Selepas sesat tak jumpa Bran Castle..aku decide tak apalah..aku jalan-jalan sahaja di bandar Brasov ni.
Lagipun tak tahan cuaca yang menyeksa jiwa raga ni..kejap je dah gelap.
Aku berjalan di kawasan pergunungan yang cantik, binaan rumah yang tipikal European serta jalan-jalan Romania yang bersih. Kemudahan infrastruktur disini baik..dijalan ada tanda arrow kiri kanan. utk OKU dan pendek kata Romania maju seperti bandar Eropah yang lain walaupun bekas jajahan komunis.
|
Rumah yang sweet sangat.. |
|
Gereja yang unik |
|
kawasan pergunungan |
|
jalan ke train station Brasov |
|
View dari jendela bilik hotel |
|
Bandar Brasov |
|
Add caption |
|
Lepak disini makan dalam kebekuan. |
|
kawasan hotel |
Di Brasov ni jugak..mood aku untuk ambil gambar ke parit..monopod patah..
Jadi aku takde mood sangat nak amik gambar walau kalau diikutkan Brasov ni cantik bandarnya.
Banyak rumah tradisional dan gereja yang unik.
Hasrat ke Bran Castle jugak tak kesampaian dan aku tak kisah la sangat.
Walau agak terkilan tapi tak semua yang kita rancang, yang kita hajatkan akan tercapai. Aku cuba pujuk hati jugak..tujuan utama aku singgah di Brasov bukan untuk ke Bran Castle.
Setiap pengembaraan akan ada peristiwa-peristiwa kejutan dan itu yang aku percaya.
Jadi petang tu dalam pukul 5 yang sejuk dan gelap, aku balik rehat di hotel.
Masak dan makan. Cuaca di Brasov benar-benar mencabar ketahanan aku untuk terus meneroka dan masa tu aku hanya terfikir keselesaan berada dalam bilik yang ada heater.
Di Brasov aku tukar tambahan lagi 50 usd ke Romania leu untuk beli tiket keretapi ke Budapest esok.
No comments:
Post a Comment