Saturday, January 3, 2015

Thailand- Songkhla Aquarium

Aquarium ni terletak dekat jugak dengan Pantai Songkhla.
Kat luar ada go-kart, ATV dan banyak lagi games, gerai-gerai dan masa aku pergi tak sesak macam public holiday yang lain.
Pada aku Songkhla Aquarium ni ok la dengan harga dia..Dewasa 300 bath (Rm30) dan kanak-kanak 200 bath (Rm20) dan memang lah Aquaria KLCC lagi best sebab harga lagi mahal.

Bagaimana pun highlight utama bagi aku disini adalah pertunjukan bagi makan ikan dan penyu tu. Aku tau ada kata benda ni menjijikkan bila mamat feeder tu peluk.. menari dengan ikan tu, teasing bagi penyu makan ..dan seolah nak mempermainkan ikan. Up to you lah nak kata apa tapi aku terhibur. Mat saleh adalah ramai yang tak suka bila tengok show ni, sebab macam seksa binatang gitewww.
Bagi mereka ni adalah 'strange feeding time'.Masa untuk feeding time ni lama jugak..dalam 30 minit kot. Ada kerusi dan spotlight dekat situ untuk penonton. Mak adalah kagum sebab memang biasa orang yang tak reti berenang kagum kt scuba divers.
Dan ikan atau penyu tu tak nampak terseksa pun cuma nampak mamat feeder tu adalah sangat affection dengan semua binatang dalam aquarium tu. Dia feeling haiwan dalam tu semua adalah gefren dia. Belai, peluk peluk, cium-cium haihhh memang feeling abis. Bagaimana pun mamat feeder ni adalah comel dengan small figure dan patutlah kan? Kalau hagak badan macam mak ni mau serupa penyu yang nampak perut semata tu.

Dan muzik latar dia errr aku rasa macam lagu Audio Machine Life and Breath tu..tapi maybe aku silap. sedap sangat lagu latar dia.
Untuk tengok show ni. ada waktu tertentu. Show feeding time:
-10.45am
-12.00pm
-1.15pm
-2.30pm
-3.45pm


depan aquarium


Masuk dalam ni boleh dengar taklimat visual pasal Songkhla..sejarah dan asal usul nya dari Kerajaan Singgora. Pada aku tak berapa best taklimat ni sebab hanya memaparkan  Songkhla yang tak menarik adaptasinya. Boleh je nak skip terus ke dalam aquarium. Rasa macam tak update tayangan visual ni. Macam lama punya video. Tayangan dalam 10 minit gitu.
visual penerangan

entrance

kuda laut tengah mengawan

Jerung
Highlight of the Aquarium ni..feeding time show. Mak feeling romantik sebab muzik dia yang best..jiwang la pulak.
mamat ni nampak comel jerr





Ikan garupa yang besaq alam. Masak lomak pun sodap!

Cute sangat mamat nih dalam topi santa

feeding time




Dia peluk macam girlfren dia..kemain lovey dovey
Keluar dari aquarium ni ada jualan aiskrim dan snack.

nk beli souvenir pun ada

2 comments:

  1. Sekali baca ingatkan kerajaan singapura... Rupanya kerajaan singgora... Maafkan Mak... Mata mak tetiba juling... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS,
      Haipp..nak kena rotan ni..mai belajaq sejarah balik

      Delete