Monday, December 8, 2014

Summary Solo Backpack ke Turki dan Central Eastern Europe

the map..not exactly cross danube
Istanbul to Vienna
Tamat sudah solo backpack aku yang mengambil masa selama 2 minggu ke Turki dan Central Eastern Europe (CEE) yang menjejak ke 6 buah negara Eropah. Perjalanan yang bermula pada 22 November sehingga 5 Disember 2014 ternyata sangat berbaloi.
Alhamdulillah tercapai hajat yang dirancang.

Memang berpuas hati sepanjang backpack ni..aku mengikut cara aku sendiri. Banyak yang aku lihat, dengar dan belajar. Masa ni jugak aku risau mengenai epidemik Ebola. Mana tau tetiba terinfected virus tu..balik samaada dengan kereta mayat ataupun dengan sut angkasawan. Tapi aku gagahkan diri dan bertawakkal. Dan Allah melindungi aku akhirnya.



Perjalanan overland yang bermula dan berakhir di Turki dan melalui Bulgaria, Romania, Hungary, Slovakia dan Austria memang mencabar diri aku untuk buat spontaneous plan. Apa yang aku rancang akhirnya aku ubah dan ikut rasa hati.

Itenary aku adalah seperti berikut:

1. Day 1 (22/11/14)
KL - Doha Qatar- Istanbul Turkey
Istanbul to Ruse Bulgaria (overnight on bus 12 hrs)

2. Day 2,3 in Bulgaria-2 days 1 night in Ruse
Day and overnight in Bulgaria
Ruse tour
Ruse to Brasov Romania (Train 5 hrs)

3. Day 3,4,5 in Romania- 3 days 2 night in Brasov
Brasov tour
-Transylvania, sightseeing in Brasov
Brasov to Budapest Hungary (overnight on train more than 12 hrs)

4. Day 6,7,8 in Hungary-3 days 2 night in Budapest
Budapest tour
-The chain bridge, Buda side, Great Market hall, Vaci utca 
Budapest to Slovakia (Bus 3-4 hrs )

5. Day 8,9 in Slovakia- 2 days 1 night in Bratislava
Bratislava old town tour
Bratislava to Vienna Austria (1-2 hrs)

6. Day 9,10,11 in Austria- 3 days 2 night in Vienna
Vienna tour
-Stephansdom, Stadpark, Hauptbahnhof, Stephansplatz
Vienna to Turkey by flight (3 hrs)

7. Day 11,12,13,14 in Istanbul - 4 days 3 night in Istanbul 
Istanbul tour
-Blue mosque, Hagia Sophia, Taksim, Suleymaniye, Grand Bazaar, Spice Bazaar, Eminonu
Return to homesoil KL - transit at Doha (5/12/14)

Pada mula perancangan aku bercadang untuk ke Sofia Bulgaria dari Istanbul tapi aku tukar last minit dan terus ke Ruse, sebuah bandar di sempadan Bulgaria yang bersempadan Romania. Tidak sia-sia, Ruse adalah bandar kecil yang cantik dan di gelar 'little Vienna'.
Keseluruhannya aku akan tinggal disuatu bandar itu selama 2 hari semalam, 3 hari 2 malam dan paling lama pun di Istanbul iaitu selama 4 hari 3 malam. 
Tulisan Cyrilic

Bandar Ruse yang tenang
Kemudian plan aku untuk tinggal di Bucharest juga aku ubah yang mana aku terus ke Brasov Romania. Hanya singgah sebentar di Bucharest Nord untuk tukar gerabak. Brasov terletak dekat wilayah Transylvania yang terkenal kerana dikatakan dracula berasal dari sini (kononyalah dalam Bram Stoker novel) dan filem Van Helsing.
Sebab itu aku tidak boleh menempah hotel dan tiket pengangkutan kerana aku mengembara mengikut kehendak aku bila sampai di suatu tempat. Aku bukan manusia yang stick to the plan yang dibuat setahun sebelum bertolak. True traveller has no plan eh?


Gereja di Brasov
Budapest Hungary
bandar Obuda
Dari Brasov aku ke Budapest Hungary dan inilah bandar paling cantik yang pernah aku tengok. Berat rasa hati meninggalkan Budapest dan aku boleh tinggal di sini seberapa lama yang boleh. Betul kata kawan aku, Budapest adalah antara bandar tercantik di Eropah. Tak sia-sia aku dengar cakap dia dan singgah di sini walaupun aku macam 'eh dia ni..suka ati aku la nak pergi ke tak' bila dia dok kata 'u should visit Budapest, one of the Europe most charming city..'
Chain Bridge yang famous
Kemudian aku ke meneruskan langkah ke Bratislava, ibu kota Slovakia dan tinggal semalaman disana. Bandar kecil ini hanya seperti Melaka dan stesen bas pun sempoi gila. Bagaimanapun bangunannnya cantik dan berseni seperti mana Eropah Timur yang lain.
Di tebing Danube river di Bratislava
Dari Slovakia aku melangkah ke Vienna Austria dan cuaca ketika itu semakin sejuk dan hujan gerimis hampir sepanjang masa.
Kota Mozart yang mana penghuninya sangat menghargai opera dan muzikal ini indah dengan klasik bangunannya serta suasana malam yang bercahaya meriah dengan persembahan teater dan konsert-konsert muzik bertaraf dunia.
Vienna at night

Stadtpark Vienna dengan figura Johann Strauss

Vienna
Tempat yang paling sejuk adalah Romania dan Budapest. Aku hanya mempunyai lebih kurang 8 jam untuk meneroka bandar-bandar yang aku lalui kerana menjelang pukul 4 petang keadaan seperti menjelang senja.
Pukul 5petang adalah seperti pukul 8 malam.
Musim luruh masih kelihatan dengan daun-daun maple dan willow kekuningan. Cantik dan syahdu sekali.
Ketika di Brasov Romania pulak salji turun sedikit dan paginya kelihatan pemilik kereta mengikis salji di cermin hadapan yang mana mengambil masa sehingga setengah jam. Azab aku yang melihatnya, dengan cuaca yang mengigil tu.
Sepanjang aku disana cuaca waktu siang adalah 2c-5c dan waktu malam boleh menjunam ke suhu 0c hingga negatif. Memanglah  mandi pun sekali je sehari.
Dan kata-kata meragukan yang menggambarkan Eastern Europe seperti Romania dan Bulgaria berbahaya, tak selamat tidak aku temui disini. Malah malam buta berjalan di Brasov Romania seorang diri menafikan tanggapan itu.

Dari Vienna aku menaiki flight Turkish Airlines ke Istanbul.
Dan akhirnya...highlight solo backpack aku ini menjelma. Tujuan utama adalah Turki kerana dah ramai sangat dok puji Istanbul aku akhirnya terpengaruh. Sanggup membatalkan destinasi ke London dan Paris kerana Istanbul. Nak rasa bagaimanalah Istanbul yang hebat sangat tu?
The majestic Hagia Sophia
Sampai di Turki lega rasanya kerana cuaca dalam 13c waktu siang, dengan berlagaknya aku tanggalkan semua winter coat aku padahal orang Turki pun masih pakai sweater.Rasa rileks bila suhu nyaman dan tak seperti CEE.
Dan bahawasanya aku mengaku bandar paling cantik di dunia bagi aku adalah Istanbul.
Keajaiban dan keindahan kota yang mempunyai soul ini sangatlah nyata dan terasa masuk dalam jiwa. Suasana Istanbul memang romantik dan membuai rasa.
Seriously aku boleh duduk diam di taman yang di apit Hagia Sophia dan Blue Mosque sepanjang hari tanpa perlu buat apa-apa. Istanbul, I could gazing at you for the rest of the day and night....with admiration and pleasure.. Seolah ada kuasa ajaib yang menarik dan hati terasa sungguh tenang disana. Can't take my eyes off you..Can't take my mind from you..(dah,dah hentikan.)

Bukan hanya aku yang merasainya..pengalaman backpackers lain juga bila kami bercakap mengenainya di hostel. Dan mereka bukan seorang muslim pun. Tiada ayat yang boleh menerangkan keindahan dan keasyikan bandar Istanbul ini...aura Istanbul sangat kuat dan hening..keep me calm dan absorb in my soul. walau ia metropolitan yang sesak, antara bandar terpadat dunia namun aku tak rasa pening, sesak dan stress.

Patutlah semua scholar dunia pernah berkata :

1. ~If one had but a single glance to give the world, one should gaze on Istanbul.

2. ~If the earth was a single state, Istanbul would be its capital.  
-Napoleon Bonaparte

3. ~Istanbul, a universal beauty where poet and archeologist, diplomat and merchant, princess and sailor, northerner and westerner screams with same admiration. The whole world thinks that this city is the most beautiful place on earth.
-Edmondo De Amicis

4. ~People were right when they say there is no other place on earth as beautiful looking as Istanbul.
-Chateaubriand


Blue Mosque/Sultanahmed
Dengan ini aku declare bahawa Istanbul adalah my second home, I found where my heart is. Kalo orang lain pergi Korea, Bandung, UK umpama balik kampung maka aku lepas ini aku ke Turki lagi.  ( feeling sedara Sultan brunei konon....cait..)
Tiada bandar yang boleh membuatkan aku pergi berkali-kali tapi Istanbul nyata sangat mempersonakan. Pertemuan benua Asia dan Eropah yang pernah menjadi rebutan empayar besar dunia. Istanbul sangat mistikal dan penuh perasaan bila melangkah di setiap jalan-jalannya yang berbatu purba, mendaki curam dicelah deretan ukiran halus bangunannya dan menikmati hembusan Selat Bosphorus yang sejuk.

Unik. Gabungan old city dan moden, unsur purba yang epik, pertembungan dua budaya terhebat dalam sejarah dan kesan tinggalan kegagahan empayar Ottoman yang nyata buat sesiapapun terpegun. Tiada tempat lain yang mempunyai sebegitu banyak monumen sejarah yang majestic kecuali di Turki/Italy.
Percaya tak lepas balik beberapa hari, aku masih mimpikan Istanbul. Ah..terbawa-bawa.
Dan bila bercakap dengan orang yang pernah ke sana..jawapannya..'aku harus kesana lagi, rindu sungguh dengan Istanbul'. Bukan hanya aku yang over-react kan? Its magical, its spectacular and its fill your soul.
Walaupun katanya begini:

''When you’re a rookie, you have favorite countries. You even have your obligatory lists: the countries you like, the countries you dislike, and the countries that you’d never return to.''

Tapi mungkin aku hanya masih lagi seorang rookie..yang tetap mengatakan bahawa Turki is my favourite countries. Atau kerana aku masih belum mengelilingi dunia dan belum mengembara ke berpuluh-puluh negara seperti hardcore backpackers yang menetap setahun dua di negara asing.

merindukan mu..
oh..hatiku bagai dilambai-lambai oleh blue mosque..Setiap malam di Istanbul aku akan duduk disini berjam-jam menikmati keindahan dan kesyahduannya.
magical Istanbul


Enough of Istanbul..aku rasa senang bergerak sendirian dan solo backpack ini banyak membuatkan aku berfikir, bertindak sendiri dan mencari penyelesaian sendiri. Overall aku sangat berpuas hati sepanjang backpack ini. Aku hanya bawa RM2900 sahaja cash dan tukar ke USD, lira dan Euro.

Dan guess what? perbelanjaan aku di sana hanyalah lebih kurang RM2000, lagi RM500 beli souvenir di Turki, dan baki adalah RM400 yang mana aku bawa balik. Memang jimat. Sebab aku bawa rice cooker dan sambal, kari segala. Di CEE aku tak makan sangat kat luar kecuali roti,susu dan buah. Ada kala masak nasi goreng.
Makan sekali je sehari..bukan sebab aku kedekut..tapi aku malas nak cari makanan halal plus tak lapar sangat pun dalam suhu dingin disana. Mungkin excited lebih kot dan jiwa terisi jadi makanan bukan keutamaan.
Aku hanya makan burger fish di McD dan Burger King sesekali.
Dan..jangan samakan bacpack aku dengan backpack orang lain, yang memang bertujuan nak pergi ke tempat terkenal dan landmark negara. Landmark terkenal yang aku pergi hanya di Turki..di CEE lain jika aku sempat dan ada duit lebih aku pergi. Jika tak aku sekadar menikmati keindahan manusia dan kotanya.

Jadi disini moralnya tak perlu nak kena kaya baru nak pergi melancong ke, backpack ke kerana kita yang kawal semua tu. You are your own mastermind.. Memang kalo mengembara, keutamaan aku bukan nak makan dan shoping. Yang utama nak tengok other side of the world, menikmati alam dan pengalaman berbeza. Paling banyak gambar aku ambil semasa di Turki dan Budapest. Paling sedikit di Romania dan Bratislava.
Bajet yang paling besar adalah hotel/hostel dan pengangkutan.
Keseluruhan perbelanjaan adalah RM2000 campur flight tiket RM2380 dan tolak campur adalah RM4400 sahaja.dan tempoh yang agak lama. Dan dalam trip ni aku letak 1TL bersamaan Rm2 kerana itu rate yang dapat semasa tukar di KL Sentral. So aku ikut bajet aku..uolls nak pi boleh dpt lg murah rate currencynya.

Dan aku tak tahu, what have I done in my life to deserve this....yang menyebabkan backpack solo aku ni sering sahaja dimudahkan. Seperti wanita yang memberikan isyarat agar naik bas yang betul di Bratislava, lelaki Romania yang dalam kesejukan malam masih mampu menunjukkan aku hotel sehingga tunggu aku settle masuk bilik, lelaki Tunisia di Budapest yang sangup call berpuluh kali hotel kwn2 dia utk dptkn aku penginapan,  wanita tua di Vienna yang melihat aku resah kerana City Train ke airport tidak berhenti di station yang aku tunggu dan datang bagitau aku bahawa nanti akan ada train OBB ke Schwechat dan airport. Dan dia tunjuk isyarat agar aku naik train tersebut.Biarpun tanpa memahami bahasa yang diucapkan. Terharu adalah perasaan yang berbaur bila merasa kita mengembara keseorangan, tapi masih ada insan yang memahami kesukarannya.

~“Long-term travel doesn’t require a massive bundle of cash; it requires only that we walk through the world in a more deliberate way.” — Rolf Potts

~“Without new experiences, something inside of us sleeps. The sleeper must awaken.” – Frank Herbert

Akan menyusul catatan perjalanan pengembaraan ini nanti.


44 comments:

  1. Wow bestnye... Teringin jugak nak sampai sana tapi ntah bile...

    ReplyDelete
  2. wow..envy u. harap one sweet day dpt jugak backpack seperti saudari:)

    ReplyDelete
  3. Salam kenal Azaleania,

    Terjumpa blog you ni sebab tgh dok cari info juga pasal Southeastern Europe terus bookmarks =)

    ReplyDelete
  4. SS, s@!e, Hidayah,
    Thanks ats comment.

    ReplyDelete
  5. Tahniah...Allah beri keberanian dan ketabahan serta mempermudahkan perjalanan anda. ini menyuntik semangat kpd pengembara lain utk mencuba. Terimakasih krn berkongsi cerita.

    ReplyDelete
  6. Tahniah...Allah beri keberanian dan ketabahan serta mempermudahkan perjalanan anda. ini menyuntik semangat kpd pengembara lain utk mencuba. Terimakasih krn berkongsi cerita.

    ReplyDelete
  7. Salam Azaleania,

    Indahnya cerita anda. Terjumpa blog ni and now excited nak baca next story...

    ReplyDelete
  8. Thanks too Rasimah dan Safura sudi jenguk

    ReplyDelete
  9. Kagum ngn tulisan awk..sy teringin nk melawat Budapest... ;)

    ReplyDelete
  10. i want to go there next year..pls help me..ehhehe can u email me pls...

    ReplyDelete
  11. Hi. Ramai yg cadangkan para traveller memilih point of entry jika bercadang nak ke europe. Soalan saya, jika saya memilih utk arrival city istanbul dan departure dr Munich. Apa pro and cons nya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pronya adalah tak perlu patah balik ke point of arrival. Munich salah saru jantung Europe, senang nk connect ke negara lain. Lebih bebas nak meneroka.
      Cons nya adalah tiket one way lebih mahal.

      Delete
  12. terbaik sis! btw, bole tak sy nak contact sis secara personal sbb ada sentence2 yg masih kurang jelas dan sebab saya pun akan solo backpack jugak haha

    ReplyDelete
  13. Ko siap sedia ah komen aku tiap entri hahaha. Subhanallah lawa giler tempat ko gi. Banyak tempat yang jarang orang jejak. Thanks for sharing beb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh.. ko dah baca eh entri ni? hehe aku gigih post komen dlm blog ko agar ko tau perasaan aku kat Turkey. Thanks

      Delete
  14. Salam sis...bole tak saya nk keep intouch personal :)

    ReplyDelete
  15. As Salam. Nice travelogue with good info! Just found that you are a women! salute ah! I nak tanye more info pasal Istanbul please..here is my email jalilah77@gmail.com
    Looking forward to hearing from you!
    Thanks so much.

    ReplyDelete
  16. As Salam Sis Azaleania...
    In Sya Allah dalam bln Dec ni, sy akan melawat Budapest...sy ada soalan nak tanya Sis Azaleania...blh sis email sy... umikalsumsamsuddin@Gmail.com... sangat2 mengharap :-)

    ReplyDelete
  17. Salam... Mintak itenary boleh? Plan nk backpack. Email mzamy612@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm, itenary saya simple jer..macam yg sy mention kat atas post tu

      Delete
  18. Salam... tahniah tahniah dgn kejayaan solo travel..... kipidap..

    ReplyDelete
  19. salam,

    saya plan nak ke istanbul 2016. backpackers. ade sesiapa yang berminat tak? mencari backpackers lain utk join sama2 jelajah turkey.
    thanks blogger for the great info! appreciated it

    pls whatsaap me

    0122985313
    harisa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai there,, sy pun plan nak ke istanbul mac 2016 ni :)
      nak join x?
      btw, sy travel solo :)

      Delete
  20. Saya pun nak travel as backpacker this year..

    ReplyDelete
  21. Azleania,may u email me,got few things to ask
    sfk1809@gmail.com
    Tq

    ReplyDelete
  22. Azleania,may u email me,got few things to ask
    sfk1809@gmail.com
    Tq

    ReplyDelete
  23. Best info....tp klu english ko...msh blh trvl solo ke.....
    ....sebb bajet ada n cuti thn nie

    ReplyDelete
  24. Best info....tp klu english ko...msh blh trvl solo ke.....
    ....sebb bajet ada n cuti thn nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..bawak kamus dan tau basic je pun takpa. Diorg pun bukan negara yg ckp inggeris so no prob

      Delete
  25. hi there! nice entry sis. I will be travel to Istanbul also solo trip on this coming October 2016. the end of the month! anyone who wanna join bleh la roger2 ;) lovely.syra@yahoo.com

    ReplyDelete