Kembara Turkey - Part 8 Ole-ole dari Turkey

Keindahan dua benua Istanbul
Disini aku highlightkan souvenir yang selalu orang beli semasa pergi Turki.
Ada yang murah dan ada yang mahal.
Aku beli ole-ole dalam RM500 jugak.. (250TL) dan banyak jugak dapat barang.
Kedai souvenir depan Masjid Suleymaniye ok jugak..harga berbaloi..dan yang di Sultanahmet pun not bad..dekat restoren sebelah kiri lepas turun tram.. yang mana akan ke basement dia.

Fridge magnet start dari 1TL (RM2) dan 2TL (RM4). Yang kreatif adalah untuk magnet seller tu siap bagi beg comel untuk wrap dia macam hadiah. Tak jumpa ditempat lain ok.
Beg comel untuk letak henpon tu 2TL (RM4) dan keychain Istanbul yang ada Evil eye tu 2TL.
T-shirt akan bermula pada harga 15TL (RM30)..agak mahal bagi aku..lebih mahai dari Korea.
Beg yang agak besar tu 5TL (RM10).

Bagi Turkish Delight atau Lokum, harga bermula 5Tl (RM10) hingga ke yang mahal.
Yang pinggan dan carpet aku tak survey sebab takde niat nak beli pun. (sedar diri tak berapa nak berduit)
kedai sweet dan spice
lampu-lampu ber identiti Turki

sepanjang sultanahmet area


fridge magnet paling murah, 1TL (RM2) kat Sultanahmet
magnet lagi

dan lagii

 pinggan hiasan ni taktau bopa rega

kedai souvenir di Sultanahmet yang turun ke basement

macam-macam ada

mug dan bowl
ni lah turkish delight..jernih dan ada yang tak.Dlm ada kacang atau plain.Yg dlm kotak adalah mini size..ni yg besaw
depan Suleymaniye mosque
suasana di jalanan

turkish delight..5TL sekotak dan keatas


Beg ni paling murah aku jumpa di sini..1TL..depan Suleymaniye mosque

Shawl dan lain-lain. sila abaikan mamat Turki yang super kachak tu
Bagi aku harga barang di Turki walau tak semahal di Vienna atau Budapest tapi cost makan dan pengangkutannya lebih kurang seperti di Eropah. Agak mahal. Jadi, bawalah duit berkoyan-koyan bila pergi sana. Kos makan aku rasa paling mahal dan hostel. Di Vienna boleh dapat hostel 10Euro..disini agak payah nak jumpa.
Dan yang aku beli adalah:
Fridge magnet..ada 1TL, dan 2TL..noted bungkusan plastik comel utk wrap FM..kreatif kan? tak jumpa kat tempat lain tau

Beg comel reganya  2TL, yang besaq sikit 5TL..dan key chain agak mahal tapi memang cantik..2TL
key chain yang paling aku sayang

Turkish delight 5TL sekotak, yang paling sedap adalah halva with cocoa tu..tapi potong sendiri
 Aku juga beli t-shirt dalam 5 helai, sehelai 15TL (RM30) so dah RM150. Kalau ada ramai suku sakat maka peluang untuk bankrup adalah lebih tinggi. Disni ada juga teh turki yang pelbagai perisa..tapi aku tak beli sebab macam tak ramai yang minat je.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat sebab Hagia Sophia je pun dah setengah hari..kena beratur plak nanti..not advised Mr Amin yer

      Delete
  2. just curious, masa ni duit malaysia tgh jatuh ke? sebab setahu sy, 1TL = dlm 70 sen je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni duit Malaysia 1usd=Rm3.5..masa tu duit turkey masih tinggi

      Delete
  3. duit malaysiablebihbtinggi or turkey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu duit LIRA lagi tinggi..sekarang ekonomi merudum..jadi duit RM lagi tinggi

      Delete