Hungary - Part 10 Budapest dan anjing

image google
Selepas menyusuri di tebing Sungai Danube aku ambil angin dan masuk ke Great Market Hall. Tengok apa yang patut dan berjalan kaki pulang. Tak naik tram. Jumpa sebuah taman dan lepak di bangku dalam kedinginan.
Budapest sesungguhnya kota yang cantik..klasik dan setiap lorong menampilkan karekter seni binaannya tersendiri. Warganya pulak semua adalah stylish, moden, cantik bergaya. Kalau setakat rupa bak Gwyneth Palthrow atau Gerard Butler tu takde apa la.Yang pelik adalah rupa exotic seperti kita.

Namun seperti setiap kota yang tampil sempurna,its ain't all peaches and cream.... Budapest juga mempunyai kekurangannya. Najis anjing, air kencing anjing bersepah di laluan dan kaki lima bangunannya. Terlalu ramai warganya yang membawa anjing keluar bersiar-siar dan binatang ini kencing dan berak ikut suka dia. Memang ada taman berpasir yang aku tengok untuk itu tapi namanya pun binatangkan??
Kalau rasa nak bersandar di pokok, duduk sekejap di tepi bangunan tu baik lah fikir seribu kali. Nak letak backpack sekejap hilangkan berat pun ngeri fikir.
Warga di sini memang pecinta anjing, kedai 'Royal Canin' ada dimana-mana.
Ada jugak permandangan sebegini di Romania dan Bulgaria tapi lebih obvious di Budapest.
Jadi jika berjalan pakai skirt labuh tu, maka pergi lah tuntut bayaran kat majlis perbandaran ok.
Yang bagusnya anjing ni memang tak kacau orang dan baik je dok bersiar-siar tu.
Tapi bau air kencing dan najis anjing sangat kuat..ni musim sejuk jadi taklah kuat sangat. Kalo musim panas? haa..seksa batin. Tapi itulah keunikan sesebuah kota dan tempat.
Namun banyak kali juga aku terserempak dengan lelaki atau perempuan yang kencing tepi disini. Maybe homeless..toiet atau WC nak masuk memang agak mahal..dalam 1.50 duit kita. sebab tu kot orang yang susah sanggup buang air je kat lorong-lorong..


lepak kat taman depan building ni
Kemudian aku rasa sepanjang kat Bulgaria, Romania dan Budapest ni tak pernah sekali pun aku makan kat luar. Yang aku selalu beli adalah susu, buah dan roti. Nasi balik makan kat hostel. Sekali je sehari..tapi tak rasa kuruslah jugak, cehhh. Susu benda paling utama dan penting. Minum susu boleh bekalkan tenaga sepanjang hari  dan cukup walau aku berjalan kaki berpuluh km.
Kali ni decided nak makan kalau jumpa restoren halal.
Aku jalan kat kawasan tu yang hala nak balik ke Baross Utca tu then jumpa satu kedai turkish kebab.
makan kat sini


puas makan...
Aku masuk je mamat Turki tu bagi salam. Happy kot jumpa aku, (perasannya)..hensem mamat tu..seronok jumpa sedara seislam agaknya. Sengih je..siap amik order aku padahal tu bukan kerja dia..dia chef. Haa..tengok betapa bagus reputasi Malaysia kat obersea nun sampai celah mana pi pun orang sanjung. Bangga beb.
 Dan aku order kebab daging dan roti simit yang ada daging dalamnya. Kebab tu besar, tak larat abiskan dan roti tu aku end up tapau.
Jumlah aku makan adalah 900 huf (Rm12) ..murah sebab air pun aku tak beli. Air dia adalah air botol dan teh turki tu so aku malas nak beli sebab aku pun memang bawa kemana-mana air dalam botol.
Lepas makan aku jalan-jalan pergi tengok peta Metro..esok nak naik bas ke Slovakia pulak.

jumpa benda ni kat metro

stesen metro
Kemudian lalu kat Tesco Budapest, comel je Tesco dia.

takde besaq macam Tesco kita
sunyi pada musim sejuk



Masa berjalan tu, aku jumpa kedai secondhand. Dia jual ikut kilo, sekilo brg adalah 1299 huf..ada baju, kasut, mainan dan meriah jugak kedai ni. Mermandangkan kasut aku dah haus dan dah terbelah tengah, maka aku beli sepasang kasut yang harganya cuma dalam 1200 huf (Rm15).
kasut orang susah..yg kuning tu banyak jasa dan tempat pengebumian dia adalah di Budapest
Lepas beli kasut, aku jalan kaki balik. Hari dah gelap dan penatnya..puas berjalan dan tengok bandar Budapest hari ni.
Masalahnya pintu aku psiko..bila buka gate tu boleh ,nak tarik kunci keluar tak boleh. Dalam 20 minit juga aku dok terkial-kial depan pintu tu..masuk boleh dah..nak tarik kunci tu susah sangat. Orang lalu lalang dok tengok dah..haih..nak je aku baca serapah 'inseng matakaji semarang nyingsong'' kat dia. Hampeh tak jalan. Last-last aku terpaksa minta tolong seorang wanita yang bawak 2 ekor anjing bersiar. Dia yang tolong cabutkan kunci tu dari tombol..lega.. anjng dia dua ekor tu gesel-gesel kat kaki mak ni haaa.
Nasib comel. Hehe..lepas say thanks semua, baru lega. Masuk bilik dan nikmatnya hempukkan badan di katil.

Esok akan bergerak ke Slovakia pulak. Hidup nomad yang memang mengujakan tapi kadangkala memenatkan. Bayangkanlah kalo backpack selama sebulan dua?? dan pergi ke serata region?
Mak tabik kepada orang macam tu. Rasa macam nak buat jugak tapi ntah bila.
Balik hotel, masak nasi untuk buat nasi bawak bekal ke Bratislava esok. Sambil tu try kasut baru yang secondhand..(ciweenya).

No comments:

Post a Comment