Saturday, December 20, 2014

Backpack Hungary -Part 1 Dari Romania ke Hungary


Perjalanan bermula jam 8.00 malam di stesen keretapi Brasov ke Budapest, Hungary.
Untuk masuk Hungary rakyat Malaysia tak perlukan visa, just passport je.
Aku amik second class dan takde bed. Tido je atas kerusi tu. Ramai jugak orang semasa gerabak berhenti di Brasov dan mulai berkurangan bila sampai di stesen-stesen selepasnya. Ini adalah perjalanan paling lama iaitu selama 13jam dalam keretapi. Aku duduk sebelah tingkap..takde view sangat memalam buta ni.
Sepanjang perjalanan aku membuta je sebab penat.(apa la yang ko penat sangat weii)
 Kepala letak kat atas meja depan seat,sebab depan aku takde orang.
Lebih kurang camni dalam train cuma meja besar seperti meja makan
 Kat sebelah aku ada mamat Russia dua orang yang dok bergelak ketawa sampai pagi dalam ketapi sambil minum beer dan makan-makan. Tak penat ke diorang ni?
Letih aku tengok. Aku memang dah tido mati dan sampai dekat border Romania-Hungary tu, polis Romania datang check passport dan cop bahawa kita telah keluar dari Romania..dekat wilayah Arad..bandar Curtici. Itulah sempadan antara Romania- Hungary. Aku masa tu mamai..bagi je dan ada jugak la inspector tiket datang check tiket.
Akhirnya sampai border Hungary. Train berhenti dan polis border pun datang.
Polis Hungary border perempuan datang bawak mesin scan passport..haa ni senang sikit. Tak payahlah dok amik passport kita pergi bawa pejabat depa check.
Polis Border Hungary tu scan passport aku, semak semua entry aku keluar masuk dan cop masuk Hungary. Lega. Paling senang masuk Hungary. Aku dok blur jugak masa tu..dalam pukul 4 ke 5 pagi masa tu.
Pastu aku sambung membuta dan pukul 8 pagi terjaga. Masuk dah ke Hungary dan hari makin cerah.
Yey... Malam di Romania dan bangun pagi di Hungary. Merentasi 2 negara untuk satu malam.

view sepanjang jalan..kat Hungary dah ni

musim luruh masih bersisa
 Sepanjang jalan banyak view stesen ketapi yang terbiar. Dan jugak aku tengok ramai pekerja binaan sedang membuat upgrade stesen ketapi sepanjang laluan. Dalam sejuk pagi tu mereka berkerja keras mengorek tanah, angkat batu dan sebagainya.Ada jugak view rumah dan ladang yang comel sepanjang jalan. Geram tengok.. ala-ala Anne of Green Gable jugak lah. Nak kata ala Sound of music tu tak boleh, kena gi Salzburg.
cantikkan???? rumah desa di sepanjang laluan ketapi di Hungary

stesen hentian ketapi

comelnya rumah-rumah ni

bekas negara komunis jajahan Soviet



Akhirnya sampai Budapest Keleti station
Keretapi sampai di Budapest Keleti lewat dari jadual iaitu jam 10.30 pagi.
Suasana di stesen ni sesak dan ramainya manusia....dah hilang slow motion aku di Brasov.
Lepas ni jangan jalan hegeh-hegeh okeh?

Paling rilek semasa aku di Bulgaria dan Romania, small town dan takde kalut bagai. Tapi ni Budapest senah oiii..capital city of Hungary. Ko jangan buat jakun dan bergerak macam siput bab*.
Tu adalah motivasi instict aku..sepanjang jalan bila ko travel solo, memang la ko takde kawan tapi kawan aku adalah instinct aku dan kadangkala kau mengeluh cakap sorang diri jugak dengan dia. Dia akan bagi pros dan cons dan kadangkala memaki hamun aku sebab tak guna akal dan hegeh-hegeh.
Dan instict ni  jugak menyumpah tuan dia yang semborono dan suka hati ubah itenary.

Bila aku sesat barat, dia cakap 'you deserved it' atau 'padan muka..gatai ubah sangat destination' atau 'sejuk cenggini sila la cari hostel murah senah oii..meh berjalan kaki 40km memalam buta ni'. takpun 'ko ni degil nak mampus,kepala besi.'' tapi ada juga masa dia berkata '' wow senah, cantiknya bandar ni.tak rugi ko jalan kaki sepuluh jam datang sini' atau ''rilek senah..ni azam kita..kau akan berjaya laluinya''. dan dia teman aku bila aku down dan lonely.
Kalau orang lain ada Mr. Imaginasi dan berkata seperti ''Mr. Imaginasi aku pergi ke Prague.,sebab tu takde ilham nak buat entry blog''..maka aku ada Mr.Instinct yang kacak dan bermulut puaka menemani sepanjang masa aku solo.
Aku bayangkan rupa Mr.Instinct aku  seperti ini :
dia menemani aku sepanjang kembara solo ini
Wah..tak agak-agak ko yer? taste melangit. amik cermin suluh 1000 kali sekarang!

2 comments:

  1. Done part 1...xsabar nk bace part 2...mcm novel la awk tulis blog ni...sllu sy xbp minat nk baca ;) ..tp kali ni beriya plak...

    ReplyDelete