Perjalanan bermula jam 8.00 malam di stesen keretapi Brasov ke Budapest, Hungary.
Untuk masuk Hungary rakyat Malaysia tak perlukan visa, just passport je.
Aku amik second class dan takde bed. Tido je atas kerusi tu. Ramai jugak orang semasa gerabak berhenti di Brasov dan mulai berkurangan bila sampai di stesen-stesen selepasnya. Ini adalah perjalanan paling lama iaitu selama 13jam dalam keretapi. Aku duduk sebelah tingkap..takde view sangat memalam buta ni.
Sepanjang perjalanan aku membuta je sebab penat.(apa la yang ko penat sangat weii)
Kepala letak kat atas meja depan seat,sebab depan aku takde orang.
Lebih kurang camni dalam train cuma meja besar seperti meja makan |
Letih aku tengok. Aku memang dah tido mati dan sampai dekat border Romania-Hungary tu, polis Romania datang check passport dan cop bahawa kita telah keluar dari Romania..dekat wilayah Arad..bandar Curtici. Itulah sempadan antara Romania- Hungary. Aku masa tu mamai..bagi je dan ada jugak la inspector tiket datang check tiket.
Akhirnya sampai border Hungary. Train berhenti dan polis border pun datang.
Polis Hungary border perempuan datang bawak mesin scan passport..haa ni senang sikit. Tak payahlah dok amik passport kita pergi bawa pejabat depa check.
Polis Border Hungary tu scan passport aku, semak semua entry aku keluar masuk dan cop masuk Hungary. Lega. Paling senang masuk Hungary. Aku dok blur jugak masa tu..dalam pukul 4 ke 5 pagi masa tu.
Pastu aku sambung membuta dan pukul 8 pagi terjaga. Masuk dah ke Hungary dan hari makin cerah.
Yey... Malam di Romania dan bangun pagi di Hungary. Merentasi 2 negara untuk satu malam.
view sepanjang jalan..kat Hungary dah ni |
musim luruh masih bersisa |
cantikkan???? rumah desa di sepanjang laluan ketapi di Hungary |
stesen hentian ketapi |
comelnya rumah-rumah ni |
bekas negara komunis jajahan Soviet |
Akhirnya sampai Budapest Keleti station |
Suasana di stesen ni sesak dan ramainya manusia....dah hilang slow motion aku di Brasov.
Lepas ni jangan jalan hegeh-hegeh okeh?
Paling rilek semasa aku di Bulgaria dan Romania, small town dan takde kalut bagai. Tapi ni Budapest senah oiii..capital city of Hungary. Ko jangan buat jakun dan bergerak macam siput bab*.
Tu adalah motivasi instict aku..sepanjang jalan bila ko travel solo, memang la ko takde kawan tapi kawan aku adalah instinct aku dan kadangkala kau mengeluh cakap sorang diri jugak dengan dia. Dia akan bagi pros dan cons dan kadangkala memaki hamun aku sebab tak guna akal dan hegeh-hegeh.
Dan instict ni jugak menyumpah tuan dia yang semborono dan suka hati ubah itenary.
Bila aku sesat barat, dia cakap 'you deserved it' atau 'padan muka..gatai ubah sangat destination' atau 'sejuk cenggini sila la cari hostel murah senah oii..meh berjalan kaki 40km memalam buta ni'. takpun 'ko ni degil nak mampus,kepala besi.'' tapi ada juga masa dia berkata '' wow senah, cantiknya bandar ni.tak rugi ko jalan kaki sepuluh jam datang sini' atau ''rilek senah..ni azam kita..kau akan berjaya laluinya''. dan dia teman aku bila aku down dan lonely.
Kalau orang lain ada Mr. Imaginasi dan berkata seperti ''Mr. Imaginasi aku pergi ke Prague.,sebab tu takde ilham nak buat entry blog''..maka aku ada Mr.Instinct yang kacak dan bermulut puaka menemani sepanjang masa aku solo.
Aku bayangkan rupa Mr.Instinct aku seperti ini :
dia menemani aku sepanjang kembara solo ini |
Done part 1...xsabar nk bace part 2...mcm novel la awk tulis blog ni...sllu sy xbp minat nk baca ;) ..tp kali ni beriya plak...
ReplyDeleteThanks Yan
Delete