerana negaranya menghasilkan cukup makanan utk keperluan rakyatnya serta cukup untuk keperluan generasi akan seterusnya.
Turkey byk improve semasa Erdogan jd Datuk Bandar Istanbul. Seperti tambah empangan, wujudkan saliran elak banjir, pemulihan Selat Bosphorus, kitar semula sampah jd gas kegunaan seisi rumah dan tingkatkan hasil pendapatan majlis perbandaran. Aku tgk kejayaan Erdogan n visinya ni dlm Khawater di TV Alhijrah. How Turkey improved dan berjaya.
Gambar Mustafa Kamal Ataturk ada di mana-mana dalam kedai dan di bangunan-bangunan disini.
Macam kat Malaysia most of kedai cina akan letak gambar Sultan Kedah yang pertama ke Agong..pelaris katanya.
Dalam hostel dekat reception ada Mustafa Kamal..even dalam dorm
pompuan pun ada? Ohh..aku rasa macam Mangkuk ni dok perhati je ladies
salin baju. Memang Turks sangat menganjungi dia, bapa kemodenan katanya.
Tak payah lah nak cari pasai gaduh kata dia sekular ke apa..nanti tak
balik Malaysia ko..silap haribulan orang jumpa ko dalam selat Bosphorus
dengan kaki dan tangan hilang tah kemana.
Fridge magnet gambo dia pun ada dijual...glamer macam retis. Kalo kat Malaysia haruslah jual FM Mahathir.
Dan Turki sangat maju berbanding Malaysia..pengangkutan awamnya, budaya seninya yg masih dipegang kukuh dan disuburkan, kemajuan teknologinya, kekuatan ekonominya (byk brg elektronik buatan Turki yang dieksport ke Eropah) dan dari segenap segi- Turki lebih ke depan dan mengatasi jiran Eropahnya seperti Bulgaria dan negara Balkan.
Bangsa Turki yang terkenal gigih, rajin, pembersih dan kental ini memang aku tabik dan kagum. Sangat berbangga dgn pekerjaannya walau seorang penjual karpet. Berprinsip dan tegas. (walau penipu ada di mana-mana tunggu menyembelih)
Cuma dengan keadaan semasa, Turki mungkin di syriakan dan diarabkan.
Keadaan dah nampak malah Malaysia sendiri telah mengalami 'Arab Colonialism'. Nasib baik bangsa Turki ni kuat dan gagah berdarah penakluk..kalo tak dah lama Turki diarabkan dan di eropahkan kerana kedudukannya.
|
Istanbulkart-mudah dan jimat |
|
ni breakfastnya..ada buah zaitun, cheese,hot dog dll..tak lalu okeh walau jenm dia sgt sedap. |
|
Roti dan coffee |
|
ni tempat makannya |
|
Assorted jam, honey and butter |
|
ni yang aku makan..rasa tak baloi dengan 3euro (Rm12) |
Lepas makan aku keluar hostel..hujan rintik membasahi bumi Istanbul dan suhu dingin mencengkam pagi itu. Jalan terus ke kawasan Taksim (dekat je..dalam 10 minit) dan ada bas ke airport (bas Havatas) yang sedia menunggu sama ada ke Airport Atartutk atau Sabiha Gokcen.
Tambangnya adalah 11TL (RM22) dan tak perlu beli tiket, konduktor akan kutip semasa dalam bas nanti. Station bas ni dekat simpang sebelum sampai Taksim, dekat trafik light. Dekat area bangunan kedai banyak dan restoren tu. Stesen dia bukan bangunan tapi sekadar pondok je dan bas park kat tepi tu. Tengok bas tulis Havatas..tu la dia.
|
bas Havatas |
|
ini basnya dan station menunggu penumpang |
Perjalanan ke Ataturk Airport mengambil masa lebih kurang sejam atau 40 minit. Akan melalui highway tepi laut. Sayu sunggguh nak meninggalkan Istanbul ni..
|
pandangan kali terakhir |
|
Suasana di Atartuk Airport |
Lepas turun bas, untuk masuk airport kedalam perlu scan beg dan manusia. Dan selepas pemeriksaan kastam, sekali lagi kena.
Selamat tinggal Turki..ada jodoh bersua lagi. Aku akan merindukan mu, Istanbul. Semuanya terlalu indah, terlalu cantik dan terlalu mempesonakan. Tiada tempat setara denganmu.
Kemudian aku terus ke balai berlepas dan bersedia untuk boarding ke Doha, Qatar.
Perjalanan 3 jam lebih ke Doha dan seterusnya boarding Doha-Kl. Tak tido sepanjang perjalanan..layan lagu Bon jovi dan Adele. Flight tak penuh.
Kerana perbezaan masa, keesokan harinya baru tiba di KLIA. Selesai sudah perjalanan selama dua minggu dan kali ni adalah trip yang paling aku puas hati selama melibatkan diri sebagai seorang backpackers.
|
dah rindukan Istanbul walau baru tinggalkan |
|
tempat yang sentiasa dalam bayangan aku |
|
tempat paling indah pernah aku jejaki |
|
Istanbul..keindahan mu mengatasi segalanya |
Hatiku memang tertinggal di Istanbul ni..bukan separuh tapi berparuh-paruh...in love not with just the country but with the people too.
Dan balik dengan rasa sedikit berat..kerana hanya beberapa hari aku disini, dan rasa tak puas.
Bila dah balik Malaysia aku godek-godek tiket tiket flight ke Istanbul..harganya lebih mahal dari tiket ke Paris. Ughh...berdarah mata.
Sejak balik dari Istanbul aku telah tanamkan azam untuk datang dan stay di Turki selama sebulan.
Tahun dan tarikh jangan tanya..tunggu duit aku beranak pinak dulu.
Mungkin aku boleh lakukannya..dengan keazaman yang sama untuk backpackpackers seperti yang aku lakukan ini. Hanya tunggu masa sesuai kerana komitmen mengatasi segalanya.
Sungguh, istanbul sgt indah. Terkenang2. Wajib revisit! Byk lg tmpt x cover 😂
ReplyDeleteBetul Ani..sangat best disini..hati dilamnai-lambai
Delete