Austria - Part 1 Vienna hari pertama

Perjalanan ke Vienna hanya mengambil masa kurang sejam dari Bratislava.
Masuk Austria tak perlukan visa untuk rakyat Malaysia dan boleh tinggal hingga 90 hari tanpa visa.
Bas Eurolines Slovak berhenti di stesen Wien Haufbahnhof. Stesen Metro dan pengangkutan darat kawasan ni.
Wien Haupbahnhof

Lepas turun bas, bermulalah misi aku untuk mencari penginapan di Vienna.
Banyak hotel tapi bajet mak adalah ciput!
Jadi aku berjalan-jalan mencari hotel murah dan selfie sekejap-kejap. Jauh jugak akui berjalan lebih kurang 3kilometer kot...last-last dah tak larat. Kemudian aku pergi ke tempat teksi dan tunjuk dia alamat hostel. Dia tak tau hostel tu tapi dia hantar aku ke Wien Haufbahnhof balik! dia kata tu la kawasan hostel tu. Adeh la...kena caj 10 euro. Masa tu rasa nak sumpah seranah jugak pemandu teksi sengal tu. Tapi dah naik takkan tak nak bayar?? puas aku cakap aku nak pergi alamat hostel tu..dia dah le satu hapa tak faham English. Mak redha you..nak buat macamana..bukan macam itik cakap ayam lagi dah sebab kalau tak boleh gak bunyi sama sebab ada paruh..ini kira itik cakap dengan lembu.

Sampai kat Wien  Haupbahnhof tu aku lepak sekejap dalam stesen metro yang besar tu. Ada kafe, farmasi dan kaunter info. Syarikat OBB iaitu rangkaian keretapi terbesar di Austria ada kaunter disini.
Last-last aku keluar..dalam pukul 5 petang tu dan gelap, hujan gerimis dan dukung mak tapir ikut langkah kaki. Belek alamat hostel dan aku keluar menghala ke arah bertentangan dari arah yang aku pergi mula-mula tadi. arah tu agak sunyi dan bukan ke pusat bandar nampaknya. Ada menara tingggi pejabat OBB sebagai landmark. Jalan dan berjalan..sambil dok pikir tah ada ke tak ni hostel?? Aku menapak hampir 20 minit dari stesen tadi....then aku tengok ada signage hotel tu!!! yay seribu kali.
 AO Hotel and Hostel signage..Ya Allah leganya..
Jalan utama dari Haupbahnhof tu terus jeee, then lintas jalan..hostel tu sebelah kiri jalan. Masuk simpang yang ada bank tu. Ahhhh...gumbira you. Pemandu teksi Vienna  (ke pemandu palsu) pun taktau kat mana alamat tu tapi mak yang datang dari celah mana ni jumpa sendiri! Haa..cepat tabik 40 kali kat mak ni.
Masuk je hostel yang nampak grand tu pegi kat reception. Amik female dorm 14 euro semalam. Aku amik 2 malam disini. Di sini ada jugak service sewa basikal..memang Vienna bandar basikal.
ni hotel dan hostelnya..2 dlm 1.
Lepas check -in aku rehat, mandi dll.
Jumpa sorang backpackers German..umur dalam 50 thn kot. Sembang dengan dia kejap..dia cakap German, aku cakap Melayu. Wah mak dapat inspirasi nak pergi German pulak lepas ni. Then, dia buka siaran TV ada lagu Krismas ke apa..siap nyanyi lagu tu. Oh taulah mentang-mentanglah Austria guna German language..senanglah hati  dia. Mak tak jeles cuma berdarah hati je tengok dia feeling sambil nyanyi tu.
Katil bawah semua dah penuh so kena amik yang upper bed. Hostel ni sangat selesa..bilik air tak perlu share, ia dalam bilik je dan nak masuk guna kad.
Moden dan comfort.

2 comments:

  1. Gmbr mak tapir xd ke??? Nk la tau jgk besar mana dia ^-^

    ReplyDelete
  2. cik yan...
    85liter punya..nak tengok try usha entry slovakia..mak tapir tu ada tersandar kat bangku taman bratislava

    ReplyDelete